Pengorbanan Madammu Membesarkan Anak-Anak TP

Masih segar dalam ingatan Madammu for the first time Madammu jumpa Zahara, Qally dan Ahmadhi.  Masa itu mereka baru berusia 6 tahun, 5 tahun dan 2 tahun! Ya Allah rindunya masa mereka masih kecil… Zahara dulu kuat meragam, kalau menangis 3 jam dia tak mahu berhenti. Mula-mula Madammu terkejut macam culture shock juga la. Cuba bayangkan, dari seorang anak dara tiba-tiba berkahwin dan terus berlima (sekali dengan emak mertua). Qally pula dia pendiam, tak meragam sangat tapi manja sikit. Semua benda dia takut. Hahaha comel jer.

Berbeza dengan Ahmadhi, dialah kekuatan Madammu ketika itu. Pada usia 2 tahun, dia sangat-sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian. 24 Jam nak berdukung. Anak lelaki memang selalu macam tu kan? Stick macam glue dengan emaknya. Setiap kali Madammu bercerita tentang anak-anak, ramai yang tanya macam mana Madammu sanggup dan ikhlas menerima keadaan tersebut. Mungkin dari mata kasar semuanya kelihatan ‘smooth,’ tapi ramai yang tidak tahu apa yang telah Madammu korbankan untuk sampai ke sini.

Bila sebut tentang pengorbanan, banyak yang telah Madammu korbankan untuk pastikan anak-anak dapat kasih sayang, perhatian yang cukup dan sempurna. Di usia 25 tahun dan masih belajar ketika itu Madammu kadang-kadang jadi keliru dengan apa yang Madammu sedang lalui!

Hinggalah sampai di satu ‘stage’ di mana pada waktu itu Madammu baru berkahwin selama seminggu. Madammu keluar dari rumah dan tinggalkan anak-anak serta TP. Madammu tak pasti kenapa Madammu boleh keluar rumah pada masa itu. Tapi, apa yang Madammu rasakan pada waktu itu adalah rasa tertekan dan rasa seolah-olah Madammu tak patut berada di situ dan ia bukanlah kehidupan Madamamu yang sepatutnya. Jelas, Madammu keliru dengan perasaan sendiri pada waktu itu.

Pengorbanan Madammu Membesarkan Anak-Anak TP

Bila dah keluar dari rumah tu, Madammu balik ke rumah Madammu sendiri yang terletak di Embassy View, Jalan Ampang. Sampai sahaja di rumah, Madammu rasa sunyi dan angkat balik luggage masuk kereta kemudian balik semula ke rumah TP! ‘Arghhhhhh tak sanggup tinggalkan anak-anak dekat rumah. Ya Allah, sebenarnya Madammu sendiri tak faham apa yang Madammu rasa pada masa tu.’

Tapi, apa yang Madammu masih ingat… Pada waktu tu Madammu bercakap dengan diri sendiri, ‘ini kehidupan yang I dah pilih I mesti teruskan walau apa jua keadaannya.’ Tapi ini semua tak mudah ye. Kekeliruan ini berterusan sehingga setahun perkahwinan kami. Setiap hari Madammu cuba buat yang terbaik walaupun sepanjang perkahwinan sering kali ditanya kenapa belum pregnant? Tambah anak, tak nak ke anak sendiri? Sampai bila nak jaga anak orang? Anak orang tak akan sama macam anak sendiri.

Inilah antara soalan-soalan yang sering Madammu dapat. Madammu bukan tak nak pregnant atau tambah anak, tapi Madammu nak beri perhatian dan kasih sayang pada Zahara, Qally dan Ahmadhi terlebih dahulu dalam usia mereka yang masih sangat-sangat memerlukan kasih sayang dari seseorang. Jadi, Madammu sanggup untuk korbankan keinginan untuk memiliki nyawa di dalam rahim sendiri pada waktu itu.

Madammu percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan kenapa Madammu dilorongkan untuk berada di sini. Mungkin untuk mengajar Madammu jadi orang yang lebih sabar dan berguna. Kerana perkahwinan dan pengorbanan inilah yang membentuk siapa Madammu pada hari ini. Bersangka baiklah, Insya-Allah perkara-perkara yang baik pasti akan datang kerana Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.

Regards;

Madammu

Unlock Real Cash: The Ultimate Guide to Finding Wager-Free Free Spins Offers

For most online casino enthusiasts, "free spins" are the holy grail of bonuses. However, the catch is often the wagering requirement—the need to bet your winnings multiple times before you can withdraw them. Wager-free free spins are the gold standard because any...

Max Bet vs. Minimum Bet: Which One Actually Triggers Jackpots at 66f nhà cái?

One of the most debated topics among slot enthusiasts and casino regulars is whether the size of your wager influences your chances of hitting a life-changing jackpot. Whether you are a cautious player sticking to the minimum or a high-roller pushing the max bet,...

The Future of VR Slots: Stepping into a New Era of Digital Gaming

Virtual Reality (VR) is no longer a futuristic concept found only in science fiction; it is actively transforming the landscape of online gambling. Among the most exciting developments is the rise of VR slots, which promise to bridge the gap between the physical...

Mastering the Spin: Understanding Slot Volatility—Low vs. High Variance

For many players visiting vz66 top, knowing how volatility affects your payouts is essential. What Exactly is Slot Volatility? In the world of online gaming at vz66.vip, volatility refers to the risk level associated with a specific slot game. It does not tell you...

Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu

Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
167
+1
33
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0