Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang.

Hari ini – 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.

Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata dah tiba masanya, Alhamdulillah dibukakan jalan dan diberikan rezeki untuk memulakan perjalanan spiritual ini. Siapalah kita untuk menolaknya?

Satu Lagi ‘Journey’ Istimewa Madammu

Hari ini Madammu akan memulakan perjalanan ke Madinah Al Munawwarah terlebih dahulu. Boleh dikatakan perjalanan ini adalah satu ‘journey’ yang agak istimewa buat Madammu memandangkan ini adalah kali pertama Madammu mengerjakan Umrah dan kali kedua buat TP.

Tahun lepas Madammu tidak berpeluang untuk menunaikan Umrah bersama-sama TP kerana Madammu sarat mengandungkan baby Kayden. Alhamdulillah, tahun ini kami berpeluang menunaikan Umrah bersama-sama. Insya-Allah, bolehlah TP membimbing Madammu nanti memandangkan TP dah ada pengalaman di sana.    

Ya, ini adalah salah satu perjalanan yang memang telah lama Madammu impikan. Berpeluang menjadi tetamu tetamu Allah bersama-sama suami tercinta. Boleh juga dianggap sebagai sebuah perjalanan istimewa dan ‘me time’ buat kami berdua untuk sama-sama beramal, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Madam menunaikan Umrah

Teruja, Gembira & Berdebar

Biasalah, seperti jemaah yang lain, rasa teruja, gembira dan berdebar itu memang ada memandangkan ini adalah pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Baitullah. Mungkin sedikit rasa sayu tu pun ada juga. Memandangkan Madammu terpaksa meninggalkan buah hati, anak-anak Madammu selama seminggu.

Tapi tak mengapalah, kita nak buat perkara yang baik dan pergi ke tempat mulia, Insya-Allah DIA akan melindungi semuanya nanti. Madammu pasti, setiap detik yang Madammu dan TP bakal lalui di Madinah dan kota suci Mekah nanti adalah detik yang tak ternilai. Semoga Allah SWT memudahkan semuanya.

Madam menunaikan Umrah

Kepada-Nya juga, Madammu panjatkan rasa terima kasih yang tak terhingga kerana memberikan Madammu dan suami rezeki serta kesempatan ini.

Mohon Ampun Dan Maaf

Madammu ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya ada tutur kata atau tingkah laku Madammu yang mengguris hati you all.

Malah, Madammu juga mengharapkan doa dari kalian semua. Sudilah kiranya mendoakan Madammu dan TP, agar kami diberikan kesihatan, keselamatan dan memperoleh umrah yang mabrur. Semoga doa yang baik-baik dari you all, akan berbalik semua kepada kalian. Allahumma Aameen.

Madam menunaikan Umrah

Perjalanan spiritual ini bukan hanya tentang proses penyucian jiwa, tetapi ia juga tentang saling berkongsi kebahagiaan. Insya-Allah, akan Madammu kongsi pengalaman dan momen-momen istimewa yang bakal Madammu lalui nanti. Madammu turut mendoakan agar semua followers Madammu akan dianugerahkan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Makkah Al-Mukarramah. Aameen.

Regards;
Madammu

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...

Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala...

Ahmad Kayden Mengakhiri Teka-Teki Para Followers Madammu

Hai, hai, hai you all... rindu sangat Madammu nak menulis semula. Tapi tanggung jawab dah bertambah la you all, hahahaa... Okay la, sebenarnya hari ni Madammu ada waktu terluang sikit. Sebelum baby menangis, Madammu nak bercerita sikit tentang pengumuman ‘tergempar’...

Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care &...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
61
+1
12
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1