Madammu dan Baby Berada Dalam Keadaan Sihat. Doktor Nasihatkan Madammu Sambung Bed Rest

Panik, gementar dan bimbang; Itulah antara emosi yang sudah tentu ada dalam diri individu yang bakal bergelar seorang ibu. Dua hari lepas Madammu telah melalui satu momen yang agak mencemaskan, lebih-lebih lagi ini adalah pengalaman pertama Madammu melalui pregnancy journey.

Pada malam kejadian, Madammu rasa seperti ada ‘sesuatu yang keluar.’ Kebetulan palazzo yang Madammu pakai pada malam itu kainnya agak nipis. Jadi, apabila Madammu melihat ada tompokan darah pada palazzo, situasi tersebut memang sangat mencemaskan. Mujurlah TP tak sama-sama panik pada masa tu. TP terus bawa Madammu ke hospital untuk buat pemeriksaan. Kebetulan pula hospital yang Madammu pergi pada malam itu agak ramai.

Keesokan harinya Madammu terus berjumpa dengan doktor yang merawat Madammu di Alpha Fertility Center. Alhamdulillah, doktor dan buat pemeriksaan lanjut dan baby berada dalam keadaan sihat dan semakin membesar. Doktor nasihatkan supaya Madammu sambung bed rest dan jangan terlalu lasak.

“Sebenarnya dua minggu selepas bed rest hari tu, aktiviti naik turun tangga di rumah pun bermula. Selain itu Madammu dan TP juga ada ke Melaka untuk memenuhi jemputan majlis. Mungkin disebabkan Madammu kembali aktif menyebabkan insiden cemas itu berlaku. Doktor ada cakap, keluar tompokan darah sewaktu awal kehamilan itu adalah normal. Apa yang berlaku pada Madammu dua hari lepas hanyalah pendarahan ringan seperti keluar tompokan darah (spotting) dan ianya tidak berterusan keluar.”

You all jangan risau, sekarang Madammu hanya bed rest di dalam bilik. Madammu ni bukan apa, bila bed rest automatik Madammu rasa lesu dan rasa macam nak demam pula. Hahaha… Walau apa pun, Madammu akan cuba kawal emosi. Tambahan pula, Madammu dah biasa sibuk dan aktif sepanjang hari. Bila dinasihatkan untuk bed rest dan berehat di atas katil sepanjang hari, ia memang sangat mencabar untuk Madammu.

Memang doktor sarankan untuk Madammu sambung bed rest tapi bukan bermaksud Madammu tak boleh bergerak langsung. Doktor hanya tegaskan supaya Madammu stop aktiviti travelling dan jangan terlalu lasak. Bila ada peluang meneruskan aktiviti LIVE Madammu, sekurang-kurangnya hilanglah sikit rasa bosan tu. Madammu rasa seronok bila dapat berinteraksi dengan para followers Madammu. Terima kasih ya sebab ambil berat tentang Madammu.

Mohon you all terus mendoakan yang terbaik untuk Madammu dan kandungan ya. Madammu pun akan selalu mendoakan kesejahteraan dan semoga you all akan terus dimurahkan rezeki. Ameen.

Klinik tempat Doktor Nasihatkan Madammu utuk rest

Regards;
Madammu

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...

Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala...

Ahmad Kayden Mengakhiri Teka-Teki Para Followers Madammu

Hai, hai, hai you all... rindu sangat Madammu nak menulis semula. Tapi tanggung jawab dah bertambah la you all, hahahaa... Okay la, sebenarnya hari ni Madammu ada waktu terluang sikit. Sebelum baby menangis, Madammu nak bercerita sikit tentang pengumuman ‘tergempar’...

Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care &...

Madammu Diberi Layanan Istimewa Daripada Natalis Mother Care Selama 100 Hari

Penantian lapan tahun kini berakhir. Syukur, Baby A selamat lahir ke dunia secara pembedahan pada 9 Jun 2023. Hari ini adalah hari Jumaat paling istimewa buat Madammu, TP dan keluarga.Tak terluah dengan kata-kata, bagaimana Madammu ingin membayangkan kepada you all...

Madammu ‘Bersara Seketika’ Dari Media Sosial – Nantikan ‘Comeback’ Madammu!

The struggle is real dan inilah yang dinamakan cabaran fasa akhir kehamilan. Situasi yang lazim dilalui oleh ibu-ibu hamil namun cabaran yang dilalui masing-masing adalah berbeza-beza.Inilah antara pengalaman yang bakal meninggalkan jejak memori termanis bagi insan...

Pendedahan Rahsia Demi Rahsia Dalam Diari Madammu

Perkongsian realiti kehidupan Madammu yang sinonim di platform media sosial kini beralih ke stesen televisyen pula. Berdebar-debar rasanya nak menantikan tayangan episod pertama program realiti TV Diari Madammu yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu nanti. Sebelum...

Madammu Tak Cukup Rehat, Tekanan Darah Naik Mendadak

Jangan risau you all, Madammu baik-baik sahaja. Inilah yang dinamakan dugaan mengandung. Detik pengalaman inilah yang menjadikan setiap wanita yang bergelar ibu itu adalah ‘istimewa’.Dugaan dan cabaran mengandung datang dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, Madammu...

DIARI MADAMMU PAPARAN REALITI KEHIDUPAN MADAMMU

Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Selain berdebar menantikan kelahiran baby A, Madammu juga tak sabar menantikan siri realiti TV Diari Madammu.Diari Madammu bakal ditayangkan di Astro RIA bermula pada 3 Jun 2023 nanti. Kalau you all nak tahu...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
65
+1
16
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0