Madammu batal Percutian Ke London Kerana Perlu Jalani Pembedahan Segera
Madammu terpanggil untuk mewujudkan blog ini sebagai salah satu wadah coretan pengalaman yang ingin Madammu kongsi bersama para pengikut setia Madammu di luar sana. #madammu.com will empowering women to live their best lives and you’ll find everything! Pelbagai perkongsian yang boleh dikatakan sebagai ‘random thought’ bakal Madammu catatkan dalam blog ini. Antaranya; family life, beauty tips, fashion, recipes, business advice and more. Sebuah tulisan jujur dari Madammu untuk dikongsi bersama ramai wanita luar biasa di luar sana.
Mesti ramai dah tahu tentang perancangan Madammu dan team untuk terbang ke London. Sepatutnya kami akan berlepas ke London pada hari ini namun apakan daya. Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang akan menentukan segala-galanya.
Semalam Madammu menjalani pemeriksaan di Alpha IVF & Women’s Specialists sebagai salah satu persediaan sebelum bertolak ke luar negara. Tambahan pula sejurus kembali dari London nanti Madammu akan melakukan pemindahan embrio. Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan semalam doktor menasihatkan Madammu untuk membuat pembedahan membuang saluran tiub fallopio pada kadar segera.
Satu kejutan yang sangat memberi impak kepada emosi Madammu. Nak ditelan mati emak, nak diluahkan mati bapa. Madammu faham akan keterujaan team Madammu untuk menikmati percutian ke luar negara setelah sekian lama berkurung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apatah lagi keputusan berat ini perlu Madammu ambil di saat-saat akhir. Keadaan tiub fallopio yang membengkak pada size 13cm dan terdapat sedikit infection memaksa Madammu bersetuju dengan cadangan doktor yang merawat Madammu untuk menyegerakan pembedahan tersebut.
Jauh di sudut hati Madammu, berat rasa hati nak membatalkan perjalanan ke London. Namun, Madammu perlu membuat pilihan dan melepaskan sesuatu yang Madammu rasa sukar untuk diputuskan. Mungkin inilah sedikit pengorbanan yang boleh Madammu lakukan buat masa ini demi memenuhi impian Madammu dan keluarga untuk memiliki cahaya mata sendiri.

Lama Madammu berfikir untuk membuat keputusan ini. Semalam selepas makan tengah hari Madammu memutuskan untuk melakukan pembedahan segera supaya proses IVF yang telah dirancang oleh pihak hospital tidak tergendala dan boleh diteruskan. Ternyata, semua yang berlaku ini tak mudah untuk Madammu. Namun Madammu pasti, ada individu atau wanita di luar sana yang terpaksa melalui cabaran yang lebih hebat berbanding apa yang sedang Madammu lalui kini.
Keputusan dibuat tanpa membelakangi team Madammu. Setelah berbincang kami memutuskan untuk teruskan juga perancangan percutian ini. Tetapi, tarikhnya terpaksa dianjakkan ke bulan Oktober 2022. Maafkan Madammu ya… Perjalanan IVF Madammu ini mungkin tak semudah seperti yang disangka. Namun Madammu sanggup ambil apa jua risiko dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan kami sekeluarga. Tambahan pula, ketiga-tiga anak Madammu, Zahara, Qally dan Ahmadhi turut teruja untuk mendapat adik baru.
Keputusan dibuat tanpa membelakangi team Madammu. Setelah berbincang kami memutuskan untuk teruskan juga perancangan percutian ini. Tetapi, tarikhnya terpaksa dianjakkan ke bulan Oktober 2022. Maafkan Madammu ya… Perjalanan IVF Madammu ini mungkin tak semudah seperti yang disangka. Namun Madammu sanggup ambil apa jua risiko dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan kami sekeluarga. Tambahan pula, ketiga-tiga anak Madammu, Zahara, Qally dan Ahmadhi turut teruja untuk mendapat adik baru.
Insya-Allah, akan Madammu kongsi perkembangan kesihatan Madammu dari semasa ke semasa menerusi catatan Diari Madammu ini. Manalah tahu jika ada yang sedang merancang atau sedang melalui proses IVF sama seperti Madammu, mungkin anda juga boleh berkongsi pengalaman atau tips dengan Madammu. Inilah platform terbaik untuk kita saling berkongsi pengalaman, nasihat serta pandangan antara satu sama lain
Regards :
Madammu
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 29 Comments
Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 290 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 3,002 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 1,925 Comments
Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan. Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,744 Comments
Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,089 Comments
Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...
Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP
by Madammu | 21/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,563 Comments
Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP, bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...
Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo
by Madammu | 05/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,234 Comments
Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...
Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally
by Madammu | 26/12/2023 | Family, Gaya Hidup | 8,680 Comments
Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...
34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU
by Madammu | 12/10/2023 | Gaya Hidup | 11,421 Comments
Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...
Semoga dpermudahkn segala urusan Madam..Amin yarabbal alamin
keputusan yg tepat.. kesihatan Madam perlu di utamakan sbb semua team Noir perlukan Madam.
infection yg xnampak dgn mata kasar mmg sukar utk d tangani..
k.zah doakan proses rawatan dan perawatan Madam berjalan lancar.. in shaa Allah.. setiap apa yg terjadi ada hikmahnya.. perancangan Allah SWT adalah yg terbaik
Semoga Allah permudahkan urusan madammu..sabar itu indah..macam saya pun di uji dgn kanser payu dara..ank 5 orang, menyusu badan sampai umur 4 tahun.jarak umur 6 thn .. alhamdullilah skrg sy sehat..meskipun dah msk 10 thn sebagai persakit kanser.Saya doakan madammu sehat dan dpt menimang cahaya mata..Aamiin.
Semoga segala urusan madam mu dn family dipermudahkan dn berjalan dgn lancar..
Moga madam mu sentiasa dlm lindungan Tuhan dn sihat walafiat selalu.. 🙏🙏🙏
Semoga dipermudahkan semua urusan madam🙏
Moga madam cepat sembuh..
Semoga Allah permudahkan segala urusan madam. Aamiin
Semoga Madammu di beri kekuatan untuk hadapi Ujian DariNya.
Sesungguhnya setiap ujian tu pasti Allah dan janjikan sesuatu yang indah untuk Madammu.
Madammu kuat ye…
Sekuat semangat madammu dalam journey nak bantu lebih ramai wanita jadi usahawan berjaya bersama NOIR
Sayang Madammu
– SK Melaka-
Saya nak menang
Setiap apa perancangan adalah milik Nya..kita hanya mampu merancang dia yang menetapkan segalanya..semoga madam dan seluruh team Noir sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T
Semoga dipermudahkan segala urusan madammu.
Life doesn’t come with a manual, and we have no control over people and situation. Allah kan the best planner…In syaa Allah, semuanye akan baik2 saja. Yg penting, kesihatan Mdm perlu didahulukan.
Love
Nina Noir
Stay positive and Insya-Allah everything will be ok. Kaklis doakan semua urusan Madammu dipermudahkan. Semoga impian Madammu utk memiliki zuriat sendiri menjadi kenyataan suatu hari nanti. Aamiin Ya Mujib. May Allah be with u always. Love u Madam💜
Tak apa Madam. Perancangan Allah itu lebih baik. InsyaAllah semua Team Madam faham tu. Semoga dipermudahkan semuanya ya Madam..
Tkpe madam bnyk kan brsbar dn bsgka baik pd ujian yg allah dtgkan insya allah hrni ujian yg dtg tuk madam akn ade hikmah dn sinar yg akn dtg di masa akn dtg,sy pn nk bole ank dua kli melalui proses kndungan diluar rahim sehingga tiup knan sy pecah dua kali sy czer,tp sy redha dn sy tk ptus hrp dri allah alhamdulillah dgn dugaan yg allah bgi sblum tu akhirnya allah berikan sy zuriat sendiri madam kne kuatkn dri dn sntiasa brtawakal kpd allah swt sy doakn madam dn suami dpt memeiliki zuriat sendiri aminnn
kumanisah1970@gmail.com
InsyaAllah semoga madammu ada rezeki untuk memilki anak suatu Hari nanti,Allah sebaik perancang,lambat atau cepat saja,tak dapat di Dunia mungkin Allah beri di syurga nanti, InsyaAllah madam,jangan putus berdoa❤️❤️semoga IVF madammu dpermudah InsyaAllah… amiinn
X apa madam,sabar ye.kita hnye merancang ketentuan milik Allah.readho kehendaknye.setlekn problem yg d alami.london blh pergi lain kali.
xpa madam.. insyallah allah mudhkan sgalanya utk madam dn keluarga