Stigma IVF, Perlukah IVF? Inisiatif Buat Pasangan Suami Isteri Yang Senasib Dengan Madammu

Alhamdulillah, 2023 memperlihatkan pencapaian demi pencapaian yang menjadikan Madammu jadi semakin bersemangat.

Madammu bukan sahaja ingin terus merealisasikan aspirasi NOIR untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita berjaya. Sebaliknya, Madammu ingin terus berinisiatif untuk memperkasakan wanita.

Pada 18 Mac yang lalu, selain melancarkan rangkaian produk terbaharu set lengkap penjagaan wajah White Series, Madammu berjaya merealisasikan sebuah program bual bicara istimewa, Stigma IVF, Perlukah IVF?

Walaupun dalam keadaan kehamilan Madammu yang telah mencecah usia tujuh bulan, Alhamdulillah Madammu berjaya merealisasikan dua event dalam satu hari yang sama.  

Program bual bicara ini menampilkan pengacara dan personaliti televisyen popular TV3, Fiza Sabjahan sebagai moderator. Madammu telah mengundang pakar perunding Obstetrik & Ginekologi (O&G) dan kesuburan, Dr Haris Hamzah dari Alpha IVF & Women’s Specialists untuk mengupas pelbagai persoalan mengenai rawatan kesuburan IVF secara lebih terperinci.

Program ini juga merupakan usaha sama strategik antara Madammu dengan pusat rawatan kesuburan terkenal tanah air, Alpha IVF & Women’s Specialists / Alpha Fertility Centre, Petaling Jaya. Suatu ketika dahulu mungkin rawatan IVF ini sukar untuk dikongsi oleh pasangan suami isteri secara terbuka.

Secara peribadi, Madammu menganggap bahawa rawatan IVF ini adalah sebuah perjalanan harapan bagi pasangan suami isteri yang berhadapan dengan masalah kesukaran untuk mendapatkan zuriat secara semula jadi. Bagi Madammu ia wajar dikongsi sebagai kesedaran dan motivasi buat pasangan suami isteri yang senasib dengan Madammu agar mereka tidak mudah putus harapan.  

Seperti mana yang pernah Madammu share sebelum ini, percubaan Madammu untuk mengandung bermula pada tahun 2022. Madammu nekad untuk meneruskan rawatan IVF yang pernah tertunda beberapa kali.

Memandangkan anak-anak sudah makin membesar, Madammu rasa inilah masa yang sangat sesuai dan dalam masa yang sama Madammu turut ambil kira faktor usia Madammu dan suami. Walau bagaimanapun, Madammu perlu melalui rawatan IVF untuk merealisasikan hasrat untuk hamil kerana kedua-dua tiub fallopian Madammu bermasalah dan perlu dibuang.

Madammu berada di bawah penjagaan pakar perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dan kesuburan, Dr. Haris Hamzah dari Alpha International Fertility Centre. Dr. Haris juga adalah perintis kepada rawatan IVF di Malaysia. Bertitik tolak dari pengalaman inilah Madammu terpanggil untuk menjayakan program talk show yang dikategorikan sebagai event ilmiah NOIR.

Imgin ketahui lebih lanjut tentang Journey Madammu? Download di e-Book dibawah

Regards;
Madammu.

Unlock Real Cash: The Ultimate Guide to Finding Wager-Free Free Spins Offers

For most online casino enthusiasts, "free spins" are the holy grail of bonuses. However, the catch is often the wagering requirement—the need to bet your winnings multiple times before you can withdraw them. Wager-free free spins are the gold standard because any...

Max Bet vs. Minimum Bet: Which One Actually Triggers Jackpots at 66f nhà cái?

One of the most debated topics among slot enthusiasts and casino regulars is whether the size of your wager influences your chances of hitting a life-changing jackpot. Whether you are a cautious player sticking to the minimum or a high-roller pushing the max bet,...

The Future of VR Slots: Stepping into a New Era of Digital Gaming

Virtual Reality (VR) is no longer a futuristic concept found only in science fiction; it is actively transforming the landscape of online gambling. Among the most exciting developments is the rise of VR slots, which promise to bridge the gap between the physical...

Mastering the Spin: Understanding Slot Volatility—Low vs. High Variance

For many players visiting vz66 top, knowing how volatility affects your payouts is essential. What Exactly is Slot Volatility? In the world of online gaming at vz66.vip, volatility refers to the risk level associated with a specific slot game. It does not tell you...

Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu

Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0