5 Tahun NOIR Berada Di Pasaran

5 Tahun NOIR Berada Di Pasaran! 20 Julai 2022, mengingatkan Madammu pada detik permulaan Madammu memperkenalkan NOIR di pasaran, 20 Julai 2017

Kenapa 20 Julai 2017? Sebab itulah tarikh keramat yang merubah hidup Madammu dan ramai wanita hari ini. Tarikh itulah turning point NOIR bermula. Madammu mulakan perniagaan NOIR dari rumah, dengan sebuah handphone tanpa stand phone dan bersandarkan pasu bunga! Gigih Madammu setiap hari, tanpa ilmu, tanpa guru dan buta IT.

Tapi, ketika itu tiada apa yang perlu Madammu risaukan, just go with the flow. Setiap hari tepat jam 2 petang Madammu akan duduk di tepi tangga rumah Madammu dan buat siaran langsung (FB LIVE). Semuanya bermula hanya dengan 1,000 unit NOIR UV White, Madammu berniaga di rumah sambil ditemani suami sebagai Tuan Penasihat pada ketika itu (di sinilah bermulanya kisah panggilan TP, gelaran Madammu pada suami).

Madammu masih ingat betapa gigihnya Madammu membangunkan NOIR. Madammulah yang buat marketing, Madammu incharge operation, Madammu incharge customer service and I am also the owner! Bermula dari buat LIVE sampailah mengambil order, naik lenguh jugalah lengan Madammu layan WhatsApp customers. Madammu juga yang akan ke Pos Laju buat postage pelanggan pada waktu itu. Memang semua tu Madammu buat sendiri.

Madammu ingat lagi, suatu peristiwa di mana Madammu kena marah dengan  customer kerana Madammu lewat bagi customer tu tracking number. Maklumlah, masa tu Madammu menerima beratus-ratus order dan semuanya Madammu handle seorang diri. Macam mana la customer tu tak maki… Hahahhaha! Selepas terima makian pelanggan tu, Madammu terdiam! Madammu masih ingat lagi macam mana pelanggan tu maki Madammu, “Kau nie…  orang niaga, kau nak niaga… lepas tu terhegeh-hegeh nak bagi no tracking. Dasar peniaga Bodoh!” Fuhhhh… Terguris hatikuu!

Madammu ada perasaan nak balas makian customer tu. Madammu start type text untuk balas. Tapi, Madammu batalkan niat untuk reply the text dan terus delete! Madammu tarik nafas panjang-panjang lepas tu ternampak TP. Madammu hentak-hentak kaki dekat lantai tanda protes depan TP. Madammu cakap pada TP, “Dahhhh! I tak nak berniaga dah! Customer ni maki I hanya sebab I lambat bagi tracking number. I nak stop berniaga!” Sedangkan pada waktu itu Madammu baru mula berniaga selama tiga hari. Dah nak give up? Huhuhuhu.

Mujur TP dengan tenang menasihati Madammu, “sabarlah Yang, normal la tu customer memang macam tu.” Haaa… dari sini you all dah boleh faham kan kenapa Madammu gelarkan suami Madammu sebagai TP (Tuan penasihat).

Sebelum tu, tengok dulu short video Madammu ni.

Setelah beberapa minggu berlalu, Madammu kemudian dipertemukan dengan seorang hamba Allah nie, namanya Cikya. Dia datang untuk sertai NOIR. Pada awalnya Madammu tolak sebab Madammu takut. Maklumlah, Madammu tak ada pengalaman dalam berniaga, jauh sekali nak bantu ubah hidup dia. Sedangkan kehadiran Cikya pada waktu itu membawa harapan yang sangat besar. Nak ubah hidup!

Akhirnya Madammu terima juga Cikya sebagai ejen NOIR kerana Cikya adalah Big Why buat Madammu dan dari situlah Madammu mula berubah. Saat itu jugalah strategi perniagaan Madammu mula berkembang. Dari berseorangan dan hanya ditemani oleh suami sebagai penasihat, kemudian Madammu menerima kehadiran Cikya sebagai salah seorang ejen NOIR.

NOIR mula bertatih, selangkah demi selangkah. Sehingga ke hari ini, kami mempunyai hampir 30,000 orang usahawan. Dari seorang jutawan NOIR yang kami lahirkan, kini NOIR memiliki 100 orang yang mampu menjana pendapatan konsisten sehingga LIMA ANGKA setiap bulan! Dari 1,000 unit UV White, hari ini kita keluarkan beratus-ratus ribu unit produk setiap tahun. Dari rumah, kini NOIR berjaya memiliki sebuah wisma. Dengan hanya bermodalkan marketing menerusi LIVE Madammu di rumah, siapa sangka NOIR berjaya menjadi penaja utama AJL dan ada 100 unit billboard di seluruh Malaysia.

Siapa sangka? Hanya dari seorang suri rumah yang berangan-angan nak bantu suami dan nak bantu keluarga, kini dia dikenali sebagai Madammu. Sekali lagi berlinang air mata Madammu bila menulis Diari Madammu pada hari yang bersejarah ini, sebab Madammu sendiri pun tak pernah sangka yang Madammu boleh sampai hingga ke tahap ini. Betul kata orang, kalau kita tak cuba, kita tak tahu. Kalau kita tak bertindak, tiada apa yang akan merubah masa depan kita. Terima kasih Ya Allah, kerana hanya dengan SATU tindakkan Madammu pada 20 Julai 2017 yang lalu, NOIR hari ini berjaya merubah hidup ramai insan di luar sana.

Sebaik-baik manusia, adalah manusia yang memberi manfaat pada orang lain.

5 Tahun NOIR Berada Di Pasaran

Regards;
Madammu.

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
64
+1
8
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
0 0 votes
Article Rating
guest
18.4K Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Athma Zuriantee Binti Ilyas
Athma Zuriantee Binti Ilyas
3 years ago

Alhamdulillah. Tahniah madammu.🎉 Saya baru 3 bulan dgn Noir. Bnyak benda baru yg saya pelajari sbb sy mmg tak de pengalaman business online. Sedikit2 sy belajar dgn madammu melalui Meet Your Founder, morning booster dan training zoom yg lain. Kadang2 sy kena marah dgn suami sbb selalu tngok video madammu dan asik dgn phone😅. Tapi sy bagitau dia, “syg nak cari duit sbb syg tak kerja. Kita org susah. Syg nak bantu abg. Abg doakan syg yg baik2”. Alhamdulillah, lama2 dia mula fhm mcm mne business Noir ni. Saya akn terus belajar dan buat sampai berjaya.
Terima kasih Madammu kerana mmberikan peluang dan menjadi seorang founder yg jujur dan baik hati. 3 perkara describe Madammu
1.Sabar
2. Lembut
3. Bersemangat

Love Noir and Madammu always💜💜💜🥰

Cikgu Rose
Cikgu Rose
3 years ago

Selamat Ulang Tahun Noir yang ke 5 ..Tahniah Madammmu dan Noir…semoga noir akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang💜💜💜

Che wan
Che wan
3 years ago

Happy anniversary madammu 🌹

Thina
Thina
3 years ago

Happy anniversary madammu..may god bless you always

MARIA ZAINI
MARIA ZAINI
3 years ago

Firstly i nk ucapkan tahniah pada Nior n Happy 5th Annivesary!
Gd product normally come frm good founder..keep it up n dnt give up n ur products cn go far.In business there is up n down n hassle that is normal is how u can learn from mistake n stay stronger and mentally prepare👍💪💪💪N-Nuetral
O-Optimistic
i- incredible
R- Radiance

Rosmawati
Rosmawati
3 years ago

Selamat ulangtahun Noir dan Madammu..semoga Noir terus maju ke hadapan dan berjaya setanding dengan produk Antarabangsa

Mazian Binti Muhamad
Mazian Binti Muhamad
3 years ago

Happy Anniversary noir🎊🎉🥳🥳💜💜💜tahniah madam kerana lahirkan ramai usahakan noir yg berjaya..semoga terus maju Jaya lagi Di masa hadapan…Aamiin🤲🤲🤲

Rohani Harun
Rohani Harun
3 years ago

Bukan mudah untuk berjaya, tanpa usaha yang gigih dan sabar.

Hanisah bt Ghazali
Hanisah bt Ghazali
3 years ago

Happy annivesary NOIR yg ke 5 thn…semuga terus maju dgn cemerlang…

Cik Kiah
Cik Kiah
3 years ago

Tahniah madam,tanpa madam takkan lahirnya NOIR…dan tanpa NOIR juga mungkin cik kiah takkan dapat ubah hidup dari tiada simpanan kini sebulan mampu jana income 5 angka…moga NOIR dapat melebarkan sayap ke peringkat lebih tinggi.. InshaAllah.. Happy anniversary NOIR

Nabila Khosrah
Nabila Khosrah
3 years ago
Reply to  Cik Kiah

🎂Happy 5th anniversary Noir🎂
💜semoga sukses & mampu berdiri seiring dengan jenama antarabangsa.
💜GWS madam & be strong
🤍❤️Wajahmu persis sang bidadari, tuturmu indah sopan berbudi, jiwamu kental sewaja besi, srikandi kami Erica Baiduri..💃

Buhairah Binti Abd.Ghani
Buhairah Binti Abd.Ghani
3 years ago

Terima kasih kepada Madammu dan Noir kerana telah berjaya melahirkan usahawan wanita yang berkaliber, dan saya salah seorang daripadanya merasa bangga berada didalam circle Noir dan ingin berjaya suatu hari nanti. Terima kasih sekali lagi kerana telah berjaya mengubah kehidupan wanita dan dapat menjana pendapatan sendiri hasil dari Noir.

Elinda binti Asdanan
Elinda binti Asdanan
3 years ago

Tahniah Noir & Madammu kerana berjaya mewujudkan satu Agensi yg dpt membantu ramai org utk mengubah kehidupan yg lebih baik..terima kasih madammu..HAPPY ANNIVERSARY NOIR KE 5 THN..🎊🎊

Norleha binti Sanusi
Norleha binti Sanusi
3 years ago

Rezeki kurniaan dari Allah swt.

Anis
Anis
3 years ago

Alhamdulillah, semoga dapat menjadi seperti usahawan noir yg lain. Aaminn

Susilia Tini ak Batholomew Hetler
Susilia Tini ak Batholomew Hetler
3 years ago

Happy anniversary Noir yg ke 5 tahun! 🥰 Terima kasih kepada Madammu kerana sentiasa bersemangat nak bawa ramai lagi wanita mengenali Noir. Bayangkan kalau Madammu putus asa terus masa tu, saya takkan dapat jumpa skincare yang betul2 sesuai dengan kulit muka saya dan saya takkan dapat peluang untuk berniaga bersama keluarga besar Noir. Jadi, thank you Madam dan tahniah atas pencapaian Noir yang kita dapat lihat sehingga kini dan seterusnya.

Rafidah
Rafidah
3 years ago

Tahniah Madam kerana telah membantu ramai wanita menjadi usahawan berjaya… Semoga Noir terus Maju Jaya..

Cik Azura Ahya Binti Zainuddin
Cik Azura Ahya Binti Zainuddin
3 years ago
Reply to  Rafidah

Tahniah team noir…. Tahniah madammu… Mga beroleh kejayaan dan limpahan rzki yg meluas…. Sya jga nak jadi ejen noir… Tapi sya tak tahu mcm mna…

Mailin Magau
Mailin Magau
3 years ago
Reply to  Rafidah

Kehidupan adalah proses pembelajaran, demikian perniagaan adalah proses pembelajaran sehingga membuahkan hasil kerana kegigihan dan komitmen utk belajar..Allah terus merahmati iman, keluarga dan bisnes madammu🙏🤍

HAZZNIEY
HAZZNIEY
3 years ago
Reply to  Mailin Magau

Happy anniversary NOIR yg k-5tahun…