” Tolong doakan Madammu” – Debaran 48 jam Menjelang Fasa FET

Masa yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Dalam masa dua hari lagi Madammu bakal melalui satu proses rawatan yang sangat mendebarkan iaitu Pemindahan Embrio beku (Frozen Embryo Transfer-FET). Selepas 7 tahun Allah SWT telah menggerakkan hati untuk Madammu terus nekad menjalani rawatan IVF. Syukur, Alhamdulillah dengan nikmat yang Tuhan anugerahkan ini. Madammu mohon agar setiap proses yang Madammu lalui ini akan terus dipermudahkan-Nya.

Sejujurnya, sepanjang lima bulan pertama Madammu melalui proses rawatan IVF ia bukanlah sesuatu yang mudah buat Madammu. Ia sangat mencabar dan memenatkan. Lebih-lebih lagi dengan jadual harian Madammu yang sememangnya terlalu padat setiap hari. Malah bukan itu sahaja. Proses rawatan ini juga turut memberi kesan kepada emosi Madammu. Ia menyebabkan mood Madammu berada dalam keadaan yang tak stabil dan sukar nak diramal turun naik emosi Madammu.

Walau apa pun, Insya-Allah, Madammu akan gigihkan diri dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat seperi mana yang TP impikan selama ini. Cabaran IVF setiap individu memang berbeza-beza. Bagi Madammu sendiri, prosesnya memang agak panjang dan mencabar. Madammu terpaksa melalui satu proses pembedahan untuk membuang tiub follopian, diikuti dengan mengambil segala macam injection dan dalam masa yang sama Madammu juga perlu menelan hormone pill yang memberi kesan kepada naik turun emosi Madammu dari semasa ke semasa.

Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.

“Tolong doakan Madammu” - Debaran 48 jam Menjelang fasa FET

Setakat ini, segala macam persiapan lain juga telah Madammu lakukan dan kini hanya menantikan proses FET sahaja. Madammu juga telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi untuk melalui proses bedrest! Semoga Madammu akan terus kuat untuk melaluinya. Bagi yang mengenali Madammu, you all pasti tahu bagaimana lasak dan busynya Madammu setiap hari. Ia memang sangat mencabar buat Madammu!

Madammu perlu melalui fasa bedrest ini dalam tempoh 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022. Pada tarikh ini ia bakal menentukan keputusan ‘positive’ atau sebaliknya. Tolong doakan madammu – debaran 48 jam menjelang fasa FET. Seandainya pada tarikh tersebut Madammu berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti ‘positive,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 1 bulan 1 minggu, Insya-Allah!

Pada detik dan ketika ini, Madammu serahkan segala-galanya pada yang Maha Berkuasa. Madammu ingin dedikasikan catatan blog Madammu pada kali ini, untuk  memohon kepada sahabat-sahabat Madammu sama-sama mendoakan agar proses rawatan IVF yang Madammu lalui ini berjaya.

Dalam masa yang sama, Madammu juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata atau tingkah laku Madammu yang mengguris perasaan you all. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu pula datangnya dari kelemahan diri Madammu sendiri. Dengan izin-Nya juga, Insya-Allah Madammu akan mengadakan majlis doa selamat pada 30 September, esok. Madammu memanjatkan doa dengan penuh pengharapan agar proses FET itu nanti dipermudahkan-Nya.
“Tolong doakan Madammu” - Debaran 48 jam Menjelang fasa FET

Pada saat dan ketika ini, apa yang boleh Madammu kongsikan dengan you all,  perasaan Madammu sangat terharu. Madammu juga dapat lihat TP sangat excited. Kalau you all nak tahu, dah beberapa kali dia mimpi Madammu mengandungkan anak perempuan. Adakah mimpi itu satu ‘alamat’ atau TP nie terlalu memikirkannya sangat?

Akhir kata dari Madammu, tolong doakan agar segala urusan Madammu dipermudahkan ye. Insya-Allah.

Regards;
Madammu

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...

Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala...

Ahmad Kayden Mengakhiri Teka-Teki Para Followers Madammu

Hai, hai, hai you all... rindu sangat Madammu nak menulis semula. Tapi tanggung jawab dah bertambah la you all, hahahaa... Okay la, sebenarnya hari ni Madammu ada waktu terluang sikit. Sebelum baby menangis, Madammu nak bercerita sikit tentang pengumuman ‘tergempar’...

Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care &...

Madammu Diberi Layanan Istimewa Daripada Natalis Mother Care Selama 100 Hari

Penantian lapan tahun kini berakhir. Syukur, Baby A selamat lahir ke dunia secara pembedahan pada 9 Jun 2023. Hari ini adalah hari Jumaat paling istimewa buat Madammu, TP dan keluarga.Tak terluah dengan kata-kata, bagaimana Madammu ingin membayangkan kepada you all...

Madammu ‘Bersara Seketika’ Dari Media Sosial – Nantikan ‘Comeback’ Madammu!

The struggle is real dan inilah yang dinamakan cabaran fasa akhir kehamilan. Situasi yang lazim dilalui oleh ibu-ibu hamil namun cabaran yang dilalui masing-masing adalah berbeza-beza.Inilah antara pengalaman yang bakal meninggalkan jejak memori termanis bagi insan...

Pendedahan Rahsia Demi Rahsia Dalam Diari Madammu

Perkongsian realiti kehidupan Madammu yang sinonim di platform media sosial kini beralih ke stesen televisyen pula. Berdebar-debar rasanya nak menantikan tayangan episod pertama program realiti TV Diari Madammu yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu nanti. Sebelum...

Madammu Tak Cukup Rehat, Tekanan Darah Naik Mendadak

Jangan risau you all, Madammu baik-baik sahaja. Inilah yang dinamakan dugaan mengandung. Detik pengalaman inilah yang menjadikan setiap wanita yang bergelar ibu itu adalah ‘istimewa’.Dugaan dan cabaran mengandung datang dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, Madammu...

DIARI MADAMMU PAPARAN REALITI KEHIDUPAN MADAMMU

Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Selain berdebar menantikan kelahiran baby A, Madammu juga tak sabar menantikan siri realiti TV Diari Madammu.Diari Madammu bakal ditayangkan di Astro RIA bermula pada 3 Jun 2023 nanti. Kalau you all nak tahu...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
62
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1