Faktor Emotional Touch Jadi Cabaran Terbesar Madammu & TP Mengendalikan Bisnes Suami Isteri
Alhamdulillah, sejak beberapa bulan kebelakangan ini Madammu agak sibuk dengan beberapa perkara yang sangat memerlukan perhatian Madammu. Selepas menjalani pembedahan membuang tiub fallopian, Madammu telah mengadakan sesi coaching face-to-face dengan Team Usahawan Noir Kelantan. Tidak terhenti di situ, Madammu telah melancarkan Super Whitening Skin Peptides dan kemudian perlu menjaga TP yang menjalani pembedahan lutut.
Sebagai ahli perniagaan, inilah antara cabaran dan pengorbanan yang perlu Madammu lalui. Ada kalanya, soal penat Madammu perlu tolak tepi dan untuk mencapai work-life balance memang ia agak mencabar buat Madammu. Walau apa pun, Madammu bersyukur kerana TP sentiasa setia di sisi Madammu. Kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri, kami jadikan sebagai pelengkap dalam melayari kehidupan berumah tangga ini.
Sebagai pasangan suami isteri dan juga rakan kongsi, Madammu akui ada cabaran yang perlu kami harungi. Lebih-lebih lagi, kami ada emotional touch. Suami isteri kan. Hebat macam mana pun kami dalam dunia business, kedua-duanya pasti ada ego.
Mujur kami sedar bahawa ego itu tidak boleh dilayan. Sebaliknya apa yang kami buat, kami cuba manage the ego. Ego sebagai seorang suami dan ego sebagai seorang isteri memang berbeza. Ia tidak mudah untuk ditepis. Tapi, Insya-Allah kami akan saling memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri kami, we keep on improving. Madammu faham, ada dalam kalangan followers Madammu yang tertanya-tanya bagaimana Madammu dan TP uruskan anak-anak sekiranya kedua-duanya sibuk mencari rezeki. Maklumlah, kedua-duanya memegang peranan yang besar di NOIR Health & Beauty Sdn Bhd.
Jika nak berjaya dalam kehidupan ini, lebih-lebih lagi demi untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mesti ada beberapa perkara yang perlu kita korbankan. Ada kalanya, Madammu dan TP terpaksa mengorbankan masa kami dengan anak-anak tersayang. Kami cuba fahamkan mereka, keputusan yang kami buat ini memang sangat berat. Namun, demi untuk memberikan keselesaan dan kesenangan buat mereka, inilah antara pengorbanan yang perlu kami sebagai ibu dan ayah lakukan.
Walau bagaimanapun, ia tak bermaksud Madammu dan TP lebih mengutamakan business berbanding keluarga. Kami akan sentiasa cuba untuk meluangkan masa bersama-sama kerana anak-anak tetap menjadi keutamaan kami.
Jika nak berjaya dalam kehidupan ini, lebih-lebih lagi demi untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mesti ada beberapa perkara yang perlu kita korbankan. Ada kalanya, Madammu dan TP terpaksa mengorbankan masa kami dengan anak-anak tersayang. Kami cuba fahamkan mereka, keputusan yang kami buat ini memang sangat berat. Namun, demi untuk memberikan keselesaan dan kesenangan buat mereka, inilah antara pengorbanan yang perlu kami sebagai ibu dan ayah lakukan.
Walau bagaimanapun, ia tak bermaksud Madammu dan TP lebih mengutamakan business berbanding keluarga. Kami akan sentiasa cuba untuk meluangkan masa bersama-sama kerana anak-anak tetap menjadi keutamaan kami.
Walau bagaimanapun, ia tak bermaksud Madammu dan TP lebih mengutamakan business berbanding keluarga. Kami akan sentiasa cuba untuk meluangkan masa bersama-sama kerana anak-anak tetap menjadi keutamaan kami.

Jika Zahara, Qally dan Ahmadhi sedang cuti sekolah, ada juga kami bawa mereka sertai business trip yang kami hadiri. Kadang-kadang mereka sampai pada hari Madammu dan TP telah selesai bekerja. Sejurus sesi kerja kami selesai, kami akan ambil peluang itu bercuti dan luangkan masa bersama mereka.
Gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga, inikan pula suami isteri kan. Sebagai pasangan suami isteri yang mengendalikan perniagaan yang sama, Madammu akui ada juga beberapa isu yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan kami.
Perbezaan pandangan dan pendapatan tentang business memang boleh berlaku. Tetapi, Alhamdulillah setakat ini kami mampu menanganinya dengan cara kami sendiri.
Kami akan diam dan ambil masa untuk sama-sama ‘bertenang’ supaya masing-masing tidak terlalu mengikutkan emosi. Kadang-kadang Madammu akan cuba fahami dan bertoleransi dengan apa yang boss cuba sampaikan. Walaupun Madammu sebagai owner, tetapi Madammu akan cuba untuk percaya dan yakin dengan tindakkan boss itu.
Kalau nak bercerita tentang merajuk, memang selalu! Hahaha. You all rasa-rasa la kan, siapa yang kerap merajuk? Bukan Madammu tau, tapi TP yang selalu merajuk! Hahaha…
Merajuk itu tandanya sayang juga kan? Bila kami merajuk selalunya kami akan diam sahaja dan tiba-tiba baik sendiri. Kami tak boleh merajuk lama-lama.
Buang ego, memahami partner, bertoleransi dan cuba menerima pandangan partner, itulah antara nasihat yang boleh Madammu kongsi sebagai seorang isteri dan pemilik perniagaan yang sama-sama membina perniagaan dengan suami tercinta.
Regards;
Madammu
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 29 Comments
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 290 Comments
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 3,002 Comments
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 1,925 Comments
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,744 Comments
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,089 Comments
Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP
by Madammu | 21/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,563 Comments
Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo
by Madammu | 05/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,234 Comments
Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally
by Madammu | 26/12/2023 | Family, Gaya Hidup | 8,680 Comments
34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU
by Madammu | 12/10/2023 | Gaya Hidup | 11,421 Comments
best medicine for painful heartburn cefadroxil cheap
stomach acid medication generic names lamivudine 100mg cost
order prednisone 5mg online cheap buy prednisone generic
sleeping tablets without a prescription order phenergan 10mg pill
best allergy medications over the counter zyrtec canada over the counter names of prescription allergy pills
Betul madam.. ego lah yg selalu merosakkan hubungan kekeluargaan.. sikap diamkan diri dan baik sendiri merupakan satu sifat tolak ansur dan menunjukkan kematangan kita dlm mengendalikan sesuatu masalah. Semoga Allah memberikan ganjaran yg besar buat org2 yg sabar. InshaAllah Aamiin.
Madammu adalah antara wanita inspirasi buat saya. Suka tgk cara madammu dalam melayari kehidupan seharian. Seorang yg positive, berkeyakinan tinggi & menjadi idola setiap wanita. Semoga Madammu & keluarga sentiasa dalam lindungan Allah dan sukses selalu❤️
Semoga menjadi rule model tuk kami yg berfikiran positif. Tq madam.
Alhamdulillah, suka tengok madammu sekeluarga
Semoga Allah merahmati madam dan keluarga.. moga dipermudah segala urusan..