Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.

Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan perniagaan sendiri. Masa terlalu mencemburui Madammu hahaha….

Pejam celik pejam celik kita pun bakal melangkah ke tahun baharu tak lama lagi. You all perasan tak, terlalu cepat masa berlalu sekarang nie. Alhamdulillah usia baby Kayden pun telah menjangkau empat bulan.

Sebelum tahun 2023 melabuhkan tirai, Madammu bersyukur kerana berjaya juga menerbangkan sejumlah 15 orang usahawan NOIR ke kota London dan Paris sebagai ‘reward’ untuk usaha keras mereka selama ini.

Madammu janji, nanti Madammu akan kongsi momen-momen terindah Madammu bersama para usahawan NOIR di kota London dan Paris di dalam posting yang akan datang. Kali ini biarlah Madammu kongsi rasa bersyukur Madammu di atas peluang 34 tahun menikmati kehidupan yang penuh bermakna.

Alhamdulillah, selain menerima kejutan makan malam istimewa yang diatur oleh TP sendiri pada malam menjelang hari lahir Madammu. Para kakitangan atau keluarga besar NOIR HQ turut membuat satu kejutan sambutan hari lahir khusus untuk ‘founder’ mereka hahaha….

Sebenarnya, Madammu langsung tak tahu menahu mengenai sambutan yang telah staff HQ rancang. Kebetulan pada hari tersebut Madammu hadir ke HQ kerana ada beberapa mesyuarat yang perlu dihadiri.

Madammu agak jarang ke Wisma NOIR sejak akhir-akhir ini. Sekiranya ada meeting penting atau ada dokumen penting yang perlu Madammu tandatangani barulah Madammu datang ke HQ. Maklumlah, ada anak kecik kan. Hahaha….

Sejurus meeting selesai, TP megajak Madammu turun ke tingkat bawah Wisma NOIR. Apabila pintu lift terbuka sahaja di ‘level G’ Madammu disambut dengan nyanyian lagu hari jadi oleh kakitangan NOIR HQ sambil setiap seorang dari mereka memberikan sekuntum bunga rose kepada Madammiu.

Terima kasih di atas kuntuman bunga ros yang you all sediakan untuk Madammu. 34 kuntum, simbolik kepada 34 tahun usia Madammu.

Alahai… terharu pula Madammu dengan usaha mereka untuk menjadikan hari jadi Madammu sebagai momen yang tak dapat dilupakan. Terima kasih you all kerana bersusah payah bergabung tenaga menceriakan hari ulang tahun kelahiran Madammu pada 19 September yang lalu.

Madammu bukanlah individu yang gemar membuat sambutan hari lahir secara besar-besaran. Memadai dengan memberi ucapan selamat serta saling mendoakan, itu sudah memadai buat Madammu. Bagi Madammu, keindahan sejati terletak pada kesederhanaan.

Walau bagaimanapun, Madammu sangat terharu bila ada yang sudi meraikan hari jadi Madammu dengan sambutan seperti ini. Terima kasih you all, terima kasih juga kerana masih terus setia bersama NOIR dan Madammu. Semoga kita sama-sama terus sukses dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai insan dil luar sana, Insya-Allah.

Tidak lupa juga kepada seluruh usahawan NOIR serta para followers setia Madammu. Terima kasih yang tidak terhingga di atas ucapan dan doa-doa kalian. Semoga setiap doa-doa kebaikan itu akan berbalik kepada kalian jua. Aameen.

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...

Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala...

Ahmad Kayden Mengakhiri Teka-Teki Para Followers Madammu

Hai, hai, hai you all... rindu sangat Madammu nak menulis semula. Tapi tanggung jawab dah bertambah la you all, hahahaa... Okay la, sebenarnya hari ni Madammu ada waktu terluang sikit. Sebelum baby menangis, Madammu nak bercerita sikit tentang pengumuman ‘tergempar’...

Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care &...

Madammu Diberi Layanan Istimewa Daripada Natalis Mother Care Selama 100 Hari

Penantian lapan tahun kini berakhir. Syukur, Baby A selamat lahir ke dunia secara pembedahan pada 9 Jun 2023. Hari ini adalah hari Jumaat paling istimewa buat Madammu, TP dan keluarga.Tak terluah dengan kata-kata, bagaimana Madammu ingin membayangkan kepada you all...

Madammu ‘Bersara Seketika’ Dari Media Sosial – Nantikan ‘Comeback’ Madammu!

The struggle is real dan inilah yang dinamakan cabaran fasa akhir kehamilan. Situasi yang lazim dilalui oleh ibu-ibu hamil namun cabaran yang dilalui masing-masing adalah berbeza-beza.Inilah antara pengalaman yang bakal meninggalkan jejak memori termanis bagi insan...

Pendedahan Rahsia Demi Rahsia Dalam Diari Madammu

Perkongsian realiti kehidupan Madammu yang sinonim di platform media sosial kini beralih ke stesen televisyen pula. Berdebar-debar rasanya nak menantikan tayangan episod pertama program realiti TV Diari Madammu yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu nanti. Sebelum...

Madammu Tak Cukup Rehat, Tekanan Darah Naik Mendadak

Jangan risau you all, Madammu baik-baik sahaja. Inilah yang dinamakan dugaan mengandung. Detik pengalaman inilah yang menjadikan setiap wanita yang bergelar ibu itu adalah ‘istimewa’.Dugaan dan cabaran mengandung datang dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, Madammu...

DIARI MADAMMU PAPARAN REALITI KEHIDUPAN MADAMMU

Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Selain berdebar menantikan kelahiran baby A, Madammu juga tak sabar menantikan siri realiti TV Diari Madammu.Diari Madammu bakal ditayangkan di Astro RIA bermula pada 3 Jun 2023 nanti. Kalau you all nak tahu...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
7
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0