Hadiah Pregnancy Gift Madammu Bertukar Menjadi Pilu

Hadiah Pregnancy Gift Madammu Bertukar Menjadi Pilu

Madammu jarang nak berkongsi tentang kereta, hadiah atau apa sahaja yang melibatkan kebendaan. Cerita ini bermula dengan IVF Journey yang Madammu lalui. As you know Madammu dan TP sebenarnya dah dua kali menghadiri consultation IVF di dua tempat fertility center yang berbeza.

Consultation yang pertama, Madammu tak nak teruskan sebab rasa tak yakin, diikuti yang ke dua pula Madammu tak datang untuk next Appointment. Ketika menerima panggilan daripada pusat kesuburan tersebut Madammu pura-pura menjawab seolah-olah pihak terbabit menghubungi nombor yang salah. Padahal pada waktu itu doktor hubungi Madammu untuk menetapkan tarikh temu janji seterusnya. Kedua-dua consultation tersebut berlaku dalam masa 10 bulan dan dalam masa 10 bulan itu jugalah TP sangat teruja dan terus membuat pre-order Mercedes Benz jenis G63 AMG kononnya sebagai  hadiah pregnancy untuk Madammu.

Ya, ini merupakan kali ke-3 Madammu menghadiri consultation dan berjumpa dengan Dr. Haris di Alpha Fertility Center. Kali ke-3 ini Madammu nekad untuk proceed dengan IVF. Doktor telah merangka dan mengatur journey IVF Madammu untuk tempoh tiga bulan. Bermula dengan hari pertama Madammu ambil Gonal injection sehingga hari ke-10 untuk mematangkan telur. Diikuti degan proses ‘Pickup eggs’ sehinggalah hari menunggu PGT- A Result. Alhamdulillahlah, pada awal journey IVF ini semuanya berada dalam keadaan okay dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Syukur, semuanya berjalan dengan lancar. Tapi siapa sangka, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hari yang sepatutnya Madammu mula dengan Hormone Injection bertukar menjadi pilu. Doktor dapati fallopian tube kanan Madammu tersumbat dan terpaksa dibuang kerana  ia membengkak serta terdapat jangkitan kuman.

Madammu pasrah dan reda serta menerimanya dengan hati yang terbuka. Beberapa hari selepas menerima berita mengejutkan itu, Madammu terima pula berita tentang ‘pregnancy gift’ yang TP tempah, telah sampai. Masa ini hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati Madammu. Sepatutnya sewaktu gift ini sampai, Madammu dah pregnant!

Telah menjadi kelaziman buat Madammu dan TP, kami suka reward diri sendiri dengan ‘sesuatu’ mengikut keadaan! Jadi, gift ini kami pilih sebagai tanda sempena kehamilan Madammu. Its been 7 years TP dan Madammu mendirikan rumah tangga. Selama 7 tahun jugalah TP menunggu untuk Madammu kata ‘Ya kita tambah anak.’

Ya Allah, Madammu lupa yang Madammu ini hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segala-galanya. Pada masa TP terima panggilan tentang ketibaan pregnancy gift ini, sebenarnya ia sampai lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

TP beritahu Madammu, “Tak apa Yang, anggaplah ini semangat untuk you teruskan IVF Journey ini” Madammu terus jawab pada TP, “Yang, jangan risau. I akan tetap teruskan IVF ini walau tanpa gift ini.”

Madammu tetap bersyukur walaupun sebenarnya banyak pengorbanan yang perlu Madammu lalui untuk meneruskan journey ini. Rasa setinggi-tinggi kesyukuran Madammu panjatkan kepada Ilahi kerana DIA masih menganugerahkan Madammu kesihatan dan kewangan yang baik untuk tetap terus berusaha. Mungkin ada dalam kalangan wanita di luar sana atau mungkin juga ada di antara mereka yang sedang membaca Diary Madammu ini masih menantikan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri lebih lama berbanding Madammu.

Atau mungkin juga ada yang berhasrat untuk melakukan IVF namun masih kurang berkemampuan untuk melakukan proses ini. Insya-Allah, Madammu percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan ada sebabnya juga. Tetapi kita sebagai manusia jangan berhenti untuk berusaha dan bertawakal. Madammu doakan kepada semua wanita yang sedang TTC diberi rezeki untuk menimang zuriat sendiri, Aameen.

Madammu juga berharap setiap penulisan Madammu ini boleh memberi semangat dan manfaat kepada lebih ramai orang khususnya para wanita di luar sana. Sama-samalah kita bangkit jadi wanita yang kuat dan tidak mudah putus asa, Aameen.

pregnancy gift

Regards;
Madammu

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
204
+1
40
+1
1
+1
2
+1
2
+1
8
+1
3
0 0 votes
Article Rating
guest
5.7K Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Williesix
Williesix
1 year ago

doxycycline 50mg: doxycycline mono – doxycycline 100 mg

Davidnom
Davidnom
1 year ago

https://withoutprescription.guru/# ed prescription drugs

JosephFeacy
JosephFeacy
1 year ago

http://withoutprescription.guru/# buy prescription drugs from india

Fanny Benedict
Fanny Benedict
3 years ago

God Bless U and family madam💜💜💜

Zu
Zu
3 years ago

Salam Madammu, apapun kita yang masih mengharapakan ja gan pernah sekali putus harapan. Bertabahlah hati semoga apa yang terjadi pasti ada hikmah Nya..insyaallah

Abby Faizal
Abby Faizal
3 years ago

Abby doakan urusan Madammu & TP dipermudahkan. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Tapi percayalah, Allah Maha Mendengar setiap doa hambaNya. Masa dah hampir tiba, tinggal sikit je lagi steps untuk Madammu dapat baby. We all pun x sabar.

Nur syuhadah
Nur syuhadah
3 years ago

Assalamualaikum haii Madammu. Saya doakan moga Madammu Dan ahli keluarga Madammu sihat sihat selalu. Saya jika ada masa terluang suka tengok live Madammu walaupun saya belum pernah pakai lagi produk Madammu🙈. Tapi suka tengok natural Madammu, tak lokek untuk kongsi segala benda, share ilmu resepi Dan sebagainya.. Saya lepas baca diary Madammu, saya berkongsi rasa sedih Madammu. Walaupun saya belum kahwin lagi, tapi dh nama Perempuan kan Madammu, hati mana tak terusik bila melibatkan hal Perempuan. Tapi alhamdulillah walaupun disebalik apa yang Madammu rasa Dan lalui, Allah sentiasa memudhkan urusan Madammu, rezeki Madammu sentiasa bertmabh, anak anak terus sihat Dan ceria, itu pun dh cukup nikmat besar untuk Madammu.. 🌹. Saya cuma orang biasa je Madammu, cuma saya doakan moga Allah beri pelangi yang indah selepas ini buat Madammu, moga Allah angkat doa Madammu, nampak usaha Madammu, dan Moga Madammu terus untuk bangkit Dan buat ivf tu.. Moga Allah beri rezeki yang tak terduga buat Madammu, dan Moga Allah kurniakan rasa pengalaman untuk rasa mengandung, melahirkan Dan membesarkan anak dari benih Madammu sendiri❤️. Kuat Madammu walaupun Madammu lebih tahu apa yang Madammu rasakan sekarang. Doakan saya jugak Madammu. 🌹

Rohanizai bt Ali
Rohanizai bt Ali
3 years ago

Semoga madam terus kuat untuk melalui proses seterusnya

Ciklyn
Ciklyn
3 years ago

All the best to both of u💜

Nur Rafidatul Nadiah
Nur Rafidatul Nadiah
3 years ago

😭😭 semoga dipermudah urusan madam