Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.

Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala Lumpur.

Madammu bukanlah individu yang arif tentang penyusuan susu ibu ini, tambahan pula ini adalah pengalaman pertama Madammu melahirkan dan menyusukan baby.

Mungkin berbekalkan sedikit pengalaman dan ilmu yang Madammu ada ini boleh Madammu berkongsi dengan para ibu di luar sana. Lebih-lebih lagi dengan para ibu yang baru memiliki pengalaman menyusukan anak dan dalam masa yang sama berkerjaya.

Mungkin ini juga boleh dikatakan sebagai salah satu pencapaian terbaharu buat Madammu Hahaha… Sebagai seorang ibu dan usahawan, jadual harian Madammu memang padat dengan pelbagai aktiviti. Tapi jangan tak percaya, Madammu masih mengutamakan pemberian susu ibu kepada baby Kayden.

Madammu memang dah nekad untuk memberikan yang terbaik buat baby Kayden dan dalam masa yang sama Madammu masih komited menguruskan team dan NOIR.

Inilah warna-warni kehidupan Madammu sekarang. Walaupun agak penat, namun ia memberi satu kepuasan buat Madammu. Memang mencabar untuk mencapai keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu. Inilah yang dinamakan pengorbanan.

susu

Ia tak mudah, lebih-lebih lagi jika jadual harian Madammu penuh dengan meeting, discussion atau urusan perniagaan yang memerlukan perhatian segera dari Madammu.

Jika Madammu ada di sisi baby Kayden, sudah tentu Madammu akan memberikannya susu badan secara direct. Tetapi, Jika Madammu berada di luar Madammu akan pastikan untuk pam susu secara teratur mengikut waktu yang ditetapkan.

Untuk memastikan penghasilan susu tidak drop, para ibu memang perlu berdisiplin. Para ibu perlu pam susu untuk tujuan stok simpanan di samping stimulate penghasilan susu ibu. Penting juga untuk para ibu memiliki pemikiran yang positif dan membina keyakinan diri bahawa kita mampu menghasilkan susu badan secukupnya untuk baby.

Salah satu rahsia kejayaan Madammu untuk memastikan baby Kayden mendapat susu badan yang mencukupi adalah dengan adanya perancangan secara berdisiplin.

Masa awal-awal habis berpantang, Madammu pernah berhadpan dengan masalah bengkak susu. Madammu segera mendapatkan nasihat dari pakar dan dari situ Madammu mendapat nasihat dan tips untuk teknik penyusuan yang lebih tepat.

susu

Penting untuk para ibu mengetahui tentang penjagaan payudara lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan bengkak susu. Antara tips yang boleh Madammu kongsi adalah dengan menuam payudara dengan pek hangat sebelum menyusukan dan selepas penyusuan pula ibu-ibu kena memastikan payudara kosong sepenuhnya.

Kalau boleh, berikanlah baby susu ibu secara kerap sebab sedutan secara direct itu boleh membantu membersihkan saluran susu yang tersumbat.

Pengalaman pertama menguruskan baby Kayden dengan mengutamakan pemberian susu ibu memang sangat bermakna. Secara jujur ia memang agak meletihkan. Tapi bila melihat baby Kayden membesar dengan sihat ia memberikan kepuasan luar biasa buat Madammu.

Setiap kali menyusukan baby Kayden, Madammu rasakan seperti memberikan lebih dari sekadar susu. Itulah kehebatan seorang ibu. Setiap kali kita memberikan susu ibu secara direct, kita seolah-olah memberikan kasih sayang dan baby juga akan merasa kehangatan sayang itu. Inilah bonding time yang paling terbaik antara ibu dan baby.

Penyusuan susu ibu bukanlah perkara yang mustahil lebih-lebih buat para ibu yang berkerjaya. Ia merupakan satu komitmen yang unik, hanya boleh diberikan oleh ibu kepada si anak. Jadi, marilah kita berusaha agar dapat memberikan yang terbaik buat si comel!

www.madammu.com

Regards;
𝓜𝓪𝓭𝓪𝓶𝓶𝓾

Free Spins vs. Deposit Match: Which Bonus is Better for Your 23 Takabet Experience?

When stepping into the world of online gaming, the variety of promotional offers can be overwhelming. For users of 23 takabet, choosing between a free spin bundle and a deposit match bonus is often the first major decision. Understanding the mechanics of these bonuses...

Mobile App vs. Browser: Choosing the Ultimate Gaming Experience for jiliph6

Mobile App vs. Browser: Where Should You Play? In the modern era of digital entertainment, players are often faced with a critical decision: should they download a dedicated mobile application or simply use their web browser? Whether you are accessing jiliph6 for the...

Mastering the Rebate: How to Use Casino Cashback to Offset Slot Losses

For any slot enthusiast, the thrill of the spin is unmatched, but the inevitable "down swings" can be frustrating. This is where casino cashback becomes a game-changer. By returning a percentage of your losses back to your account, cashback offers a financial safety...

Mastering the Exit: The Art of Smart Betting and Knowing When to Walk Away

In the world of online gaming and sports wagering, the thrill of a winning streak can be intoxicating. However, the difference between a successful bettor and a losing one often isn't the ability to pick winners, but the discipline to know when to stop. Whether you...

Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu

Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0