Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Madammu COSME Week Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR.

Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk menghadiri COSME Week Tokyo ibarat pembuka tirai sekali gus mengembalikan momentum Madammu.     

COSME Week Tokyo adalah sebuah pameran perdagangan kecantikan yang terbesar di Jepun dan ia telah berlangsung dari 17 hingga 19 Januari 2024 yang lalu.

Syurga Kecantikan di Bawah Satu Bumbung

Apa yang boleh Madammu kongsi di sini, COSME Week ini bukanlah sekadar pameran kecantikan biasa-biasa. Ia menghimpunkan  inovasi, keunikan dan inspirasi kepada pelbagai produk kecantikan.

Selama tiga hari, Madammu diberi peluang untuk menyelami dunia kecantikan yang terdiri daripada pelbagai jenama kosmetik terkemuka, makanan kesihatan, bahan-bahan kandungan premium untuk kecantikan, sehinggalah peralatan kecantikan yang berteknologi tinggi.

Semua ini boleh Madammu temui di bawah satu bumbung, sangat memudahkan para pengunjung seperti Madammu untuk ’explore’ dan dapatkan apa yang diperlukan.

Pengalaman Madammu di COSME Week, Tokyo

Madammu di COSME Week, Tokyo

Inovasi Masa Depan NOIR

Kunjungan ke COSME Week bukan sekadar untuk menambah pengetahuan. Ini adalah kesempatan yang paling baik untuk Madammu pelbagaikan lagi rangkaian produk NOIR.

Dengan reputasi yang sedia ada, NOIR telah membina rangkaian produknya dengan menggunakan bahan-bahan premium dari Jepun, Korea dan Australia.

Sebenarnya Madammu sangat komited untuk tidak hanya mempertahankan kualiti produk. Malah, dari segi inovasinya juga sangat Madammu titik beratkan.

Kepercayaan pada keberkesanan dan kualiti bahan-bahan premium ini merupakan prinsip utama Madammu untuk membangunkan produk-produk baharu NOIR.

Pengalaman Madammu di COSME Week, Tokyo

Demi mencipta sesuatu yang luar biasa, penting bagi Madammu untuk melihat dan memahami proses produksi bahan-bahan yang digunakan itu secara langsung. Kalau semua nak tahu, inilah yang membuat setiap produk NOIR begitu istimewa dan dipercayai oleh para penggunanya.

Mengembalikan Momentum

Perjalanan ke Jepun kali ini bukan hanya tertumpu kepada perkembangan NOIR semata-mata. Ia juga memperlihatkan kembalinya momentum Madammu untuk kekal relevan dalam industri ini selepas mengambil ‘cuti’ yang agak lama selepas bersalin.

Meninggalkan Kayden dan anak-anak Madammu yang lain di Malaysia, adalah antara langkah berani yang Madammu terpaksa buat untuk mengembalikan fokus dan momentum kepada NOIR.

Sebagai seorang ibu dan business wonan, Madammu menyedari pentingnya keseimbangan antara karier dan keluarga.

Keluarga adalah Keutamaan

Selepas kembali dari ‘business trip,’ Madammu mengambil peluang untuk membawa anak-anak bercuti ke luar negara pula. Sekali lagi Madammu terbang ke negara matahari terbit ini.

Madammu, TP dan anak-anak berpeluang meluangkan masa bersama-sama selama lebih dua minggu untuk menghirup udara dingin di Jepun.  

Kunjungan kedua ke Jepun bersama keluarga menandakan pentingnya waktu berkualiti  bersama orang-orang yang kita sayang. Lagipun Madammu sekeluarga dah lama sangat tak bercuti lama-lama di luar negara disebabkan Madammu melalui rawatan IVF dan melahirkan baby Kayden.

Inilah waktu yang paling sesuai untuk Madammu memberikan perhatian kepada keluarga. Tambahan pula, baby Kayden dah besar sedikit dan boleh dibawa berjalan-jalan.

Perjalanan ini tidak hanya menjadi pengalaman pertama untuk baby Kayden menikmati penerbangan jauh, tapi ia juga adalah kesempatan bagi Madammu untuk berbahagi masa antara anak-anak dan komitmen Madammu sebagai usahawan.

Pengalaman Madammu di COSME Week, Tokyo

Perjalanan Madammu ke Tokyo dan pengalaman di COSME Week bukan sekadar tentang perniagaan atau dunia kecantikan semata-mata. Ini adalah cerita tentang inovasi, dedikasi, dan keseimbangan antara karier dan keluarga.

Melalui pengalaman ini, Madammu tidak hanya bercita-cita untuk mengembangkan lagi NOIR menjadi lebih baik, tapi ia juga menunjukkan pentingnya momen bersama keluarga yang menjadikan setiap lembaran baharu dalam hidup Madammu semakin berharga.

Jadi, kepada para pengikut setia Madammu dan pengguna NOIR di luar sana, jangan ketinggalan untuk nantikan satu persatu lembaran baharu yang bakal Madammu kongsi dengan anda semua. Sudah tentu, ia juga adalah momen teristimewa buat kita bersama, Insya-Allah.

Regards;
Madammu

Max Bet vs. Minimum Bet: Which One Actually Triggers Jackpots at 66f nhà cái?

One of the most debated topics among slot enthusiasts and casino regulars is whether the size of your wager influences your chances of hitting a life-changing jackpot. Whether you are a cautious player sticking to the minimum or a high-roller pushing the max bet,...

The Future of VR Slots: Stepping into a New Era of Digital Gaming

Virtual Reality (VR) is no longer a futuristic concept found only in science fiction; it is actively transforming the landscape of online gambling. Among the most exciting developments is the rise of VR slots, which promise to bridge the gap between the physical...

Mastering the Spin: Understanding Slot Volatility—Low vs. High Variance

For many players visiting vz66 top, knowing how volatility affects your payouts is essential. What Exactly is Slot Volatility? In the world of online gaming at vz66.vip, volatility refers to the risk level associated with a specific slot game. It does not tell you...

Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu

Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
11
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0