Anugerah dan pengiktirafan adalah satu bonus buat para usahawan untuk terus bersemangat mengukuhkan lagi empayar perniagaan yang dibina.
Alhamdulillah, penganugerahan Outstanding Entrepreneur of Malaysia (Health & Beauty) menerusi Top Asia Corporate Ball yang dianjurkan oleh Top 10 of Malaysia dan Top 10 of Asia menjadi salah satu momen termanis buat Madammu di sepanjang enam tahun membangunkan NOIR Health & Beauty Sdn Bhd. Rezeki tak pernah salah alamat dan sebagai pembuka tirai 2023, pengiktirafan ini menjadi kekuatan buat Madammu untuk terus gigih berusaha demi meletakkan jenama NOIR pada satu tahap yang paling membanggakan, Insya-Allah.
Enam tahun NOIR berada di pasaran, pencapaian dan anugerah yang dimiliki ini membuktikan komitmen dan iltizam berterusan Madammu untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan ini. Bermula dari tahun 2022, Madammu anggap ia sebagai satu permulaan luar biasa buat NOIR. Selain kejayaan NOIR apabila terpilih untuk menjadi penaja utama Anugerah Juala Lagu (AJL36), NOIR juga banyak menjalankan kempen-kempen yang memberi impak yang sangat luar biasa kepada para usahawan NOIR. Mungkin bertitik tolak dari pencapaian inilah, Madammu terpilih sebagai penerima anugerah Outstanding Entrepreneur of Malaysia (Health & Beauty).
Selain itu, Madammu juga ada menghiasi kulit hadapan majalah Top10 Asia edisi 45/2023 dan berkongsi kisah jatuh bangun Madammu bersama NOIR.
Secara peribadi Madammu anggap anugerah ini bukan hanya untuk Madammu semata-mata. Sebaliknya, ia melambangkan kejayaan seluruh team usahawan Madammu dan organisasi NOIR Health & Beauty Sdn Bhd. Tanpa ‘team work’ dari semua, mana mungkin Madammu mampu capai apa yang Madammu peroleh pada hari ini.
Sebab itulah, Madammu menghadiri malam gilang-gemilang Top Asia Corporate Ball bersama ‘wirawati’ NOIR iaitu Cikya, Kak Na, Suzy, Clara dan Eza untuk sama-sama meraikan kejayaan ini. Mereka turut mewakili barisan usahawan NOIR yang lain.
Madammu tak akan tinggalkan individu yang bersama berjuang dalam menaikkan nama NOIR. Setiap kejayaan yang Madammu capai, ia merupakan kejayaan kami bersama. Tahun 2023 ini, Madammu bersama-sama team usahawan NOIR akan terus bergerak aktif membantu lebih ramai para wanita di luar sana, terutamanya suri rumah, ibu tunggal dan anak-anak muda untuk menjana pendapatan sampingan bersama NOIR.
Dalam memastikan NOIR terus bergerak maju ke hadapan, Madammu telah bersedia dengan perancangan lima tahun mendatang. Perancangan ini penting demi memastikan NOIR terus konsisten dengan agenda pemasarannya yang berterusan. Dalam apa jua yang kita lalui pasti ada cabarannya. Itulah adat dalam kehidupan ini. Persaingan juga ada di mana-mana. Semakin kita berada di atas, makin banyak juga mata-mata yang memandang. Malah, tak mudah juga untuk kita memuaskan hati semua orang.
Sebagai manusia yang banyak kelemahan, Madammu tak pernah menganggap bahawa ada insan yang iri hati dengan Madammu. Sebab setiap insan yang ALLAH ciptakan di dunia ini, masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri. Jadi, sebaiknya kita gilap kelebihan yang ada dalam diri kita itu untuk kita gunakan ke arah kebaikan di samping cuba memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga segala perancangan ini akan dipermudahkan oleh yang Maha Esa. Aameen
Insya-Allah, tahun 2023 ini Madammu bersama-sama team usahawan NOIR akan terus bergerak aktif bagi membantu lebih ramai wanita di luar sana, terutamanya suri rumah, ibu tunggal dan anak-anak muda untuk menjana pendapatan sampingan bersama NOIR.
Regards;
Madammu.
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 31 Comments
Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 290 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 3,002 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 1,925 Comments
Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan. Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,744 Comments
Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,089 Comments
Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...
Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP
by Madammu | 21/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,563 Comments
Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP, bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...
Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo
by Madammu | 05/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,234 Comments
Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...
Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally
by Madammu | 26/12/2023 | Family, Gaya Hidup | 8,683 Comments
Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...
34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU
by Madammu | 12/10/2023 | Gaya Hidup | 11,424 Comments
Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...









Hi my friend! I wish to say that this post is amazing, great written and come
with approximately all vital infos. I would like to see more posts like this
.
If some one wishes to be updated with latest technologies therefore he must be pay
a quick visit this site and be up to date every day.
Saved as a favorite, I really like your website!
I’m impressed, I have to admit. Rarely do I encounter a blog that’s equally educative and
engaging, and without a doubt, you’ve hit
the nail on the head. The issue is an issue that too few folks are speaking intelligently about.
I am very happy I came across this in my hunt for something regarding
this.
–
Greetings! Very useful advice in this particular article! Its the little changes that will make the biggest changes. Thanks for sharing!
Next time I read a blog, Hopefully it does not disappoint me as much as this one. I mean, I know it was my choice to read, however I truly believed you would have something useful to say. All I hear is a bunch of crying about something that you could possibly fix if you werent too busy looking for attention.
Tahniah Madammu!
Semoga NOIR terus melangkah kedunia Antarabangsa sesuai dengan pencapaian cemerlang dalam tempoh 6 tahun berlalu.
Tahniah madammu .. semoga terus berjaya .. suka tengok madammu cantik sangat
Tahniah Madammu.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan sukses selalu dalam perniagaan 💜
Tahniah madammu & team Noir… Semoga di tahun ini, &tahun seterus nye, sya Jubaidah bisa trus berada di team usahawan Noir, iloveyou madammu,iloveyou Noir 💜