Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

sambutan hari jadi Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha…

Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak membesar di hadapan mata ia merupakan pengalaman yang begitu indah. Setiap senyuman mereka, diikuti dengan langkah pertama ke sekolah sehinggalah setiap pencapaian anak-anak ini adalah ibarat sebuah lukisan yang menghiasi momen kebahagiaan setiap para ibu, termasuklah Madammu.

Banyak momen yang Madammu nak catatkan dalam Diairi Madammu ini. Salah satunya adalah sambutan hari jadi Qally yang telah Madammu adakan secara serba sederhana buat keluarga kecil Madammu.

Biarpun serba sederhana, Madammu yakin ia menjadi momen yang sangat istimewa buat kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi sambutan ini merupakan kali pertama ia diraikan bersama-sama Baby Kayden.

Alhamdulillah, sebagai ibu ini merupakan detik yang sangat bermakna dalam perjalanan kehidupan Madammu. Bagi yang setia mengikuti perkembangan Madammu menerusi media sosial, pasti you all ada melihat posting perkongsian Madammu sewaktu berlangsungnya majlis sambutan hari jadi tersebut.

Boleh dikatakan ia adalah majlis pertama yang keluarga kami adakan selepas Madammu berehat lama kerana menjalani sesi berpantang.

Sambutan hari lahir Qally yang ke-14 tahun

Terasa begitu pantas waktu berlalu. Qally dah pun menjangkau usia 14 tahun. Madammu macam tak percaya pula bila melihat anak dara Madammu dah semakin meningkat dewasa.

Dari kecil Madammu menjaga mereka, terbayang-bayang pula memori sewaktu Qally masih kecil sentiasa nak berkepit dengan Madammu.   

Insya-Allah walau bagaimana sibuk pun jadual harian Madammu, Madammu ingin memastikan setiap momen-momen bahagia bersama anak-anak akan diabadikan dengan sebaik mungkin. Inilah masanya untuk kami sekeluarga mencipta kenangan bersama.

Sebagai individu yang sentiasa diperhatikan sudah tentu pertambahan jumlah ahli keluarga Madammu ini juga boleh dijadikan sebagai bahan perbualan segelintir pihak. Mujur Madammu tidak ambil pusing tentang isu-isu remeh yang mungkin ‘ada’ diperkatakan oleh sesetengah netizen.

Biasalah tu, sebagai manusia biasa kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Madammu masih seperti dulu, kasih sayang yang Madammu curahkan kepada anak-anak Madammu tidak pernah berbelah bagi. Keluarga adalah ibarat satu kesatuan yang penuh dengan kasih sayang. Kebersamaan dan persefahaman adalah teras utama bagi Madammu membina keharmoniannya.   

Jika ada yang menggelar Madammu sebagai “ibu tiri” ia sedikit pun tidak menjejaskan Madammu kerana cinta Madammu kepada mereka adalah sepenuh hati. Bagi Madammu, mereka adalah anak-anak Madammu dalam erti kata sebenar. Kini Madammu adalah mummy kepada empat orang cahaya mata dan kami adalah sebuah keluarga tanpa perbezaan status.

Sambutan hari lahir Qally baru-baru ini membawa satu kegembiraan yang tak terhingga kepada keluarga kami. Madammu berkesempatan mengumpulkan beberapa orang teman rapat Qally serta ahli keluarga terdekat Madammu untuk menyambut momen istimewa ini.

Sebagai ibu, Madammu berharap agar kesemua anak-anak Madammu saling menjaga keharmonian dan kesejahteraan keluarga ini seiring dengan pertambahan usia mereka. Percayalah, kasih sayang Madammu kepada keempat-empat orang cahaya mata Madammu ini tidak akan pernah berkurang. Malah, ia akan terus berkembang dan kian bercambah setiap saat dan setiap waktu. Mereka adalah kekuatan untuk Madammu. Semoga kejayaan dan kebahagiaan akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup mereka.

Regards;
Madammu

Max Bet vs. Minimum Bet: Which One Actually Triggers Jackpots at 66f nhà cái?

One of the most debated topics among slot enthusiasts and casino regulars is whether the size of your wager influences your chances of hitting a life-changing jackpot. Whether you are a cautious player sticking to the minimum or a high-roller pushing the max bet,...

The Future of VR Slots: Stepping into a New Era of Digital Gaming

Virtual Reality (VR) is no longer a futuristic concept found only in science fiction; it is actively transforming the landscape of online gambling. Among the most exciting developments is the rise of VR slots, which promise to bridge the gap between the physical...

Mastering the Spin: Understanding Slot Volatility—Low vs. High Variance

For many players visiting vz66 top, knowing how volatility affects your payouts is essential. What Exactly is Slot Volatility? In the world of online gaming at vz66.vip, volatility refers to the risk level associated with a specific slot game. It does not tell you...

Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu

Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0