“Andai kata aku ditidurkan dan tidak bangun lagi, macam mana dengan anak-anak aku?” – Madammu

Reda dan terima jika ini yang terbaik untuk kesihatan serta mudah-mudahan tercapai apa yang Madammu hajati. Coretan ini Madammu tulis sejam sebelum Madammu akan masuk OT. 18/7/2022 hari yang bersejarah bagi Madammu, malam yang panjang, hari yang panjang dan hari yang membuatkan Madammu tak tenang.

Hari ini 18/7/2022 , Isnin 10:00am Madammu perlu melalui procedure remove fallopian tube. Satu procedure yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu perlu laluinya juga. Teringat pada 5/7/2022 apabila Dr. Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embryo.

Waktu berita ini disampaikan, Madammu terasa seolah-olah ada sesuatu yang sedang menghiris hati Madammu satu demi satu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa banyak perkara yang perlu Madammu lalui dalam usaha untuk mendapatkan seorang zuriat.

Walaupun banyak yang perlu dilalui tetapi Madammu sangat bersyukur kerana Tuhan itu Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-nya. Madammu percaya setiap apa yang Madammu lalui hari ini pasti ada hikmah dan sebabnya. Hidup ini sentiasalah bersangka baik kerana setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Semalam apabila Madammu perlu warded, sempat lagi Madammu balik dan tidur di rumah (rindu Ahmadhi). Seawal jam 6 am dah ready untuk kembali semula ke hospital. Tapi, biasalah.. Ahmadhi pagi-pagi memang ada drama.

Anak-anak

Dia tak nak pergi sekolah sebab nak ikut mummy pergi hospital. Madammu jawab, later balik dari sekolah you datang. Anak-anak, ada sahaja nakalnya. Bertahun-tahun Ahmadhi minta adik, Insya-Allah mummy dia sedang berjuang untuk dapatkan adik untuknya. Ya Allah, rasa sedih pula Madammu bila menulis dan bercerita tentang Ahmadhi. Tiba-tiba terasa, _“andai kata aku ditidurkan dan tidak bangun lagi, macam mana dengan anak-anak aku?”_

Tidak boleh Madammu bayangkan hidup mereka sekali lagi kehilangan seorang ibu. Madammu kena kuat dan yakin pasti semuanya berjalan dengan baik demi anak-anak dan suami. Okay la ualls, coretan hari ini tak boleh panjang panjang. Madammu dah ready nak masuk OT nie. Doakan Madammu ya.

Regards;
Madammu

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...

Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala...

Ahmad Kayden Mengakhiri Teka-Teki Para Followers Madammu

Hai, hai, hai you all... rindu sangat Madammu nak menulis semula. Tapi tanggung jawab dah bertambah la you all, hahahaa... Okay la, sebenarnya hari ni Madammu ada waktu terluang sikit. Sebelum baby menangis, Madammu nak bercerita sikit tentang pengumuman ‘tergempar’...

Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care &...

Madammu Diberi Layanan Istimewa Daripada Natalis Mother Care Selama 100 Hari

Penantian lapan tahun kini berakhir. Syukur, Baby A selamat lahir ke dunia secara pembedahan pada 9 Jun 2023. Hari ini adalah hari Jumaat paling istimewa buat Madammu, TP dan keluarga.Tak terluah dengan kata-kata, bagaimana Madammu ingin membayangkan kepada you all...

Madammu ‘Bersara Seketika’ Dari Media Sosial – Nantikan ‘Comeback’ Madammu!

The struggle is real dan inilah yang dinamakan cabaran fasa akhir kehamilan. Situasi yang lazim dilalui oleh ibu-ibu hamil namun cabaran yang dilalui masing-masing adalah berbeza-beza.Inilah antara pengalaman yang bakal meninggalkan jejak memori termanis bagi insan...

Pendedahan Rahsia Demi Rahsia Dalam Diari Madammu

Perkongsian realiti kehidupan Madammu yang sinonim di platform media sosial kini beralih ke stesen televisyen pula. Berdebar-debar rasanya nak menantikan tayangan episod pertama program realiti TV Diari Madammu yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu nanti. Sebelum...

Madammu Tak Cukup Rehat, Tekanan Darah Naik Mendadak

Jangan risau you all, Madammu baik-baik sahaja. Inilah yang dinamakan dugaan mengandung. Detik pengalaman inilah yang menjadikan setiap wanita yang bergelar ibu itu adalah ‘istimewa’.Dugaan dan cabaran mengandung datang dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, Madammu...

DIARI MADAMMU PAPARAN REALITI KEHIDUPAN MADAMMU

Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Selain berdebar menantikan kelahiran baby A, Madammu juga tak sabar menantikan siri realiti TV Diari Madammu.Diari Madammu bakal ditayangkan di Astro RIA bermula pada 3 Jun 2023 nanti. Kalau you all nak tahu...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
562
+1
47
+1
5
+1
2
+1
5
+1
8
+1
41