Madammu POSITIF! Hamil 5 Minggu

Madammu POSITIF! Hamil 5 Minggu – Rasa Syukur Iringi Kegembiraan Madammu

11 Oktober 2022 adalah tarikh yang sangat bermakna buat Madammu dan suami. Insya-Allah, hasrat kami untuk memiliki zuriat sendiri bakal terlaksana. Madammu sedar akan hakikat bahawa perjalanan Madammu masih lagi jauh dan Madammu akan terus menghitung detik waktu ini dengan penuh debaran. Sebenarnya journey Madammu baru sahaja bermula, semoga ia terus dipermudahkan oleh Allah SWT.

Pada hari ke-11 selepas menjalani prosedur Frozen Embryo Transfer (FET), Madammu telah disahkan hamil dengan usia kandungan baru mencecah lima minggu. Syukur Alhamdulillah dengan nikmat rezeki yang dianugerahkan ini. Ternyata momen ini sangat menyentuh naluri kewanitaan Madammu apabila mengenangkan cabaran-cabaran awal yang perlu Madammu tempuhi untuk meneruskan prosedur IVF dahulu.

Sebagai wanita yang aktif dan sibuk menguruskan perniagaan sendiri, Madammu boleh katakan proses IVF ini adalah satu proses yang sangat memenatkan buat Madammu. Kepadatan jadual harian dengan tuntutan kerja di samping tanggungjawab menguruskan tiga orang cahaya mata yang semakin membesar adalah antara cabaran terbesar untuk Madammu meneruskan journey IVF ini.

Namun, dengan doa dan sokongan dari orang sekeliling, khususnya TP… Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan oleh-Nya. Melihat keterujaan TP sewaktu mendapat berita tentang kehamilan Madammu memang meninggalkan kesan yang mendalam pada emosi Madammu. Lebih-lebih lagi apabila TP mengalirkan air mata kegembiraannya.

Selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga ini, secara tidak langsung ia memperlihatkan betapa tingginya harapan TP untuk menimang cahaya mata baharu di dalam keluarga kami ini. Mudah-mudahan kandungan ini sihat dan selamat, amin. Sebenarnya proses rawatan ini juga turut memberi kesan kepada emosi Madammu. Ia menyebabkan mood Madammu berada dalam keadaan yang tak stabil dan sukar nak diramal turun naik emosi Madammu. Di sinilah TP memainkan peranannya sebagai suami dan ayah yang hebat buat keluarga kecil kami ini.

12 hari yang lalu, Madammu berjaya melalui rutin bed rest yang sangat mencabar. Madammu labelkan proses ini sebagai satu cabaran kerana Madammu terpaksa melawan keperibadian Madammu yang sememangnya sangat aktif dan lasak. Nampaknya, Madammu boleh anggap ia sebagai satu ‘kejayaan peribadi’ buat Madammu. Bukan mudah ye Madammu nak ‘bertapa’ di dalam bilik tanpa melakukan sebarang aktiviti dengan pergerakan yang sangat terhad. Hahaha…

Alhamdulillah keluarga, staf dan team Madammu sangat-sangat memahami. Malah, mereka sentiasa memberi semangat buat Madammu agar terus bertahan sehingga ke hari ini. Tanpa semangat dan doa yang baik-baik dari mereka, mungkin Madammu tak sekuat seperti hari ini. Terima kasih yang tidak terhingga Madammu ucapkan kepada support system Madammu. Malah, ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga ingin Madammu ucapkan kepada semua followers Madammu yang tidak jemu-jemu mengikuti perkembangan Madammu di semua platform media sosial.

Teruskan doa yang baik-baik buat Madammu okay. Malah, Madammu turut mendoakan yang sama buat kalian. Semoga you all juga sentiasa dikurniakan kegembiraan, kebahagiaan dan dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah dari-Nya, amin.

POSITIF! Hamil 5 Minggu

Regards;
Madammu

Max Bet vs. Minimum Bet: Which One Actually Triggers Jackpots at 66f nhà cái?

One of the most debated topics among slot enthusiasts and casino regulars is whether the size of your wager influences your chances of hitting a life-changing jackpot. Whether you are a cautious player sticking to the minimum or a high-roller pushing the max bet,...

The Future of VR Slots: Stepping into a New Era of Digital Gaming

Virtual Reality (VR) is no longer a futuristic concept found only in science fiction; it is actively transforming the landscape of online gambling. Among the most exciting developments is the rise of VR slots, which promise to bridge the gap between the physical...

Mastering the Spin: Understanding Slot Volatility—Low vs. High Variance

For many players visiting vz66 top, knowing how volatility affects your payouts is essential. What Exactly is Slot Volatility? In the world of online gaming at vz66.vip, volatility refers to the risk level associated with a specific slot game. It does not tell you...

Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu

Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
11
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1