Assalamualaikum dan salam penuh kasih,
Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…
Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,
kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.
Madammu masih ingat dengan jelas,
ketika semuanya bermula dengan sebuah telefon di tangan
dan segunung harapan di dada.
Madammu adalah ‘marketer,’
Madammu juga bertanggung jawab mengendalikan media,
Malah, Madammulah jugalah yang turun padang untuk buat penghantaran produk.
Semua bermula dari satu impian kecil…
seorang wanita,
seorang suri rumah,
yang cuma mahu membantu suami dan ringankan beban keluarga.
Siapa sangka…
daripada ruang yang kecil itu,
hari ini kita berdiri dalam sebuah empayar kecantikan
yang bukan sahaja membina keyakinan wanita,
tetapi mengubah hidup mereka sepenuhnya.
NOIR bukan lagi milik Madammu seorang.
NOIR adalah milik kita bersama.
Daripada seorang, kini jadi ribuan.
Ribuan wanita yang bukan sekadar cantik,
tetapi berani bermimpi dan gigih membina masa depan sendiri.
8 tahun bukan tempoh yang singkat.
Ada naik… ada jatuh.
Ada yang datang… ada yang pergi.
Tetapi kalian yang masih setia,
kalian yang masih percaya,
itulah kekuatan sebenar yang menghidupkan NOIR hingga hari ini.
Madammu tahu
kita mungkin tak serapat dulu.
Platform dah berubah. TikTok ambil alih masa kita.
Tapi jika itu yang bantu kita terus mara ke depan,
maka teruskanlah.
Kerana kita semua sedang menuju lebih tinggi,
lebih gagah, lebih anggun bersama.
Dan di sebalik semua ini,
ada seorang insan yang paling penting dalam hidup Madammu.
TAPI. Orang yang merealisasikan semua impian Madammu dan NOIR.
Tanpa TP, Madammu takkan berdiri di sini.
Tanpa TP, tiadalah Madammu seperti hari ini.
Terima kasih suamiku, pendamping dan penyambung nyawa perjuangan ini.
Terima kasih juga kepada pasukan HQ yang luar biasa.
Kalian tulang belakang Madammu dan nadi kekuatan NOIR.
Dan paling istimewa, buat usahawan NOIR.
Kalian bukan sekadar ejen.
Kalian adalah keluarga.
Dan Madammu percaya… yang kekal bersama,
InsyaAllah akan terus mendaki bersama hingga ke puncak kejayaan.
Inilah NOIR.
8 tahun yang penuh makna.
8 tahun Anggun & Abadi.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada legasi ini.
Dari hati Madammu, untuk kalian semua,
Madammu














