DIARI MADAMMU PAPARAN REALITI KEHIDUPAN MADAMMU

Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Selain berdebar menantikan kelahiran baby A, Madammu juga tak sabar menantikan siri realiti TV Diari Madammu.

Diari Madammu bakal ditayangkan di Astro RIA bermula pada 3 Jun 2023 nanti. Kalau you all nak tahu perjalanan realiti kehidupan seorang insan bernama ‘Madammu,’ pastikan you all menonton siri enam episod realiti TV ini ok! Madammu tidak pernah menyangka akan memiliki program TV sendiri. Alhamdulillah, mungkin inilah yang dinamakan rezeki anak, hahaha…

Siri realiti TV ini bakal memaparkan realiti kehidupan Madammu sebagai ‘beautypreneur.’ Kalau you all nak tahu bagaimana Madammu melalui kehidupan sebagai Queen of Social Media Live, pengasas produk kecantikan NOIR, seorang isteri dan ibu “ekspres” kepada tiga orang cahaya mata di sinilah you all boleh menyaksikannya.

Berinspirasi daripada kisah perjalanan kehidupan Madammu yang sering menjadi tumpuan warga media di Facebook, Instagram dan TikTok maka, tercetuslah idea pihak Astro untuk menerbitkan program realiti TV Diari Madammu. Kalau you all nak tahu, siri ini juga sangat eksklusif. Diari Madammu turut memaparkan perkongsian kisah suka dan duka perjalanan IVF Madammu. Madammu sedar, menerusi perkongsian-perkongsian di media sosial sebelum ini, ramai yang memberi feed back postive dengan kisah perjalanan IVF yang Madammu lalui.

Ia adalah pengalaman baharu yang boleh dijadikan inspirasi dan kekuatan buat para wanita di luar sana yang masih berjuang untuk mendapatkan zuriat. Itulah sebahagian daripada matlamat Madammu. Perkongsian ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya Madammu ingin menjadikan perkongsian pengalaman IVF Madammu ini sebagai salah satu inisiatif bagi mengubah stigma masyarakat terhadap rawatan IVF itu sendiri.

Syukur, Madammu masih diberikan kekuatan untuk tetap aktif menguruskan aktiviti seharian walaupun sedang sarat hamil. Madammu masih diberikan kekuatan untuk memastikan keluarga dan perniagaan terurus dengan baik dan teratur. Malah, Madammu masih giat bertemu dengan para usahawan jutawan NOIR dan komited dalam meneruskan LIVE di media sosial. Maklumlah menerusi siaran LIVE itulah, Madammu boleh berkongsi semangat dan aspirasi bersama-sama dengan para usahawan NOIR. Ia boleh menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berjuang dalam bidang keusahawanan.

Menyentuh kehidupan peribadi pula, Diari Madammu turut membongkar bagaimana Madammu dan TP mencari keserasian dan persefahaman untuk menguruskan perniagaan dan keluarga dalam masa yang sama. Banyak cerita-cerita menarik ‘behind the scene’ bakal dipaparkan di dalam Diari Madammu. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Diari Madammu yang bakal disiarkan setiap hari Sabtu bermula 3 Jun 2023 pada jam 10:00 malam di saluran 104, Astro RIA.

Regards;
𝓜𝓪𝓭𝓪𝓶𝓶𝓾

Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu

Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
11
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0