Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️
Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini bukan sekadar aktiviti tahunan tetapi satu simbol keutuhan pasukan NOIR yang semakin kukuh dan matang.
Team Terbaik
Sebagai seorang pemimpin, Madammu percaya bahawa kejayaan NOIR bukan hanya bersandarkan kepada strategi perniagaan yang teliti, tetapi juga kepada mereka yang menggerakkan empayar ini setiap hari – iaitu Team NOIR HQ.
Dengan penuh rasa syukur, Madammu menyifatkan pasukan yang dimiliki hari ini adalah yang terbaik pernah Madammu miliki. Setiap daripada mereka menunjukkan komitmen luar biasa, semangat kerja yang tinggi, dan kerjasama yang begitu padu demi membangkitkan NOIR ke tahap yang lebih tinggi.
Sasaran #NOIR50M untuk tahun 2025 bukan sekadar angka. Ia adalah satu misi besar yang memerlukan dedikasi serta kesungguhan semua. Dan Madammu yakin, dengan team yang ada hari ini, NOIR mampu mencapainya!
Penghargaan Buat Warga NOIR
Secara peribadi, Madammu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penerima NOIR Outstanding Performance Awards 2024. Setiap anugerah ini adalah tanda penghargaan atas usaha luar biasa dan dedikasi mereka dalam memastikan NOIR terus berkembang.
Namun, bagi yang tidak menerima anugerah pada hari tersebut, ini bukan bermakna ualls tidak hebat atau kurang penting. Setiap individu dalam NOIR mempunyai peranan yang besar dan signifikan dalam memastikan kejayaan syarikat. Madammu percaya setiap usaha, sekecil mana pun, tetap memberi impak kepada keseluruhan perjalanan NOIR. Yang penting, teruskan komitmen, tingkatkan potensi diri dan percayalah, kejayaan akan datang pada waktu yang tepat! 💜
Madammu sangat percaya bahawa tiada kejayaan yang mampu dicapai tanpa usaha kolektif. Kejayaan NOIR hari ini adalah hasil titik peluh mereka yang bekerja keras, yang terus berusaha meningkatkan kualiti kerja serta pencapaian peribadi dalam karier masing-masing. Oleh itu, NOIR dengan bangga mengiktiraf individu-individu yang telah memberikan sumbangan luar biasa melalui:
Madammu sangat percaya bahawa tiada kejayaan yang mampu dicapai tanpa usaha kolektif. Kejayaan NOIR hari ini adalah hasil titik peluh mereka yang bekerja keras, yang terus berusaha meningkatkan kualiti kerja serta pencapaian peribadi dalam karier masing-masing. Oleh itu, NOIR dengan bangga mengiktiraf individu-individu yang telah memberikan sumbangan luar biasa melalui NOIR Outstanding Performance Awards 2024:
- 🏆 Best Staff of The Year – Mohd Affiq
- 🏆 The Most Committed Staff of The Year – Nur Atiqah Rosli
- 🏆 The Visionary Leader of The Year – Ahmad Rizqan Zainuddin
- 🏆 The Improved Staff of The Year – Mohammad Asyraf
- 🏆 The Most Supportive Staff of The Year – Mohamad Nazren
- 🏆 Zero MC of The Year – Muhammad Amirul Muzha
Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada staf yang telah lama berkhidmat dalam keluarga NOIR:
- 🎖️ Long Service Award (8 tahun) – Rosmalawati
- 🎖️ Long Service Award (7 tahun) – Nor Amirah
- 🎖️ Long Service Award (5 tahun) – Wan Zuraiza
Top Performing Staff Sepanjang Team Building
- ⭐ The Most Effective Staff – Muhammad Nasiruddin Ahmadkeri
- ⭐ The Most Committed Staff – Muhamad Farhan Baharudin
- ⭐ The Most Punctual Staff – Elia @ Kak Eli
Perjalanan Baru, Semangat Baru
Membangunkan sebuah empayar perniagaan bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kecekalan, strategi yang bijak dan paling penting – tulang belakang yang kuat. Madammu sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh individu-individu yang jujur, amanah, komited dan rajin berusaha.
Team NOIR HQ adalah nyawa di sebalik kejayaan NOIR.
Dengan semangat dan momentum yang diperoleh melalui Team Building NOIR 2025, NOIR kini lebih bersedia untuk mengorak langkah mencapai sasaran #NOIR50M. Bersama kita mara ke hadapan dan terus mencipta kejayaan!
Regards;
𝓜𝓪𝓭𝓪𝓶𝓶𝓾💜
Mobile App vs. Navigateur : Où Jouer pour Maximiser Vos Chances ?
by Madammu | 10/04/2026 | Uncategorized | 0 Comments
Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics
by Madammu | 11/03/2026 | Uncategorized | 0 Comments
Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics
by Madammu | 11/03/2026 | Uncategorized | 0 Comments
Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics
by Madammu | 11/03/2026 | Uncategorized | 0 Comments
Hidden Terms and Conditions of Slot Bonuses You Must Read Before Playing at GameBet
by Madammu | 08/03/2026 | Uncategorized | 0 Comments
Unlocking the Best PH Dream 55 Wager-Free Free Spins Offers: Your Ultimate Guide
by Madammu | 08/03/2026 | Uncategorized | 0 Comments
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 0 Comments
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 0 Comments
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 0 Comments
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 0 Comments


