Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.  

Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan bermakna buat diri Madammu. Pengalaman ‘istimewa’ ini telah membawa Madammu kepada penciptaan satu produk kesayangan ramai, Pure S-81, yang dahulunya dikenali sebagai Shape Up Jelly.

Kisah Bermula dengan IVF dan Perubahan Fizikal yang Ketara

Buat mereka yang pernah menjalani rawatan IVF, pasti memahami bagaimana rawatan ini boleh membawa banyak perubahan, terutamanya dari segi fizikal dan emosi. Sepanjang proses rawatan IVF, berat badan Madammu naik mendadak. Berat Madammu mencecah 73kg ketika hamil! Bukan sedikit usaha yang telah dilakukan untuk mengawal kenaikan berat badan, tetapi waktu itu Madammu lebih fokus kepada satu perkara sahaja, iaitu impian untuk memiliki zuriat sendiri.

Madammu memilih untuk mengutamakan kehamilan dan keberhasilan rawatan IVF tersebut dan meletakkan penampilan fizikal di belakang. Saat itu, yang paling penting bagi Madammu adalah untuk memastikan proses kehamilan baby Kayden berjalan lancar.

Selepas Melahirkan: Perjuangan Mendapatkan Kembali Berat Ideal

Selepas bersalin, cabaran sebenar bermula. Madammu tekad untuk mendapatkan kembali berat badan ideal. Namun, proses ini bukanlah mudah. Madammu mencuba pelbagai kaedah, dari menjaga pemakanan, bersenam, sehinggalah kepada pelbagai produk di pasaran, namun semuanya tidak memberi kesan yang diinginkan.

Madammu tahu, untuk berjaya menurunkan berat badan, ia memerlukan lebih daripada sekadar diet dan senaman. Formula yang betul perlu ada, inilah yang mendorong Madammu untuk mencari penyelesaian sendiri. Daripada situlah Shape Up Jelly tercipta, hasil daripada keinginan dan kesungguhan Madammu untuk membantu diri sendiri dan wanita lain di luar sana yang menghadapi masalah yang sama.

Shape Up Jelly: Rahsia Penurunan Berat Badan Madammu

Selepas 6 bulan melahirkan, Madammu mula mengamalkan Shape Up Jelly secara konsisten. Proses ini dilakukan dengan penuh kesabaran dan disiplin. Tidak mudah, tetapi hasilnya menakjubkan. Minggu kedua selepas mengamalkan Shape Up Jelly, berat badan Madammu berjaya turun sehingga 55.4kg! Alhamdulillah, kejayaan ini memberi semangat untuk Madammu terus kekal sihat dan menjaga tubuh badan.

Shape Up Jelly ini rahsianya bukan sahaja membantu mengawal selera makan, tetapi ia juga membantu individu yang mengamalkannya mengurangkan pengambilan gula. Bila selera makan terkawal, lebih mudah untuk kita fokus kepada pemakanan yang sihat dan bersenam.

Madammu akui, untuk bersenam secara berkala bukanlah sesuatu yang mudah. Jadual harian yang terlalu padat menyebabkan Madammu tiada masa untuk bersenam. Tapi, Madammu sentiasa memastikan Madammu mengamalkan pengambilan makanan yang berpada-pada di samping aktif seharian. Maklumlah, sebagai usahawan, ibu dan individu yang rajin membuat LIVE di sosial media, Madammu memang banyak pergerakan dan tak boleh duduk diam. Jadi, itulah antara cara Madammu memastikan Madammu sentiasa cergas setiap hari.  

Penjenamaan Semula: Shape Up Jelly Kini Pure S-81

Seiring dengan masa, Madammu dan pasukan NOIR memutuskan untuk memperbaharui jenama Shape Up Jelly agar lebih segar dan eksklusif. Kini, ia dikenali sebagai Pure S-81. Walaupun namanya berubah, formulanya tetap sama. Masih mengekalkan kualiti tinggi yang diperakui ramai. Pure S-81 ini adalah kod rahsia Madammu, untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cara yang lebih berkesan dan sihat.

Selain penjenamaan semula, kemasan Pure S-81 kini juga lebih eksklusif dan menarik perhatian. Kalau ualls simpan dalam peti sejuk, lagi sedap dimakan, terutama sekali dalam cuaca panas sekarang ini!

Transformasi Madammu Bersama S-81

Nasihat Madammu

Madammu nak ingatkan satu perkara – penurunan berat badan bukan perjalanan yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, disiplin, dan yang paling penting, kesungguhan. Jangan terlalu fokus kepada nombor di atas penimbang, tetapi fokuslah kepada bagaimana ualls rasa dan bagaimana tubuh ualls berubah secara beransur-ansur.

Transformasi Madammu Bersama S-81

Madammu harap dengan perkongsian ini, ualls akan dapat inspirasi untuk kekal berusaha dalam mencapai impian masing-masing. Sama ada untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat atau menjaga penampilan, Pure S-81 ada untuk membantu ualls di sepanjang perjalanan.

Jom sama-sama kita buat perubahan untuk diri kita, demi kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran.

Regards;
Madammu

Transformasi Madammu Bersama S-81

Free Spins vs. Deposit Match: Which Bonus is Better for Your 23 Takabet Experience?

When stepping into the world of online gaming, the variety of promotional offers can be overwhelming. For users of 23 takabet, choosing between a free spin bundle and a deposit match bonus is often the first major decision. Understanding the mechanics of these bonuses...

Mobile App vs. Browser: Choosing the Ultimate Gaming Experience for jiliph6

Mobile App vs. Browser: Where Should You Play? In the modern era of digital entertainment, players are often faced with a critical decision: should they download a dedicated mobile application or simply use their web browser? Whether you are accessing jiliph6 for the...

Mastering the Rebate: How to Use Casino Cashback to Offset Slot Losses

For any slot enthusiast, the thrill of the spin is unmatched, but the inevitable "down swings" can be frustrating. This is where casino cashback becomes a game-changer. By returning a percentage of your losses back to your account, cashback offers a financial safety...

Mastering the Exit: The Art of Smart Betting and Knowing When to Walk Away

In the world of online gaming and sports wagering, the thrill of a winning streak can be intoxicating. However, the difference between a successful bettor and a losing one often isn't the ability to pick winners, but the discipline to know when to stop. Whether you...

Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu

Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0