Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson.
Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen untuk mengimbau kembali cabaran dan perjalanan Madammu untuk memiliki anugerah cahaya mata istimewa ini.
Madammu berkahwin di usia muda dan dianugerahkan dengan tiga cahaya mata ‘instant’ yang cukup sempurna di mata Madammu.
Zahara, Qally dan Ahmadhi adalah anugerah yang tak ternilai buat Madammu sebagai ibu muda. Dan di sepanjang mereka membesar, Madammu belajar banyak perkara baru setiap hari.
Ya, perjalanan Madammu tak semudah seperti yang you all saksikan di media sosial. Walaupun tak mudah, Madammu sangat bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang amat memahami dan sentiasa memberi dorongan buat Madammu untuk terus cekal.
Ketika anak-anak Madammu masih kecil dan sangat memerlukan perhatian serta kasih, Madammu memutuskan untuk menumpukan seluruh perhatian kepada mereka. Madammu sanggup mengorbankan keinginan untuk memiliki anak sendiri pada masa itu kerana ingin memastikan Zahara, Qally dan Ahmadhi mendapat kasih Madammu yang sepenuhnya.
Madammu percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin inilah yang mengajar Madammu untuk menjadi lebih sabar dan tabah.
Apabila Madammu benar-benar telah bersedia untuk menambah bilangan cahaya mata, Madammu terpaksa menghadapi satu lagi ujian yang mencabar. Madammu tidak direzekikan untuk hamil secara semula jadi. Sebaliknya, perlu menjalani rawatan IVF.
Madammu menjalani rawatan IVF selepas menjalani satu penantian yang agak panjang. Alhamdulillah, pada 9 Jun 2023, Madammu selamat melahirkan Ahmad Kayden.
Kayden dilahirkan secara pembedahan pada jam 8.59 pagi dengan berat 3.12kg. Ia menjadi satu lagi kenangan bermakna dalam hidup Madammu pada tahun 2023 yang lalu.
Perjalanan dari rawatan IVF sehingga kehamilan telah memberi Madammu pengalaman yang sangat berbeza dan mencabar. Fasa akhir kehamilan juga agak mencabar. Madammu ada melalui insiden tekanan darah tinggi yang memaksa Madammu untuk mengurangkan aktiviti harian dan lebihkan masa berehat demi kesihatan diri dan baby Kayden. Namun, setiap detik perjalanan ini adalah antara pengalaman termanis bagi Madammu sebagai seorang ibu.
Lebih menggembirakan hati Madammu adalah melihat bagaimana ketiga-tiga anak Madammu yang semakin dewasa menyayangi adik mereka, Kayden, dengan penuh kasih sayang yang ikhlas tanpa sebarang rasa cemburu. Ini membuktikan bahawa kasih yang kami bina dalam keluarga ini adalah kasih sayang yang tulus dan tidak berbelah bagi.
Madammu amat bersyukur kepada Allah atas kurniaan zuriat ini selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta. Perjalanan ini penuh dengan suka duka, namun Madammu percaya setiap pengorbanan dan ujian yang dilalui membentuk siapa diri Madammu hari ini. Bersangka baiklah, Insya-Allah perkara-perkara baik pasti akan datang kerana Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan dan doa. Semoga keluarga kita semua sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang dan rahmat Allah.
Regards;
Madammu
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 31 Comments
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 290 Comments
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 3,002 Comments
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 1,925 Comments
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,089 Comments
Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP
by Madammu | 21/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,563 Comments
Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo
by Madammu | 05/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,234 Comments
Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally
by Madammu | 26/12/2023 | Family, Gaya Hidup | 8,683 Comments
34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU
by Madammu | 12/10/2023 | Gaya Hidup | 11,424 Comments
Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.
by Madammu | 07/09/2023 | Bisnes | 16,336 Comments









from this source Notepad download
солярис даркнет – солярис, солярис
find this Osu download
geinoutime.com
Hongzhi 황제와 다른 사람들이 떠나지 않은 것을보고 Zhu Dachang의 아내는 그들을 다시 텐트에 앉히도록 초대했습니다.
[url=https://prometresurs.by/stal-serebryanka/]серебрянка круг 10 мм [/url]
[url=https://prometresurs.by/instrumentalnye-stali/]сталь инструментальная 4Х3ВМФ [/url]
Эвакуатор: что представляет собой техника?, можно ознакомиться [url=https://angeldorog.by/evakuator-chto-predstavlyaet-soboj-mashina/] здесь [/url]
blacksprut com ссылка – блэк спрут ссылка, блэк спрут ссылка
оземпик купить +в аптеке – оземпик купить аналог +для похудения, препарат тирзепатид
тирзепатид – манджаро тирзепатид регистрация +в россии, Оземпик цена