Doa Selamat & Pengharapan Mengiringi Debaran Madammu

2 Minggu Penuh Mencabar – Doa Selamat & Pengharapan Mengiringi Debaran Madammu Melalui Journey Pregnancy

Syukur Alhamdulillah, sebelum menjalani proses pemindahan Frozen Embryo Transfer (FET) Madammu berpeluang mengadakan majlis doa selamat untuk keluarga , staff dan jiran tetangga.

Lokasi majlis doa selamat kali ini, Madammu adakan di Clubhouse kediaman Madammu sahaja. Madammu buat secara kecil-kecilan pada tarikh 30 September 20222. Majlis ini  diadakan bersempena Madammu bakal menjalani prosedur FET. Selain itu,  Madammu pilih tarikh sehari sebelum kakak Madammu menunaikan Umrah. Kakak Madammu berlepas ke Tanah Suci pada tarikh yang sama Madammu menjalani prosedur FET, iaitu pada 1 Oktober 2022.

Majlis telah dihadiri 100 jemputan, bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah , doa selamat, tahlil, solat Isyak dan diiringi dengan jamuan makan. Kali ini Madammu menjemput ustaz dari kawasan perumahan Madammu sahaja untuk mengimamkan solat dan mengetuai bacaan doa.

Madammu tak masak untuk majlis nie, Madammu menggunakan perkhidmatan Catering The Puyuh di mana ini adalah kali kedua Madammu menggunakan perkhidmatan mereka. Makanan mereka memang sedap dan tak kedekut! Pernah dulu, Madammu order untuk 13 orang je pun… tapi pihak Catering The Puyuh sediakan macam untuk 20 orang makan

Doa Selamat & Pengharapan Mengiringi Debaran Madammu

Menu yang Madammu pilih terdiri daripada hidangan Nasi Beriani berserta dengan lauk-pauk seperti kari kambing, ayam masak merah, pajeri nanas, acar jelatah dan udang goreng berempah. Selain itu ada juga mini egg salad, sanwich double layer, creampuff, macaroni goreng untuk kanak-kanak, nugget tempura serta kuih muih seperti kole kacang, nona manis, cara berlauk inti daging, akok, kaswi dan buah-buahan.

Alang-alang kita buat jamuan makan nie, kita kena sediakan yang terbaik untuk para jemputan. Nenek Madammu cakap, kalau nak bagi orang makan kena bagi paling terbaik mengikut kemampuan kita.

Seronok sangat bila dapat buat majlis doa selamat dan bagi orang makan nie. Sebab dari awal Madammu memang dah pasang niat untuk buat majlis doa selamat apabila Madammu diberi peluang untuk berikhtiar bagi meneruskan journey pregnancy ini.

Syukur majlis berlangsung dengan sempurna. Pada keesokan harinya pula Madammu telah menjalani prosedur FET. Di mana sejurus selesai menjalani prosedur ini, bermulalah cabaran yang paling hebat buat Madammu iaitu ‘bedrest.’

Kenapa Madammu katakan ia cabaran hebat buat Madammu? Sebab you all kan tahu bagaimana jadual harian Madammu sebelum ini. Madammu mana reti duduk diam kan?

Jadi, demi merealisasikan impian untuk memiliki cahaya mata sendiri dan demi memastikan journey IVF Madammu ini berhasil, Madammu perlu berkorban dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Kali ini, Madammu perlu disiplin ikut nasihat doktor.

Insya-Allah, nanti Madammu akan kongsikan pengalaman Madammu menjalani prosedur FET pula. Mungkin ada di kalangan followers Madammu yang pernah menjalani prosedur yang sama seperti Madammu. Mungkin you all boleh kongsi pengalaman dan nasihat you all selepas menjalani prosedur tersebut di ruangan komen.

Best juga kalau kita saling berkongsi petua, tips dan pengalaman nie. Dan dalam masa yang sama kita saling mendoakan antara satu sama lain agar journey IVF kita dipermudahkan. Tempoh dua minggu ini memang agak mendebarkan bagi Madammu, walau apa pun Madammu serahkan segala-galanya kepada yang Maha Esa kerana dialah yang Maha Mengetahui. Mohon doakan yang terbaik ye buat Madammu dan keluarga.

Insha-Allah jika diizinkan-Nya, nanti Madammu akan buat majlis doa selamat lagi khusus buat para usahawan NOIR dan juga followers Madammu.

Regards; Madammu

Mobile App vs. Navigateur : Où Jouer pour Maximiser Vos Chances ?

Dans l’univers du jeu en ligne, choisir entre une application mobile et un navigateur web peut faire toute la différence. Avec des plateformes comme w88aa qui rivalisent pour attirer les joueurs, il est essentiel de comprendre les avantages et inconvénients de chaque...

Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics

The world of online gaming has evolved dramatically, with 3D slots leading the charge in visual innovation and immersive gameplay. These cutting-edge games combine stunning graphics with engaging storylines, creating an unparalleled gaming experience that captivates...

Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics

The world of online gaming has evolved dramatically, with 3D slots leading the charge in visual innovation and immersive gameplay. These cutting-edge games combine stunning graphics with engaging storylines, creating an unparalleled gaming experience that captivates...

Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics

The world of online gaming has evolved dramatically, with 3D slots leading the charge in visual innovation and immersive gameplay. These cutting-edge games combine stunning graphics with engaging storylines, creating an unparalleled gaming experience that captivates...

Hidden Terms and Conditions of Slot Bonuses You Must Read Before Playing at GameBet

Slot bonuses can seem like a dream come true for online casino players, offering free spins, deposit matches, and massive credits. However, beneath these attractive offers lie complex terms and conditions that can make or break your gaming experience. Understanding...

Unlocking the Best PH Dream 55 Wager-Free Free Spins Offers: Your Ultimate Guide

In today's competitive online casino landscape, finding truly wager-free free spins offers can feel like searching for a needle in a haystack. Players are constantly bombarded with promotional offers that come with complicated terms and conditions, making it difficult...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
41
+1
7
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0