Pertalian darah bukanlah ukuran untuk sesiapa pun menzahirkan rasa kasih dan sayang terhadap individu yang lain.

Madammu sering berkongsi kisah pahit manis sepanjang Madammu memikul amanah membesarkan tiga cahaya mata ‘instant’ yang hadir dalam hidup Madammu. Bukanlah niat Madammu nak menunjuk-nunjuk atau ingin mencari publisiti. Sebaliknya Madammu sekadar ingin berkongsi realiti yang dilalui sekali gus menghapuskan rasa skeptikal segelintir masyarakat yang ada memandang negatif terhadap status ‘ibu tiri.’

Sebagai individu yang mendirikan rumah tangga dengan duda beranak tiga, Madammu terlebih dahulu telah mempersiapkan diri Madammu dari segi mental dan emosi. Sejujurnya, persiapan ini tidak berlaku dengan sekelip mata. Sejak dari awal perkenalan sejurus mengetahui status TP, Madammu telah bertanya pada diri sendiri adakah Madammu bersedia untuk melalui transformasi yang bakal merubah 360 darjah kehidupan Madammu.

Apabila Madammu ada jawapan kepada persoalan tersebut, barulah Madammu berani membuat keputusan untuk menerima lamaran TP. Tapi bukan sekadar menerima kehadiran TP sahaja. Keputusan Madammu untuk membina kehidupan bersama TP turut membawa kepada keikhlasan Madammu menerima kehadiran tiga cahaya mata dan seluruh ahli keluarga TP di dalam kehidupan Madammu.

Seorang gadis berusia 25 tahun berkahwin dan ‘tiba-tiba’ menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada tiga orang anak bukanlah sesuatu yang mudah. Naik turun emosi memang ada. Tetapi Alhamdulillah, ia menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran buat Madammu.

Madammu berjumpa dengan Zahara, Qally dan Ahmadhi sewaktu masing-masing baru berumur 6 tahun, 5 tahun dan 2 tahun. Setiap kali Madammu bercerita tentang anak-anak, ramai yang tanya macam mana Madammu sanggup dan ikhlas menerima keadaan tersebut. Mungkin di mata kasar semuanya kelihatan ‘smooth,’ tapi ramai yang tidak tahu apa yang telah Madammu korbankan untuk sampai ke sini.

Ahmadhi yang pada ketika itu baru berusia 2 tahun memang sangat-sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada seorang ibu. Boleh dikatakan 24 Jam nak berdukung. Ahmadhi memang anak yang manja dan kalau boleh nak ‘melekat’ sahaja dengan Madammu. Perjalanan ini adalah proses pembelajaran yang paling bermakna buat Madammu. Semua orang boleh bercakap yang dirinya reda dan ikhlas. Tapi sejujur manakah ungkapan tersebut mampu dilaksanakan?

Bagi yang melaluinya sahaja akan tahu erti keikhlasan yang sebenar. Maklumlah, manusia boleh bercakap apa sahaja kerana setiap orang memiliki penerimaan dan pemahaman yang berbeza-beza. Madammu tahu bukan Madammu seorang sahaja yang melalui proses kehidupan sebegini. Mungkin ramai ibu-ibu ‘ekspres’ di luar sana boleh berkongsi tentang kisah mereka menjalani kehidupan dengan anak-anak yang bukan dari rahimnya sendiri.

Kisah Madammu mungkin menjadi perhatian ramai memandangkan status Madammu sebagai ahli perniagaan dan juga ‘founder.’ Tambahan pula Madammu memang aktif di media sosial. Sudah tentu para netizen akan sentiasa memerhati sambil-sambil mengulas tentang kehidupan Madammu bersama keluarga.

Sepanjang lapan tahun melayari kehidupan berumah tangga ini, syukur Alhamdulillah Madammu sangat bahagia. Sejak dari awal perkahwinan memang Madammu sudah tetapkan niat untuk menjaga Zahara, Qally dan Ahmadhi dengan memberi didikan serta kasih sayang yang sebaiknya untuk mereka.

Madammu rasa, cabaran memang ada. Kerana ia memang lumrah dalam kehidupan. Membesarkan anak dari rahim sendiri pun pasti ada cabarannya yang tersendiri kan? Tapi kalau kita berpegang dengan niat dan keikhlasan yang telah kita ‘set’kan dalam diri kita sejak dari awal, Insya-Allah kita mampu melaluinya dengan tenang. Sejujurnya, Madammu dapat merasai kenikmatan sebagai ibu ‘ekspres’ ini apabila anak-anak menunjukkan rasa sayang sekali gus menerima kehadiran Madammu ibarat seperti ibu kandung mereka sendiri.

Insya-Allah, kurang sebulan sahaja lagi Madammu bakal menerima kehadiran Baby A pula. Syukur dengan rezeki yang Allah anugerahkan ini. Zahara, Qally dan Ahmadhi nampaknya kelihatan sangat teruja dengan kelahiran adik baru mereka. Tiada istilah adik-beradik tiri ye buat mereka kerana masing-masing ber’bin’ dan berbintikan papa yang sama. Jadi, sudah tentu tiada perbandingan atau perbezaan kasih sayang di antara keempat-empat anak Madammu ini nanti.

 

Madammu mohon agar semua para pengikut Madammu sentiasa mendoakan yang terbaik buat keluarga Madammu. Kalau boleh kita semua sentiasa menyebarkan aura positif dan saling mendukung antara satu sama lain. Sentiasalah menuturkan perkara yang baik-baik agar perkara yang baik juga akan berbalik semula di dalam kehidupan kita, Aameen.

Bercerita tentang kasih ibu, setiap tahun sambutan hari ibu membawa erti atau pendekatan yang berbeza-beza. Lazimnya anak-anaklah yang akan berusaha untuk meraikan hari ibu demi menggembirakan ibu masing-masing sebagai tanda penghargaan. Jadi bersempena dengan hari ibu kali ini, Madammu ingin menggabungkan sambutan Hari Ibu dan Hari Guru dengan meraikan kasih ibu dan guru serentak.

Madammu ingin memberi hadiah istimewa secara percuma bermula 12 Mei hingga 16 Mei ini. Ikuti beberapa langkah mudah dengan terma dan syarat tertentu, you all layak untuk menerima hadiah percuma ini. Cepat tau kerana hadiah istimewa ini adalah sangat terhad!

 

Untuk info lanjut, you all boleh ikuti kesemua platform media sosial rasmi Madammu dan NOIR seperti Facebook, Instagram dan TikTok kerana semua update dan shout-out terkini tentang NOIR akan Madammu kongsikan di sana okay!

Regards;
𝓜𝓪𝓭𝓪𝓶𝓶𝓾

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...

Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala...

Ahmad Kayden Mengakhiri Teka-Teki Para Followers Madammu

Hai, hai, hai you all... rindu sangat Madammu nak menulis semula. Tapi tanggung jawab dah bertambah la you all, hahahaa... Okay la, sebenarnya hari ni Madammu ada waktu terluang sikit. Sebelum baby menangis, Madammu nak bercerita sikit tentang pengumuman ‘tergempar’...

Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care &...

Madammu Diberi Layanan Istimewa Daripada Natalis Mother Care Selama 100 Hari

Penantian lapan tahun kini berakhir. Syukur, Baby A selamat lahir ke dunia secara pembedahan pada 9 Jun 2023. Hari ini adalah hari Jumaat paling istimewa buat Madammu, TP dan keluarga.Tak terluah dengan kata-kata, bagaimana Madammu ingin membayangkan kepada you all...

Madammu ‘Bersara Seketika’ Dari Media Sosial – Nantikan ‘Comeback’ Madammu!

The struggle is real dan inilah yang dinamakan cabaran fasa akhir kehamilan. Situasi yang lazim dilalui oleh ibu-ibu hamil namun cabaran yang dilalui masing-masing adalah berbeza-beza.Inilah antara pengalaman yang bakal meninggalkan jejak memori termanis bagi insan...

Pendedahan Rahsia Demi Rahsia Dalam Diari Madammu

Perkongsian realiti kehidupan Madammu yang sinonim di platform media sosial kini beralih ke stesen televisyen pula. Berdebar-debar rasanya nak menantikan tayangan episod pertama program realiti TV Diari Madammu yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu nanti. Sebelum...

Madammu Tak Cukup Rehat, Tekanan Darah Naik Mendadak

Jangan risau you all, Madammu baik-baik sahaja. Inilah yang dinamakan dugaan mengandung. Detik pengalaman inilah yang menjadikan setiap wanita yang bergelar ibu itu adalah ‘istimewa’.Dugaan dan cabaran mengandung datang dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, Madammu...

DIARI MADAMMU PAPARAN REALITI KEHIDUPAN MADAMMU

Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Selain berdebar menantikan kelahiran baby A, Madammu juga tak sabar menantikan siri realiti TV Diari Madammu.Diari Madammu bakal ditayangkan di Astro RIA bermula pada 3 Jun 2023 nanti. Kalau you all nak tahu...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
9
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0