Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.

Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care & Beauty (Natalis) untuk menjaga Madammu dan baby A sepanjang 100 hari berpantang.

Kepercayaan ini Madammu berikan kepada Natalis memandangkan pihak Natalis menyediakan konsultan berpantang atau CL yang berpengalaman dan profesional. Tempoh berpantang ini adalah fasa di mana Madammu dan baby memerlukan penjagaan khusus bagi memenuhi keperluan Madammu dan baby betul-betul terjaga sepanjang tempoh berpantang ini.

Madammu memulakan sesi berpantang dengan Natalis selepas lapan hari melahirkan baby A. Lazimnya sesi Madammu bermula dari awal pagi dengan bertungku, tangas herba dan berurut. Rutin penjagaan pantang bersama Natalis ini turut dilengkapi dengan penjagaan bayi serta sajian lengkap berpantang untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Layanan yang Madammu dapat memang tip top, bagaikan sang puteri. Hahaha…. Syukur, Alhamdulillah. Tempoh berpantang ini akan Madammu gunakan dengan sebaik mungkin. Sebenarnya fasa berpantang ni adalah tempoh yang sangat istimewa untuk insan yang bergelar ibu. Dengan penjagaan yang rapi daripada CL yang terlatih, para ibu boleh menikmati tempoh ini sambil mendapatkan rehat yang mencukupi.

natalis

Inilah tempoh masa terbaik bagi ibu-ibu bersalin untuk mendapatkan kembali kesihatan seperti sedia kala sambil berehat dan ‘bonding’ bersama baby baru. Ramai yang bertanya tentang bagaimana Madammu menjalani sesi berpantang. Sebenarnya tiada rahsia atau rutin ketat yang Madammu amalkan.

Madammu tidak mahu menjadikan amalan berpantang sebagai sesuatu yang menyukarkan. Selain mendapat penjagaan rapi daripada CL yang dibawakan khas oleh Natalis. Madammu juga banyak bertanya kepada doktor pakar bagi mendapatkan nasihat penjagaan lepas bersalin yang lebih tepat. Sebenarnya, amalan berpantang mahupun di luar penjagaan pantang adalah sama sahaja. Sebagai wanita kita perlu menitik beratkan soal pengambilan makanan berkhasiat, rehat yang mencukupi di samping penjagaan mental serta emosi.

Pemakanan yang kita ambil setiap hari perlulah yang berkhasiat dan lengkap dengan pelbagai nutrisi yang tubuh kita perlukan setiap hari. Selain itu, kita juga perlu mengawal kuantiti makanan yang kita ambil. Cuma, Madammu rasa bertuah apabila ada orang yang boleh memudahkan proses penjagaan pantang Madammu. Madammu memiliki jadual sesi berpantang yang lengkap dan fleksibel.

Sebagai ibu yang baru lepas bersalin, Madammu juga perlu ‘adapt’ dengan jadual baru. Madammu perlu menyusukan Baby A mengikut waktu yang ditetapkan. Mungkin perubahan jadual ini sedikit memenatkan. Tetapi ia adalah pengalaman yang sangat bermakna buat Madammu dan Baby A. Mujur ada CL yang sentiasa membantu Madammu untuk menjaga Baby A. Jadi, tidaklah Madammu rasa penat sangat. Alhamdulillah.

natalis

Bagi ibu-ibu yang berpantang seperti Madammu, you all juga boleh mengamalkan NOIR Pure White. Dari pengalaman Madammu sendiri, NOIR Pure White sangat membantu untuk mempercepatkan proses luka pembedahan jadi kering tanpa keloid dan parut hitam. NOIR Pure White ini sangat tinggi dengan vitamin C kerana kandungan camu-camunya. Ia mampu membantu menyembuhkan luka dengan baik.

Bagi yang sedang tercari-cari perkhidmatan CL, Madammu sangat mengesyorkan untuk you all mendapatkan khidmat CL dari Natalis Mother Care & Beauty. Urutan untuk ibu, urutan untuk melancarkan susu ibu, bertungku, mandian herba, pemakaian bengkung, pemakaian pilis, mandian bayi, urutan bayi dan pengurusan bayi semuanya lengkap bersama Natalis Mother Care & Beauty.

Sebenarnya perkhidmatan CL ni memang banyak memberi manfaat kepada ibu selepas bersalin. Insya-Allah tempoh pemulihan selepas bersalin akan jadi lebih lancar. Para ibu akan kembali sihat dengan lebih cepat, cantik dan ceria bersama baby.

Regards;
𝓜𝓪𝓭𝓪𝓶𝓶𝓾

Mobile App vs. Navigateur : Où Jouer pour Maximiser Vos Chances ?

Dans l’univers du jeu en ligne, choisir entre une application mobile et un navigateur web peut faire toute la différence. Avec des plateformes comme w88aa qui rivalisent pour attirer les joueurs, il est essentiel de comprendre les avantages et inconvénients de chaque...

Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics

The world of online gaming has evolved dramatically, with 3D slots leading the charge in visual innovation and immersive gameplay. These cutting-edge games combine stunning graphics with engaging storylines, creating an unparalleled gaming experience that captivates...

Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics

The world of online gaming has evolved dramatically, with 3D slots leading the charge in visual innovation and immersive gameplay. These cutting-edge games combine stunning graphics with engaging storylines, creating an unparalleled gaming experience that captivates...

Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics

The world of online gaming has evolved dramatically, with 3D slots leading the charge in visual innovation and immersive gameplay. These cutting-edge games combine stunning graphics with engaging storylines, creating an unparalleled gaming experience that captivates...

Hidden Terms and Conditions of Slot Bonuses You Must Read Before Playing at GameBet

Slot bonuses can seem like a dream come true for online casino players, offering free spins, deposit matches, and massive credits. However, beneath these attractive offers lie complex terms and conditions that can make or break your gaming experience. Understanding...

Unlocking the Best PH Dream 55 Wager-Free Free Spins Offers: Your Ultimate Guide

In today's competitive online casino landscape, finding truly wager-free free spins offers can feel like searching for a needle in a haystack. Players are constantly bombarded with promotional offers that come with complicated terms and conditions, making it difficult...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
11
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0