Macam mana hari kedua berpuasa? Madammu doakan agar ibadah puasa you all berjalan dengan lancar.
Madammu sedih juga sebab tak berpeluang berpuasa penuh pada tahun ini. Tapi nak buat macam mana, keadaan kesihatan Madammu tidak mengizinkan. Memandangkan paras gula dalam darah Madammu tidak stabil di hujung-hujung kehamilan ini. Doktor telah menasihati Madammu supaya sentiasa berjaga-jaga demi kesihatan baby.
Insya-Allah, nanti Madammu akan kongsi tentang pengalaman Madammu berhadapan dengan masalah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ketika hamil. Walaupun masalah GDM Madammu tidak serius. Madammu masih perlu berjaga-jaga dan sentiasa berdisiplin menjaga pengambilan makanan harian supaya tahap kesihatan Madammu sentiasa berada dalam keadaan baik memandangkan kandungan Madammu ini dikategorikan sebagai high risk pregnancy.
Alhamdulillah, kandungan Madammu telah mencecah usia 7 bulan. Sepanjang bulan puasa ini Madammu aktif di dapur. Kalau boleh Madammu nak sediakan juadah berbuka untuk ahli keluarga Madammu. Doa-doakanlah semoga Madammu terus diberikan kekuatan dan kesihatan ye, Aameen. You all jangan lupa tau… seperti yang dijanjikan, Cabutan Bertuah Tonton & Menang bakal diumumkan pada 25 Mac 2023, jam 9.30 malam LIVE di NOIR FB Page dan TikTok Madammu.
Alhamdulillah, sambutan luar biasa yang Madammu terima menjadkan Madammu semakin bersemangat untuk mengumumkan nama-nama pemenang cabutan bertuah ini. Madammu diberitahu, lebih 100,000 nama telah NOIR terima. Bagi cabutan kali ini Madammu telah kumpulkan kesemua nama secara manual. Nasib baiklah staff HQ Madammu ni rajin nak melayan permintaan Madammu. TP pun turun padang untuk potong dan lipat nama-nama you all tau hahaha….
Selagi NOIR terus mendapat tempat di hati para pengguna di luar sana dan selagi jenama NOIR berada teguh dalam industri kecantikan ini, Insya-Allah Madammu akan sentiasa berkongsi rezeki dengan para penyokong Madammu ini. Esok, jangan lupa tau. Madammu akan tunjukkan secara LIVE bagaimana cabutan tersebut dibuat. Madammu akan hubungi nombor-nombor pemenang cabutan secara langsung. Jadi, make sure you all angkat call Madammu. Sekiranya panggilan tak berjawab Madammu akan cabut nombor yang lain pula.
Itulah terma cabutan untuk kali ini. Kalau boleh Madammu nak berlaku adil dengan ramai peserta cabutan di luar sana. Insya-Allah, rezeki takkan pernah salah alamat. Merasalah bergaya dengan rantai, gelang atau cincin emas baru pada Syawal akan datang. Semoga rezeki berpihak kepada you all. Lebih istimewa lagi, pada malam cabutan itu nanti Madammu bercadang nak umumkan sesuatu yang lebih istimewa. Madammu kan memang suka buat orang happy! Sebenarnya kalau boleh Madammu nak share rezeki dan kegembiraan dengan ramai orang. Khususnya dengan para followers Madammu.
Insya-Allah, jika ramai yang menonton siaran LIVE esok. Madammu akan umumkan satu lagi projek special yang bakal Madammu adakan. Madammu becadang untuk mengadakan satu lagi Contest istimewa. Hadiah yang bakal ditawarkan juga adalah sangat sangat lumayan dan teristimewa.
Kalau you all nak tahu contest apa yang Madammu nak buat, hadiah apa pula yang Madammu nak bagi untuk kali ini? Ha…. jangan lupa tonton siaran langsung PENGUMUMAN CABUTAN BERTUAH TONTON & MENANG di www.facebook.com/noirhealthbeauty dan www.tiktok.com/@madammu1 ESOK! SABTU, 25 Mac 2023, jam 9.30 pm.
Regards;
Madammu.
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 29 Comments
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 290 Comments
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 3,002 Comments
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 1,925 Comments
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,744 Comments
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,089 Comments
Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP
by Madammu | 21/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,563 Comments
Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo
by Madammu | 05/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,234 Comments
Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally
by Madammu | 26/12/2023 | Family, Gaya Hidup | 8,680 Comments
34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU
by Madammu | 12/10/2023 | Gaya Hidup | 11,421 Comments
Semoge madammu sihat Dan dipermudahkn segala urusan
Saya pon baru melahirkan secara czer. Moga madammu dan family berbahagia dgn cahaya mata yg bakal dilahirkan.
semoga dimurahkan rezeki😁😁
Semoga dipermudahkan urusan madammu ..dan diberikan kesihatan yang baik aminn🤲
love madammu life style and beautiful looking
Wow sangat hebat
Semoga dipermudahkan urusan madam mu …dlm apa jua perkara 🤲 Aamiin ya mujib
Semoga ramadhan kali ini memberi rahmah dan keberkatan kepada madammu sekeluarga dan kite semua seluruh umat islam..aamiin..
Semoga madam mu dipermudahkan urusan dan sihat sepanjang proses kehamilan dan bersalin nanti.. Aamiin
Semoga rezeki anak sy
Saya suka produk noir