Madammu ‘Bersara Seketika’ Dari Media Sosial – Nantikan ‘Comeback’ Madammu!

The struggle is real dan inilah yang dinamakan cabaran fasa akhir kehamilan. Situasi yang lazim dilalui oleh ibu-ibu hamil namun cabaran yang dilalui masing-masing adalah berbeza-beza.

Inilah antara pengalaman yang bakal meninggalkan jejak memori termanis bagi insan yang bergelar ibu. Walaupun sukar, Madammu tetap menganggap ia adalah sebuah memori termanis untuk dikenang. Bermula dari journey IVF diikuti dengan fasa awal kehamilan sehinggalah akhir trimester yang bakal berakhir sama ada esok atau lusa.

Selepas insiden tekanan darah yang naik secara tiba-tiba tempoh hari, Madammu terus membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti harian Madammu. Tambahan pula, doktor turut menasihati Madammu agar lebihkan masa untuk berehat demi menjaga kesihatan baby dan Madammu sendiri. Tekanan darah tinggi memang sangat menakutkan dan berisiko buat ibu dan baby.

Atas faktor kesihatan, TP, team dan orang-orang tersayang yang sentiasa berada di belakang Madammu telah menasihati Madammu untuk duduk diam-diam dan berehat sahaja, hahaha… You all kenal Madammu kan? Nak duduk diam tu memang satu cabaran besar bagi Madammu. Hahaha… Namun, demi Baby A terpaksalah Madammu berkorban.

Dalam tempoh sebulan dua nie mungkin Madammu akan ‘bercuti’ dari aktif di media sosial. Madammu rasa inilah waktu yang paling tepat untuk Madammu ‘bersara seketika’ hahaha. Macam mana dengan you all? Adakah you all akan merindui LIVE Madammu? Bagi yang merindui, Madammu dah sediakan satu ‘program’ istimewa buat you all.

Sewaktu sesi Townhall Madammu dan Team HQ NOIR

Bagi followers yang ternanti-nantikan Madammu, bolehlah layan program realiti Diari Madammu di Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 10 malam okay! Mudah-mudahan terubatlah rindu you all untuk melihat Madammu yang sedang ‘berpantang’ dari media sosial nie.

Tapi, jangan lupa check notifikasi media sosial you all tau, manalah tau tiba-tiba Baby A nak buat LIVE pula nanti. Hahaha. Di kesempatan ini, Madammu ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya di sepanjang Madammu bersiaran menerusi platform media sosial, Madammu ada menyakiti hati mana-mana pihak.

Madammu menyampaikan amanat kepada Team HQ NOIR sebagai persediaan sebelum Madammu cuti berpantang

Manalah tahu kalau-kalau ada terkasar bahasa atau terlanjur bicara yang mengguris perasaan pihak-pihak tertentu. Madammu ingin memohon ampun dan maaf. Sebagai manusia biasa, kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Mohon juga agar kalian mendoakan kesihatan baby A dan Madammu. Semoga proses bersalin ini berjalan dengan lancar dan Insya-Allah kita boleh bersiaran langsung kembali sejurus selesai berpantang. Semoga segala doa-doa kebaikan ini akan berbalik kepada you all juga, Aameen.

Regards;
𝓜𝓪𝓭𝓪𝓶𝓶𝓾

Free Spins vs. Deposit Match: Which Bonus is Better for Your 23 Takabet Experience?

When stepping into the world of online gaming, the variety of promotional offers can be overwhelming. For users of 23 takabet, choosing between a free spin bundle and a deposit match bonus is often the first major decision. Understanding the mechanics of these bonuses...

Mobile App vs. Browser: Choosing the Ultimate Gaming Experience for jiliph6

Mobile App vs. Browser: Where Should You Play? In the modern era of digital entertainment, players are often faced with a critical decision: should they download a dedicated mobile application or simply use their web browser? Whether you are accessing jiliph6 for the...

Mastering the Rebate: How to Use Casino Cashback to Offset Slot Losses

For any slot enthusiast, the thrill of the spin is unmatched, but the inevitable "down swings" can be frustrating. This is where casino cashback becomes a game-changer. By returning a percentage of your losses back to your account, cashback offers a financial safety...

Mastering the Exit: The Art of Smart Betting and Knowing When to Walk Away

In the world of online gaming and sports wagering, the thrill of a winning streak can be intoxicating. However, the difference between a successful bettor and a losing one often isn't the ability to pick winners, but the discipline to know when to stop. Whether you...

Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu

Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
25
+1
12
+1
1
+1
3
+1
0
+1
2
+1
3