Cabaran Bedrest Madammu – Madammu kongsi Petua Menjalani Proses Prosedur Transfer IVF
Kalau you all nak tahu, masuk hari ketiga Madammu bedrest rasa macam hampir hilang akal jadinya. Mana taknya, Madammu ni kan orang yang sangat aktif. Tiba-tiba kena berehat panjang di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti seperti yang selalu Madammu buat, memang sangat mencabar metal dan emosi Madammu. Walau apa pun Madammu tetap bersyukur. Dan bila difikirkan dari sudut positif, inilah peluang yang terbaik untuk Madammu berehat seketika.
Sebenarnya seronok juga, sebab Madammu menikmati masa ini dengan sebaik-baiknya. So kita boleh enjoy! Hahaha Kepada bakal ibu yang sedang atau merancang untuk melalui kaedah IVF, Madammu nak share sedikit tips apa yang you all patut buat dan tak boleh buat ketika menjalani rawatan ini. Madammu mulakan dengan pengalaman Madammu ketika melalui prosedur transfer tempoh hari. Tetapi sebelum itu, kepada yang masih belum ada rezeki Madammu doakan mudah-mudahan suatu hari nanti rezeki dan urusan you all akan dipermudahkan olehnya.
Bercerita tentang pengalaman Madammu tempoh hari, Madammu nak sarankan supaya you all yang nak melakukan prosedur transfer keluar rumah tanpa memakai sebarang produk kosmetik atau yang beralkohol seperti perfume, deodorant, lotion or anything! Mandi sahaja tau! Oh ya, elakkan juga dari memakai sun screen! Pastikan badan you all bebas daripada produk-produk tersebut. Sebelum FET berlaku, pesakit perlu tahan kencing supaya bladder penuh. Nak tahu kenapa? Sebab doktor nak memastikan rahim pesakit berada pada kedudukan yang terbaik.
Selepas selesai prosedur FET, jangan cepat-cepat buang air kecil pula. You all perlu tahan sekejap. Ikut pengalaman Madammu sendiri, Madammu tahan diri untuk ke tandas lebih kurang 1 jam 30 minit selepas prosedur transfer tu. Part yang paling mencabar selepas FET adalah, tak boleh makan makanan yang pedas-pedas. Bagi yang mengenali Madammu you all faham-faham sahajalah bagaimana relationship Madammu dengan cili. Madammu terpaksa mendisiplinkan diri juga.
Selain itu pesakit juga tidak boleh makan makanan yang mengandungi herba atau jamu, tidak boleh melakukan hubungan intim, jangan bergerak lasak, turun naik tangga dan travelling. Nak tahu bagaimana Madammu melalui hari-hari Madammu sepanjang bedrest nie? Perkara yang boleh Madammu buat hanyalah bergerak secara perlahan-lahan, mandi macam biasa, makan makanan sihat, tengok TV, memasak di samping minum supplement yang tidak mengandungi herba-herba yang panas.
Madammu nak bocor rahsia sikit la tentang produk supplement yang Madammu ambil sepanjang bedrest ni. Kalau you all nak tahu Madammu amalkan Noir Pure White tau. Untuk pemakanan pula, Madammu makan ikan bakar, sayur air, buah-buahan, kekacang, susu almond dan ulam-ulaman. Itulah sedikit sebanyak pengalaman yang boleh Madammu kongsi di sini. Mungkin ada dalam kalangan pembaca blog madammu.com yang nak tahu atau bakal melalui proses yang sama suatu hari nanti. Diharapkan ia boleh dijadikan tips untuk you all.
Madammu memang sangat-sangat mengurangkan pergerakan Madammu. Madammu bangun untuk ke toilet, mandi dan solat sahaja.Hari ini Madammu bakal tahu result positive atau negative. Tempoh dua minggu yang lalu memang sangat mendebarkan. Tetapi Madammu awal-awal dah set my mind supaya tenang dan menganggap ini adalah usaha yang Madammu lakukan untuk mendapatkan zuriat. Jika ada rezeki, adalah. Jika tiada, Insya-Allah Madammu akan cuba lagi.
Semuanya Madammu serahkan pada Tuhan.Sebagai manusia Madammu lakukan apa yang termampu iaitu berusaha dan bertawakal. Buat para wanita yang bakal jalani proses IVF. Dari awal lagi, you all perlu set your mind untuk sentiasa positif supaya proses prosedur transfer dan journey IVF itu lebih mudah. Insya-Allah kita boleh laluinya tanpa stress.
Madammu faham, kos IVF agak tinggi sekali gus ramai yang meletakkan harapan terlalu tinggi. Tetapi kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Jika Dia kata dah tiba masanya, rezeki itu pasti akan sampai juga. Jika gagal atau tidak berjaya mungkin itu kerana sudah tertulis belum ada rezeki lagi. Percayalah, DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa bersangka baik.
Semuanya Madammu serahkan pada Tuhan.Sebagai manusia Madammu lakukan apa yang termampu iaitu berusaha dan bertawakal. Buat para wanita yang bakal jalani proses IVF. Dari awal lagi, you all perlu set your mind untuk sentiasa positif supaya proses prosedur transfer dan journey IVF itu lebih mudah. Insya-Allah kita boleh laluinya tanpa stress.
Madammu faham, kos IVF agak tinggi sekali gus ramai yang meletakkan harapan terlalu tinggi. Tetapi kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Jika Dia kata dah tiba masanya, rezeki itu pasti akan sampai juga. Jika gagal atau tidak berjaya mungkin itu kerana sudah tertulis belum ada rezeki lagi. Percayalah, DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa bersangka baik.
Madammu faham, kos IVF agak tinggi sekali gus ramai yang meletakkan harapan terlalu tinggi. Tetapi kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Jika Dia kata dah tiba masanya, rezeki itu pasti akan sampai juga. Jika gagal atau tidak berjaya mungkin itu kerana sudah tertulis belum ada rezeki lagi. Percayalah, DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa bersangka baik.
Regards;
Madammu
Madammu
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 31 Comments
Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 290 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 3,002 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 1,925 Comments
Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan. Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,744 Comments
Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,089 Comments
Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...
Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP
by Madammu | 21/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,563 Comments
Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP, bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...
Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo
by Madammu | 05/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,234 Comments
Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...
Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally
by Madammu | 26/12/2023 | Family, Gaya Hidup | 8,683 Comments
Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...
34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU
by Madammu | 12/10/2023 | Gaya Hidup | 11,424 Comments
Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...









kirkland allergy pills toronto costco canada cold and sinus skin allergy tablets list
Tahniah madammu, tapi masa lepas embrio transfer nurse terus clearkan air kencing guna tube, maybe ok kot asalkan tak ada pergerakkan ..
Salam Madam mu.. Semoga dipermudahkan urusan sepanjanjang proses kehamilan dan diberikan kesihatan yg baik dan selamat melahirkan baby yg sihat Aamiin
Inspired dgn cara madamu
Alhamdulillah Madam adalah inspirasi wanita2 diluar sana.
Alhamdulillah ilmu yg bermanfaat mdm mu💚🫶🏻Tqsm
Doakan sy juga berjaya sbb skrg ivf ke 5,semoga ada rezeki zuriat utk sy dan suami juga🥰
Aamiin ya rabb🤲🏻
Terbaik dan tahniah madammu,,semoga madammu n baby sentiasa d berikan kesihatan yang baik dan d berikan rezeki yang mrlimpah ruah…tahniah madammu..😍😍
Tahniah Madam, akhirnya kesukaran yang di tempuhi, dapat di atasi dengan kemanisan yang dirasai, Tahniah sekali lagi untuk Madam Dan Bos TP… Alhamdulillah💜💜.. Jaga diri😍
Tahniah Madam, dari kesukaran yang dihadapi, akhirnya kemanisan di kecapi, tahniah sekali lagi untuk Madam Dan Bos TP… Alhamdulillah💜
Saya seronok n suka tgk live madammu. Tahniah untuk madammu n TP. tapi selalu terlepas tgk live yg tgh live. Selalu tgk yh dh lepas2 je
Terbaik dan tahniah Madammu ,semoga Madammu dan baby sentiasa sihat dan bertambah meriah keluarga Madammu dan TP dgn kehadiran baby baru disamping kakak2 dan abg yg memang dah meriah kan keluarga Madammu
Akak tabik cara Madammu jaga ank2.♥️ Aminn
Saya suka tengok madammu ,semoga madammu selamat waktu melahirkan baby bulan dpn dan dapat baby yg comel.
Tahniah madammu. Jaga diri dan kandungan sehabis baik ye. Syukur Alhamdulillah segalanya baik2 saje🤲💜
Tahniah madam.