Cabaran Bedrest Madammu – Madammu kongsi Petua Menjalani Proses Prosedur Transfer IVF

Kalau you all nak tahu, masuk hari ketiga Madammu bedrest rasa macam hampir hilang akal jadinya.  Mana taknya, Madammu ni kan orang yang sangat aktif. Tiba-tiba kena berehat panjang di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti seperti yang selalu Madammu buat, memang sangat mencabar metal dan emosi Madammu. Walau apa pun Madammu tetap bersyukur. Dan bila difikirkan dari sudut positif, inilah peluang yang terbaik untuk Madammu berehat seketika.

Sebenarnya seronok juga, sebab Madammu menikmati masa ini dengan sebaik-baiknya. So kita boleh enjoy! Hahaha Kepada bakal ibu yang sedang atau merancang untuk melalui kaedah IVF, Madammu nak share sedikit tips apa yang you all patut buat dan tak boleh buat ketika menjalani rawatan ini. Madammu mulakan dengan pengalaman Madammu ketika melalui prosedur transfer tempoh hari. Tetapi sebelum itu, kepada yang masih belum ada rezeki Madammu doakan mudah-mudahan suatu hari nanti rezeki dan urusan you all akan dipermudahkan olehnya.

Bercerita tentang pengalaman Madammu tempoh hari, Madammu nak sarankan supaya you all yang nak melakukan prosedur transfer keluar rumah tanpa memakai sebarang produk kosmetik atau yang beralkohol seperti perfume, deodorant, lotion or anything! Mandi sahaja tau! Oh ya, elakkan juga dari memakai sun screen! Pastikan badan you all bebas daripada produk-produk tersebut. Sebelum FET berlaku, pesakit perlu tahan kencing supaya bladder penuh. Nak tahu kenapa? Sebab doktor nak memastikan rahim pesakit berada pada kedudukan yang terbaik.

Selepas selesai prosedur FET, jangan cepat-cepat buang air kecil pula. You all perlu tahan sekejap. Ikut pengalaman Madammu sendiri, Madammu tahan diri untuk ke tandas lebih kurang 1 jam 30 minit selepas prosedur transfer tu. Part yang paling mencabar selepas FET adalah, tak boleh makan makanan yang pedas-pedas. Bagi yang mengenali Madammu you all faham-faham sahajalah bagaimana relationship Madammu dengan cili. Madammu terpaksa mendisiplinkan diri juga.

Selain itu pesakit juga tidak boleh makan makanan yang mengandungi herba atau jamu, tidak boleh melakukan hubungan intim, jangan bergerak lasak, turun naik tangga dan travelling. Nak tahu bagaimana Madammu melalui hari-hari Madammu sepanjang bedrest nie? Perkara yang boleh Madammu buat hanyalah bergerak secara perlahan-lahan, mandi macam biasa, makan makanan sihat, tengok TV, memasak di samping minum supplement yang tidak mengandungi herba-herba yang panas.

Madammu nak bocor rahsia sikit la tentang produk supplement yang Madammu ambil sepanjang bedrest ni. Kalau you all nak tahu Madammu amalkan Noir Pure White tau. Untuk pemakanan pula, Madammu makan ikan bakar, sayur air, buah-buahan, kekacang, susu almond dan ulam-ulaman. Itulah sedikit sebanyak pengalaman yang boleh Madammu kongsi di sini. Mungkin ada dalam kalangan pembaca blog madammu.com yang nak tahu atau bakal melalui proses yang sama suatu hari nanti. Diharapkan ia boleh dijadikan tips untuk you all.

Madammu memang sangat-sangat mengurangkan pergerakan Madammu. Madammu bangun untuk ke toilet, mandi dan solat sahaja.Hari ini Madammu bakal tahu result positive atau negative. Tempoh dua minggu yang lalu memang sangat mendebarkan. Tetapi Madammu awal-awal dah set my mind supaya tenang dan menganggap ini adalah usaha yang Madammu lakukan untuk mendapatkan zuriat. Jika ada rezeki, adalah. Jika tiada, Insya-Allah Madammu akan cuba lagi.

Semuanya Madammu serahkan pada Tuhan.Sebagai manusia Madammu lakukan apa yang termampu iaitu berusaha dan bertawakal. Buat para wanita yang bakal jalani proses IVF. Dari awal lagi, you all perlu set your mind untuk sentiasa positif supaya proses prosedur transfer dan journey IVF itu lebih mudah. Insya-Allah kita boleh laluinya tanpa stress.

Madammu faham, kos IVF agak tinggi sekali gus ramai yang meletakkan harapan terlalu tinggi. Tetapi kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Jika Dia kata dah tiba masanya, rezeki itu pasti akan sampai juga. Jika gagal atau tidak berjaya mungkin itu kerana sudah tertulis belum ada rezeki lagi. Percayalah, DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa bersangka baik.

Regards;
Madammu

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...

Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala...

Ahmad Kayden Mengakhiri Teka-Teki Para Followers Madammu

Hai, hai, hai you all... rindu sangat Madammu nak menulis semula. Tapi tanggung jawab dah bertambah la you all, hahahaa... Okay la, sebenarnya hari ni Madammu ada waktu terluang sikit. Sebelum baby menangis, Madammu nak bercerita sikit tentang pengumuman ‘tergempar’...

Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care &...

Madammu Diberi Layanan Istimewa Daripada Natalis Mother Care Selama 100 Hari

Penantian lapan tahun kini berakhir. Syukur, Baby A selamat lahir ke dunia secara pembedahan pada 9 Jun 2023. Hari ini adalah hari Jumaat paling istimewa buat Madammu, TP dan keluarga.Tak terluah dengan kata-kata, bagaimana Madammu ingin membayangkan kepada you all...

Madammu ‘Bersara Seketika’ Dari Media Sosial – Nantikan ‘Comeback’ Madammu!

The struggle is real dan inilah yang dinamakan cabaran fasa akhir kehamilan. Situasi yang lazim dilalui oleh ibu-ibu hamil namun cabaran yang dilalui masing-masing adalah berbeza-beza.Inilah antara pengalaman yang bakal meninggalkan jejak memori termanis bagi insan...

Pendedahan Rahsia Demi Rahsia Dalam Diari Madammu

Perkongsian realiti kehidupan Madammu yang sinonim di platform media sosial kini beralih ke stesen televisyen pula. Berdebar-debar rasanya nak menantikan tayangan episod pertama program realiti TV Diari Madammu yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu nanti. Sebelum...

Madammu Tak Cukup Rehat, Tekanan Darah Naik Mendadak

Jangan risau you all, Madammu baik-baik sahaja. Inilah yang dinamakan dugaan mengandung. Detik pengalaman inilah yang menjadikan setiap wanita yang bergelar ibu itu adalah ‘istimewa’.Dugaan dan cabaran mengandung datang dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, Madammu...

DIARI MADAMMU PAPARAN REALITI KEHIDUPAN MADAMMU

Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Selain berdebar menantikan kelahiran baby A, Madammu juga tak sabar menantikan siri realiti TV Diari Madammu.Diari Madammu bakal ditayangkan di Astro RIA bermula pada 3 Jun 2023 nanti. Kalau you all nak tahu...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
18
+1
3
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0