Hadiah Pregnancy Gift Madammu Bertukar Menjadi Pilu
Madammu jarang nak berkongsi tentang kereta, hadiah atau apa sahaja yang melibatkan kebendaan. Cerita ini bermula dengan IVF Journey yang Madammu lalui. As you know Madammu dan TP sebenarnya dah dua kali menghadiri consultation IVF di dua tempat fertility center yang berbeza.
Consultation yang pertama, Madammu tak nak teruskan sebab rasa tak yakin, diikuti yang ke dua pula Madammu tak datang untuk next Appointment. Ketika menerima panggilan daripada pusat kesuburan tersebut Madammu pura-pura menjawab seolah-olah pihak terbabit menghubungi nombor yang salah. Padahal pada waktu itu doktor hubungi Madammu untuk menetapkan tarikh temu janji seterusnya. Kedua-dua consultation tersebut berlaku dalam masa 10 bulan dan dalam masa 10 bulan itu jugalah TP sangat teruja dan terus membuat pre-order Mercedes Benz jenis G63 AMG kononnya sebagai hadiah pregnancy untuk Madammu.
Ya, ini merupakan kali ke-3 Madammu menghadiri consultation dan berjumpa dengan Dr. Haris di Alpha Fertility Center. Kali ke-3 ini Madammu nekad untuk proceed dengan IVF. Doktor telah merangka dan mengatur journey IVF Madammu untuk tempoh tiga bulan. Bermula dengan hari pertama Madammu ambil Gonal injection sehingga hari ke-10 untuk mematangkan telur. Diikuti degan proses ‘Pickup eggs’ sehinggalah hari menunggu PGT- A Result. Alhamdulillahlah, pada awal journey IVF ini semuanya berada dalam keadaan okay dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Syukur, semuanya berjalan dengan lancar. Tapi siapa sangka, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hari yang sepatutnya Madammu mula dengan Hormone Injection bertukar menjadi pilu. Doktor dapati fallopian tube kanan Madammu tersumbat dan terpaksa dibuang kerana ia membengkak serta terdapat jangkitan kuman.
Madammu pasrah dan reda serta menerimanya dengan hati yang terbuka. Beberapa hari selepas menerima berita mengejutkan itu, Madammu terima pula berita tentang ‘pregnancy gift’ yang TP tempah, telah sampai. Masa ini hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati Madammu. Sepatutnya sewaktu gift ini sampai, Madammu dah pregnant!
Telah menjadi kelaziman buat Madammu dan TP, kami suka reward diri sendiri dengan ‘sesuatu’ mengikut keadaan! Jadi, gift ini kami pilih sebagai tanda sempena kehamilan Madammu. Its been 7 years TP dan Madammu mendirikan rumah tangga. Selama 7 tahun jugalah TP menunggu untuk Madammu kata ‘Ya kita tambah anak.’
Ya Allah, Madammu lupa yang Madammu ini hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segala-galanya. Pada masa TP terima panggilan tentang ketibaan pregnancy gift ini, sebenarnya ia sampai lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
TP beritahu Madammu, “Tak apa Yang, anggaplah ini semangat untuk you teruskan IVF Journey ini” Madammu terus jawab pada TP, “Yang, jangan risau. I akan tetap teruskan IVF ini walau tanpa gift ini.”
Madammu tetap bersyukur walaupun sebenarnya banyak pengorbanan yang perlu Madammu lalui untuk meneruskan journey ini. Rasa setinggi-tinggi kesyukuran Madammu panjatkan kepada Ilahi kerana DIA masih menganugerahkan Madammu kesihatan dan kewangan yang baik untuk tetap terus berusaha. Mungkin ada dalam kalangan wanita di luar sana atau mungkin juga ada di antara mereka yang sedang membaca Diary Madammu ini masih menantikan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri lebih lama berbanding Madammu.
Atau mungkin juga ada yang berhasrat untuk melakukan IVF namun masih kurang berkemampuan untuk melakukan proses ini. Insya-Allah, Madammu percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan ada sebabnya juga. Tetapi kita sebagai manusia jangan berhenti untuk berusaha dan bertawakal. Madammu doakan kepada semua wanita yang sedang TTC diberi rezeki untuk menimang zuriat sendiri, Aameen.
Madammu juga berharap setiap penulisan Madammu ini boleh memberi semangat dan manfaat kepada lebih ramai orang khususnya para wanita di luar sana. Sama-samalah kita bangkit jadi wanita yang kuat dan tidak mudah putus asa, Aameen.
Regards;
Madammu
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 31 Comments
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 290 Comments
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 3,002 Comments
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 1,925 Comments
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,744 Comments
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,089 Comments
Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP
by Madammu | 21/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,563 Comments
Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo
by Madammu | 05/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,234 Comments
Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally
by Madammu | 26/12/2023 | Family, Gaya Hidup | 8,683 Comments
34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU
by Madammu | 12/10/2023 | Gaya Hidup | 11,424 Comments









п»їkamagra: Kamagra Oral Jelly Price – п»їkamagra
Kamagra 100mg price: sildenafil oral jelly 100mg kamagra – sildenafil oral jelly 100mg kamagra
http://tadalafiliq.shop/# buy cialis pill
http://sildenafiliq.xyz/# sildenafil online
buy kamagra online usa Kamagra Oral Jelly Price buy Kamagra
super kamagra: Kamagra gel – super kamagra
https://tadalafiliq.com/# buy cialis pill
sildenafil over the counter: buy viagra online – cheap viagra
Tadalafil Tablet Buy Cialis online Tadalafil Tablet
Tadalafil Tablet: tadalafil iq – Cialis over the counter