Lamanya tak menulis….. maklumlah, keadaan Madammu sangat-sangat tidak mengizinkan. Syukur Alhamdulillah, kandungan Madammu telah memasuki trimester kedua. Ketika Madammu sedang menulis blog ini, Madammu sedang dalam persiapan untuk mengadakan majlis kesyukuran istimewa pada malam ini.

Insya-Allah Madammu akan kongsikan detik-detik manis sepanjang perjalanan majlis kesyukuran #NOIRsyukur2022 ini di platform Media Social Madammu dan NOIR Health and Beauty okay. Jangan lupa follow tau. Seperti mana yang semua sedia maklum, sepanjang tempoh awal trimester yang lepas memang Madammu strict dengan nasihat doktor. Madammu kurangkan pergerakan dan lebihkan masa untuk berehat

Tapi, dalam tempoh berehat itu juga Madammu masih perlu menyelesaikan tugasan dan tanggungjawab tertentu. Lebih-lebih lagi tanggung jawab Madammu dengan ‘baby’ Madammu. Siapa lagi kalau bukan NOIR. Hahaha…. Madammu faham, ada yang risau bila melihat Madammu aktif di media social dan ada kalanya perlu menghadiri beberapa event dan meeting penting. Sebagai wanita berkarier dan memegang tanggung jawab yang besar di NOIR Health and Beauty Sdn Bhd, inilah pengorbanan yang perlu Madammu lakukan.

Madammu masih perlu meneruskan rutin Madammu sebagai founder dan dalam masa yang sama membantu para usahawan Madammu untuk terus berkembang. Alhamdulillah, Madammu ada support system yang benar-benar menjadi tulang belakang buat Madammu. Keluarga, barisan leaders NOIR, team NOIR dan staff-staff HQ  NOIR sentiasa ada membantu dan meringankan bebanan kerja Madammu.

Kesyukuran “You Have A Place In My Heart.” – Madammu

Syukur dengan semua nikmat yang Allah kurniakan buat Madammu selama ini. Jadi, sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya Madammu terpanggil untuk mengadakan majlis kesyukuran yang sangat istimewa khusus buat seluruh TEAM NOIR. Majlis kesyukuran ini sangat bermakna buat Madammu sebagai tanda syukur di atas journey IVF dan  kehamilan Madammu. Malah, Madammu turut ingin berkongsi rasa syukur ini bersama team besar NOIR di atas segala nikmat kejayaan yang NOIR Health and Beauty telah kecapi sepanjang tahun 2022 ini.

Tahun 2022 membawa 1001 iktibar serta pengalaman penuh bermakna buat kita semua. Semoga 2023 menjadi momen baharu untuk kita  terus bersemangat dalam merealisasikan impian dan cita-cita. Insya-Allah, Madammu akan terus menulis di blog madammu.com untuk berkongsi setiap journey yang Madammu lalui dari semasa ke semasa dengan you all kerana all of you have a place in my heart

𝑴𝒂𝒚 𝑻𝒉𝒆 𝑵𝒆𝒘 𝒀𝒆𝒂𝒓 𝑨𝒅𝒅 𝑨 𝑵𝒆𝒘 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒚 – 𝑵𝑶𝑰𝑹 𝑾𝒉𝒆𝒓𝒆 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒚 𝑩𝒍𝒐𝒔𝒔𝒐𝒎𝒔

Regards;
Madammu.

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...

Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala...

Ahmad Kayden Mengakhiri Teka-Teki Para Followers Madammu

Hai, hai, hai you all... rindu sangat Madammu nak menulis semula. Tapi tanggung jawab dah bertambah la you all, hahahaa... Okay la, sebenarnya hari ni Madammu ada waktu terluang sikit. Sebelum baby menangis, Madammu nak bercerita sikit tentang pengumuman ‘tergempar’...

Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care &...

Madammu Diberi Layanan Istimewa Daripada Natalis Mother Care Selama 100 Hari

Penantian lapan tahun kini berakhir. Syukur, Baby A selamat lahir ke dunia secara pembedahan pada 9 Jun 2023. Hari ini adalah hari Jumaat paling istimewa buat Madammu, TP dan keluarga.Tak terluah dengan kata-kata, bagaimana Madammu ingin membayangkan kepada you all...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0