Doa Selamat & Pengharapan Mengiringi Debaran Madammu

2 Minggu Penuh Mencabar – Doa Selamat & Pengharapan Mengiringi Debaran Madammu Melalui Journey Pregnancy

Syukur Alhamdulillah, sebelum menjalani proses pemindahan Frozen Embryo Transfer (FET) Madammu berpeluang mengadakan majlis doa selamat untuk keluarga , staff dan jiran tetangga.

Lokasi majlis doa selamat kali ini, Madammu adakan di Clubhouse kediaman Madammu sahaja. Madammu buat secara kecil-kecilan pada tarikh 30 September 20222. Majlis ini  diadakan bersempena Madammu bakal menjalani prosedur FET. Selain itu,  Madammu pilih tarikh sehari sebelum kakak Madammu menunaikan Umrah. Kakak Madammu berlepas ke Tanah Suci pada tarikh yang sama Madammu menjalani prosedur FET, iaitu pada 1 Oktober 2022.

Majlis telah dihadiri 100 jemputan, bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah , doa selamat, tahlil, solat Isyak dan diiringi dengan jamuan makan. Kali ini Madammu menjemput ustaz dari kawasan perumahan Madammu sahaja untuk mengimamkan solat dan mengetuai bacaan doa.

Madammu tak masak untuk majlis nie, Madammu menggunakan perkhidmatan Catering The Puyuh di mana ini adalah kali kedua Madammu menggunakan perkhidmatan mereka. Makanan mereka memang sedap dan tak kedekut! Pernah dulu, Madammu order untuk 13 orang je pun… tapi pihak Catering The Puyuh sediakan macam untuk 20 orang makan

Doa Selamat & Pengharapan Mengiringi Debaran Madammu

Menu yang Madammu pilih terdiri daripada hidangan Nasi Beriani berserta dengan lauk-pauk seperti kari kambing, ayam masak merah, pajeri nanas, acar jelatah dan udang goreng berempah. Selain itu ada juga mini egg salad, sanwich double layer, creampuff, macaroni goreng untuk kanak-kanak, nugget tempura serta kuih muih seperti kole kacang, nona manis, cara berlauk inti daging, akok, kaswi dan buah-buahan.

Alang-alang kita buat jamuan makan nie, kita kena sediakan yang terbaik untuk para jemputan. Nenek Madammu cakap, kalau nak bagi orang makan kena bagi paling terbaik mengikut kemampuan kita.

Seronok sangat bila dapat buat majlis doa selamat dan bagi orang makan nie. Sebab dari awal Madammu memang dah pasang niat untuk buat majlis doa selamat apabila Madammu diberi peluang untuk berikhtiar bagi meneruskan journey pregnancy ini.

Syukur majlis berlangsung dengan sempurna. Pada keesokan harinya pula Madammu telah menjalani prosedur FET. Di mana sejurus selesai menjalani prosedur ini, bermulalah cabaran yang paling hebat buat Madammu iaitu ‘bedrest.’

Kenapa Madammu katakan ia cabaran hebat buat Madammu? Sebab you all kan tahu bagaimana jadual harian Madammu sebelum ini. Madammu mana reti duduk diam kan?

Jadi, demi merealisasikan impian untuk memiliki cahaya mata sendiri dan demi memastikan journey IVF Madammu ini berhasil, Madammu perlu berkorban dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Kali ini, Madammu perlu disiplin ikut nasihat doktor.

Insya-Allah, nanti Madammu akan kongsikan pengalaman Madammu menjalani prosedur FET pula. Mungkin ada di kalangan followers Madammu yang pernah menjalani prosedur yang sama seperti Madammu. Mungkin you all boleh kongsi pengalaman dan nasihat you all selepas menjalani prosedur tersebut di ruangan komen.

Best juga kalau kita saling berkongsi petua, tips dan pengalaman nie. Dan dalam masa yang sama kita saling mendoakan antara satu sama lain agar journey IVF kita dipermudahkan. Tempoh dua minggu ini memang agak mendebarkan bagi Madammu, walau apa pun Madammu serahkan segala-galanya kepada yang Maha Esa kerana dialah yang Maha Mengetahui. Mohon doakan yang terbaik ye buat Madammu dan keluarga.

Insha-Allah jika diizinkan-Nya, nanti Madammu akan buat majlis doa selamat lagi khusus buat para usahawan NOIR dan juga followers Madammu.

Regards; Madammu

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
41
+1
7
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
0 0 votes
Article Rating
guest
7.3K Comments
Inline Feedbacks
View all comments
JosephFeacy
JosephFeacy
1 year ago

http://withoutprescription.guru/# prescription drugs without prior prescription

ROSLAW
ROSLAW
2 years ago

Saya doakan Madammu berjaya hamil dan kandungan selamat sehingga melahirkan dan bayi membesar dengan sihat. Madammu ikutlah sepenuhnya nasihat Dr. Saya pernah melalui prosedur yang Madam lalui. Madam berdoa banyak2 kepada Allah supaya prosedur ini berjaya. Kena happy dan bertenang selalu.😊

Norfaizah
Norfaizah
2 years ago

Semoga semuanya berjalan lancar, dan dipermudahkan segala urusan, insyaallah….Amin….

Riani
Riani
2 years ago

Alhamdulillah…semoga dipermudahkan segala urusan madammu & TP…

ALLY FITRI
ALLY FITRI
2 years ago

Alhamdulillah, semoga dilancarkan segala urusan madam untuk ke fasa seterusnya.

Noorkhairiah
Noorkhairiah
2 years ago
Reply to  ALLY FITRI

Alhamdulilah..semoga dipermudahkan sgala urusan madam n tp..Aaminnn

Yun
Yun
2 years ago

Alhamdulillah, smoga urusan seterusnya dilancarkan dipermudahkan buat Madammu dan TP , aamiinn ya rabbal alamin🥰🥰🥰🥰🥰🥰

Misz nina noir
Misz nina noir
2 years ago
Reply to  Yun

Alhamdulillah tahniah madam dah berjaya sampai tahap ni. Saya doakan madam dipermudahkan segala urusan dan hajat madammu dimakbulkanNya. Jaga pantang, bedrest leklok madam. 💜Madam

amnah
amnah
2 years ago

semoga dipermudahkan urusan madamu & result positive. In sha allah, Allah beri sesuatu ikut masa yang sesuai. Semoga berkat usaha, ikhtiar & kesabaran Madamu & TP Allah ganjarkan berita yang gembira untuk seluruh ahli keluarga.

MawarSufi
MawarSufi
2 years ago

Terima kasih madam sentiasa membuat coretan didalam blog madam.Semoga semua urusan dan perjalanan madam utk mendapatkan zuriat Allah makbulkan. Setiap perancangan Allah mmg yang terbaik utk hambanya. Saya pun tak sabar nk tggu result 11hb ni..mcm kite plak yg nk test.. Hahhaa

NORHAYATI BINTI LAZIM
NORHAYATI BINTI LAZIM
2 years ago

Alhamdulillah….semoga Allah memudahkan segala urusan madam dan menjadi ibu yang baik pada anak2

engku maimunah
engku maimunah
2 years ago

Alhamdulillah..semoga semuanya dipermudahkan..
Dengan izin Nya dikurniakan rezeki anak2 kepada Madammu dan TP