Madammu batal Percutian Ke London Kerana Perlu Jalani Pembedahan Segera
Madammu terpanggil untuk mewujudkan blog ini sebagai salah satu wadah coretan pengalaman yang ingin Madammu kongsi bersama para pengikut setia Madammu di luar sana. #madammu.com will empowering women to live their best lives and you’ll find everything! Pelbagai perkongsian yang boleh dikatakan sebagai ‘random thought’ bakal Madammu catatkan dalam blog ini. Antaranya; family life, beauty tips, fashion, recipes, business advice and more. Sebuah tulisan jujur dari Madammu untuk dikongsi bersama ramai wanita luar biasa di luar sana.
Mesti ramai dah tahu tentang perancangan Madammu dan team untuk terbang ke London. Sepatutnya kami akan berlepas ke London pada hari ini namun apakan daya. Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang akan menentukan segala-galanya.
Semalam Madammu menjalani pemeriksaan di Alpha IVF & Women’s Specialists sebagai salah satu persediaan sebelum bertolak ke luar negara. Tambahan pula sejurus kembali dari London nanti Madammu akan melakukan pemindahan embrio. Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan semalam doktor menasihatkan Madammu untuk membuat pembedahan membuang saluran tiub fallopio pada kadar segera.
Satu kejutan yang sangat memberi impak kepada emosi Madammu. Nak ditelan mati emak, nak diluahkan mati bapa. Madammu faham akan keterujaan team Madammu untuk menikmati percutian ke luar negara setelah sekian lama berkurung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apatah lagi keputusan berat ini perlu Madammu ambil di saat-saat akhir. Keadaan tiub fallopio yang membengkak pada size 13cm dan terdapat sedikit infection memaksa Madammu bersetuju dengan cadangan doktor yang merawat Madammu untuk menyegerakan pembedahan tersebut.
Jauh di sudut hati Madammu, berat rasa hati nak membatalkan perjalanan ke London. Namun, Madammu perlu membuat pilihan dan melepaskan sesuatu yang Madammu rasa sukar untuk diputuskan. Mungkin inilah sedikit pengorbanan yang boleh Madammu lakukan buat masa ini demi memenuhi impian Madammu dan keluarga untuk memiliki cahaya mata sendiri.
Lama Madammu berfikir untuk membuat keputusan ini. Semalam selepas makan tengah hari Madammu memutuskan untuk melakukan pembedahan segera supaya proses IVF yang telah dirancang oleh pihak hospital tidak tergendala dan boleh diteruskan. Ternyata, semua yang berlaku ini tak mudah untuk Madammu. Namun Madammu pasti, ada individu atau wanita di luar sana yang terpaksa melalui cabaran yang lebih hebat berbanding apa yang sedang Madammu lalui kini.
Keputusan dibuat tanpa membelakangi team Madammu. Setelah berbincang kami memutuskan untuk teruskan juga perancangan percutian ini. Tetapi, tarikhnya terpaksa dianjakkan ke bulan Oktober 2022. Maafkan Madammu ya… Perjalanan IVF Madammu ini mungkin tak semudah seperti yang disangka. Namun Madammu sanggup ambil apa jua risiko dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan kami sekeluarga. Tambahan pula, ketiga-tiga anak Madammu, Zahara, Qally dan Ahmadhi turut teruja untuk mendapat adik baru.
Keputusan dibuat tanpa membelakangi team Madammu. Setelah berbincang kami memutuskan untuk teruskan juga perancangan percutian ini. Tetapi, tarikhnya terpaksa dianjakkan ke bulan Oktober 2022. Maafkan Madammu ya… Perjalanan IVF Madammu ini mungkin tak semudah seperti yang disangka. Namun Madammu sanggup ambil apa jua risiko dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan kami sekeluarga. Tambahan pula, ketiga-tiga anak Madammu, Zahara, Qally dan Ahmadhi turut teruja untuk mendapat adik baru.
Insya-Allah, akan Madammu kongsi perkembangan kesihatan Madammu dari semasa ke semasa menerusi catatan Diari Madammu ini. Manalah tahu jika ada yang sedang merancang atau sedang melalui proses IVF sama seperti Madammu, mungkin anda juga boleh berkongsi pengalaman atau tips dengan Madammu. Inilah platform terbaik untuk kita saling berkongsi pengalaman, nasihat serta pandangan antara satu sama lain
Regards :
Madammu
Max Bet vs. Minimum Bet: Which One Actually Triggers Jackpots at 66f nhà cái?
by Madammu | 28/05/2026 | Uncategorized | 0 Comments
One of the most debated topics among slot enthusiasts and casino regulars is whether the size of your wager influences your chances of hitting a life-changing jackpot. Whether you are a cautious player sticking to the minimum or a high-roller pushing the max bet,...
The Future of VR Slots: Stepping into a New Era of Digital Gaming
by Madammu | 28/05/2026 | Uncategorized | 0 Comments
Virtual Reality (VR) is no longer a futuristic concept found only in science fiction; it is actively transforming the landscape of online gambling. Among the most exciting developments is the rise of VR slots, which promise to bridge the gap between the physical...
Mastering the Spin: Understanding Slot Volatility—Low vs. High Variance
by Madammu | 28/05/2026 | Uncategorized | 0 Comments
For many players visiting vz66 top, knowing how volatility affects your payouts is essential. What Exactly is Slot Volatility? In the world of online gaming at vz66.vip, volatility refers to the risk level associated with a specific slot game. It does not tell you...
Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu
by Madammu | 16/05/2026 | Gaya Hidup | 0 Comments
Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 0 Comments
Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 0 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 0 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 0 Comments
Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan. Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 0 Comments
Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 0 Comments
Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...





