Alhamdulillah, selepas lebih setahun menanti akhirnya impian Madammu berjaya direalisasikan dengan kelahiran satu lagi rangkaian terbaharu dari NOIR Health & Beauty Sdn Bhd. Rangkaian White Series tampil dengan set lengkap penjagaan wajah iaitu pencuci muka, toner, serum dan face cream.

Rangkaian White Series ini mengambil masa yang lama untuk diperkenalkan kerana Madammu sangat mementingkan kualiti dan keberkesanannya. Madammu memilih formulasi bahan aktif semula jadi yang terdiri daripada gabungan ekstrak kakadu plum dan chamomile dalam penghasilan rangkaian White Series ini. Lebih istimewa lagi, ekstrak kakadu yang terkandung di dalam set penjagaan kulit wajah ini merupakan kualiti premium yang berasal dari Barat Australia.

Mungkin ada yang bertanya mengapa Madammu memilih untuk menggunakan erkstrak kakadu plum sebagai salah satu bahan utama dalam penghasilan rangakaian White Series ini. Terdahulu, bagi yang telah mencuba NOIR Super Anti-Aging Serum, you all pasti dapat merasai keberkesanan ekstrak kakadu yang terkandung di dalamnya. Melihat keberkesanannya itu, Madammu tertarik untuk menghasilkan satu lagi rangkaian khusus yang menggunakan bahan super efektif ini. 

Kakadu adalah sejenis buah yang mengandungi konsentrasi vitamin C tertinggi berbanding buah-buah lain. Buah ini turut mengandungi mineral, antioksidan seperti vitamin E, zat besi, folat dan lutein yang sangat baik untuk kesihatan kulit secara lebih sihat dan semula jadi. Selain KAYA dengan kandungan vitamin C, White Series ini juga sangat berkesan untuk membantu mengurangkan kedutan pada wajah dan melawan bakteria jahat yang menjadi punca masalah kulit extra sensitive kepada JERAWAT.

Bagi you all yang menginginkan kulit wajah cerah, sihat dan sempurna, inilah produk yang sangat sesuai untuk you all jadikan sebagai rutin penjagaan wajah. Sepanjang majlis berlangsung di The Raw Studio, Metal Bees, Sunway Damansara Madammu sangat teruja melihat penampilan setiap tetamu yang hadir memeriahkan majlis pelancaran ini. Malah Madammu sangat menghargai effort para tetamu ini yang mengenakan pakaian indah serba putih sempena pelancaran NOIR White Series.

Sebagai menghargai effort mereka, Madammu telah memilih 10 tetamu paling bertuah untuk menerima hadiah yang berupa barang kemas sebagai kejutan bagi kategori best dress. NOIR akan sentiasa menghargai para pelanggan dan usahawannya. Besempena pelancaran White Series ini juga Madammu  turut melancarkan contest FREE Emas RM30k dan 1000 unit FREE Product NOIR

You all tak perlu pun nak beli apa-apa produk NOIR. Hanya daftar nama secara automatik nama you all layak untuk jadi calon pemenang contest cabutan bertuah barang kemas seperti cincin, gelang dan rantai yang berjumlah RM30,000 serta 1000 unit Serum White Series NOIR.

Pada hari yang sama juga Madammu turut mengadakan sesi bual bicara  IVF TALK: Stigma IVF – Perlukah IVF? bersama Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (O&G) dan Kesuburan dari Alpha IVF & Women’s Specialists / Alpha Fertility Centre, Dr Haris Hamzah. Madammu dan Dr Hariz akan mengupas pelbagai persoalan yang berkaitan rawatan IVF secara langsung di samping tetamu yang hadir juga berpeluang mendapatkan konsultasi secara PERCUMA bersama team Alpha IVF.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa IVF ini adalah sesuatu yang tak wajar untuk dikongsi. Tapi IVF juga bukan sesuatu yang negatif. Jadi Madammu ingin berkongsi perjalanan ini sebagai satu inspirasi dan kekuatan buat pasangan yang senasib dengan Madammu. Bagi Madammu, rawatan IVF ini adalah sebuah perjalanan harapan bagi pasangan suami isteri yang berhadapan dengan masalah kesukaran untuk mendapatkan zuriat secara semula jadi. Ia wajar dikongsi sebagai kesedaran dan motivasi buat pasangan suami isteri yang senasib dengan Madammu agar mereka tidak mudah putus harapan.

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan inspirasi sekali gus dapat menghapuskan stigma mahupun rasa skeptikal segelintir masyarakat tentang kaedah rawatan IVF ini. Sekali lagi, Madammu ucapkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang sudi meluangkan masa menghadiri kedua-dua majlis yang sangat bermakna buat Madammu.

Meskipun sedang sarat hamil tujuh bulan, Madammu tidak menganggap ia sebagai halangan untuk Madammu terus bersemangat menyebarkan kebaikan kepada masyarakat khususnya golongan wanita dari semasa ke semasa. Sebelum mengakhiri catatan ini, ingin Madammu ambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada perbuatan atau tutur kata Madammu yang menyinggung perasaan you all di luar sana.

Kepada seluruh pembaca dan followers Madammu, selamat menyambut bulan Ramadan dan semoga segala ibadah kita diterima Ilahi.

Regards;
Madammu.

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...

Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala...

Ahmad Kayden Mengakhiri Teka-Teki Para Followers Madammu

Hai, hai, hai you all... rindu sangat Madammu nak menulis semula. Tapi tanggung jawab dah bertambah la you all, hahahaa... Okay la, sebenarnya hari ni Madammu ada waktu terluang sikit. Sebelum baby menangis, Madammu nak bercerita sikit tentang pengumuman ‘tergempar’...

Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care &...

Madammu Diberi Layanan Istimewa Daripada Natalis Mother Care Selama 100 Hari

Penantian lapan tahun kini berakhir. Syukur, Baby A selamat lahir ke dunia secara pembedahan pada 9 Jun 2023. Hari ini adalah hari Jumaat paling istimewa buat Madammu, TP dan keluarga.Tak terluah dengan kata-kata, bagaimana Madammu ingin membayangkan kepada you all...

Madammu ‘Bersara Seketika’ Dari Media Sosial – Nantikan ‘Comeback’ Madammu!

The struggle is real dan inilah yang dinamakan cabaran fasa akhir kehamilan. Situasi yang lazim dilalui oleh ibu-ibu hamil namun cabaran yang dilalui masing-masing adalah berbeza-beza.Inilah antara pengalaman yang bakal meninggalkan jejak memori termanis bagi insan...

Pendedahan Rahsia Demi Rahsia Dalam Diari Madammu

Perkongsian realiti kehidupan Madammu yang sinonim di platform media sosial kini beralih ke stesen televisyen pula. Berdebar-debar rasanya nak menantikan tayangan episod pertama program realiti TV Diari Madammu yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu nanti. Sebelum...

Madammu Tak Cukup Rehat, Tekanan Darah Naik Mendadak

Jangan risau you all, Madammu baik-baik sahaja. Inilah yang dinamakan dugaan mengandung. Detik pengalaman inilah yang menjadikan setiap wanita yang bergelar ibu itu adalah ‘istimewa’.Dugaan dan cabaran mengandung datang dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, Madammu...

DIARI MADAMMU PAPARAN REALITI KEHIDUPAN MADAMMU

Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Selain berdebar menantikan kelahiran baby A, Madammu juga tak sabar menantikan siri realiti TV Diari Madammu.Diari Madammu bakal ditayangkan di Astro RIA bermula pada 3 Jun 2023 nanti. Kalau you all nak tahu...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0