“Andai kata aku ditidurkan, macam mana dengan anak-anak aku?”

“Andai kata aku ditidurkan dan tidak bangun lagi, macam mana dengan anak-anak aku?” – Madammu

Reda dan terima jika ini yang terbaik untuk kesihatan serta mudah-mudahan tercapai apa yang Madammu hajati. Coretan ini Madammu tulis sejam sebelum Madammu akan masuk OT. 18/7/2022 hari yang bersejarah bagi Madammu, malam yang panjang, hari yang panjang dan hari yang membuatkan Madammu tak tenang.

Hari ini 18/7/2022 , Isnin 10:00am Madammu perlu melalui procedure remove fallopian tube. Satu procedure yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu perlu laluinya juga. Teringat pada 5/7/2022 apabila Dr. Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embryo.

Waktu berita ini disampaikan, Madammu terasa seolah-olah ada sesuatu yang sedang menghiris hati Madammu satu demi satu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa banyak perkara yang perlu Madammu lalui dalam usaha untuk mendapatkan seorang zuriat.

Walaupun banyak yang perlu dilalui tetapi Madammu sangat bersyukur kerana Tuhan itu Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-nya. Madammu percaya setiap apa yang Madammu lalui hari ini pasti ada hikmah dan sebabnya. Hidup ini sentiasalah bersangka baik kerana setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Semalam apabila Madammu perlu warded, sempat lagi Madammu balik dan tidur di rumah (rindu Ahmadhi). Seawal jam 6 am dah ready untuk kembali semula ke hospital. Tapi, biasalah.. Ahmadhi pagi-pagi memang ada drama.

Anak-anak

Dia tak nak pergi sekolah sebab nak ikut mummy pergi hospital. Madammu jawab, later balik dari sekolah you datang. Anak-anak, ada sahaja nakalnya. Bertahun-tahun Ahmadhi minta adik, Insya-Allah mummy dia sedang berjuang untuk dapatkan adik untuknya. Ya Allah, rasa sedih pula Madammu bila menulis dan bercerita tentang Ahmadhi. Tiba-tiba terasa, _“andai kata aku ditidurkan dan tidak bangun lagi, macam mana dengan anak-anak aku?”_

Tidak boleh Madammu bayangkan hidup mereka sekali lagi kehilangan seorang ibu. Madammu kena kuat dan yakin pasti semuanya berjalan dengan baik demi anak-anak dan suami. Okay la ualls, coretan hari ini tak boleh panjang panjang. Madammu dah ready nak masuk OT nie. Doakan Madammu ya.

Regards;
Madammu

8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita

Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
562
+1
47
+1
5
+1
2
+1
5
+1
8
+1
41
0 0 votes
Article Rating
guest
7.8K Comments
Inline Feedbacks
View all comments
IRa Noir
IRa Noir
3 years ago

Ya Allah..sedihnya baca coretan Madammu..insyaallah Madam selamat dan semuanya baik² sahaja..kami doakan urusan Madammu dipermudahkan dan cepat² sihat seperti sediakala serta perancangan utuk mendapatkan zuriat dikabulkan oleh Allah s.w.t

Mazz Halim
Mazz Halim
3 years ago

Coretan Madam pd part kehilangan tu touching… sbg peminat blog, teringat pd arwah blogger Syuhada, Al Fatihah.. semoga Allah kurniakan Madam kesihatan yg terbaik dan dalam perlindungan dan rahmat Allah sepanjang masa..

Aida
Aida
3 years ago

InsyaAllah Madam you will be fine.. Besar betul pengorbanan Madam.. Semoga Allah mudahkan urusan dan dapat anak baru. Usah risau sgt hal duniawi madam.. Risau la pada alam yang kekal abadi.. Semoga semuanya berjalan dgn lancar.. Amin yarabal alamin..

Uniey Irmuarniey
Uniey Irmuarniey
3 years ago

Semoga tiada apa yang memudaratkan dan madam kembali sihat seperti biasa . Uniey menunggu setiap perkhabaran baik kesihatan madam 💜.

Ramai yang mendoakan madam . Madam orang baik, ramai yang sayang .

Ellylukman
Ellylukman
3 years ago

Bersyukur kerana Madam terpilih melalui ujian ini tanda Allah sayang. Allah mencuit kekuatan iman serta cinta kasih pd keluarga Madam melalui pengorbanan suci ini. Doaku semoga Madam tabah dan pasti ada sinar bhgia yg menanti dihujung sana. Salam syg.

Cik ayeen
Cik ayeen
3 years ago

PEJUANG DOUBLE LINE yg sgat2 Hebat! Rmai yg mendoakan madamu… InsyaAllah semuaa berjalan lancar & segalanya dipermudahkn…. Madam HEBAT!! 👍 👍

Indaha hamid
Indaha hamid
3 years ago

eeee sebaknyeeee 😭😭😭 smpai part anak tuu automatikk aku nangis yee gaiss 😭😭😭 semoga Allah mudahkn segalanyaa buat madam ❤

Bie
Bie
3 years ago

Insha Allah Madam kuat utk hadapi ujian ni. Allah uji pada hamba Dia yang mampu.. semoga ada sinar bahagia selepas pembedahan ni. Tak sabar nak tengok Madam pregnant 😊

Norita Razan
Norita Razan
3 years ago

CikTa doakan madamMu kesayang Sentiasa sihat dan diangkat segala kesakitan…
Allhu Mudahkan urusan operation… Allah jagakan MadamMu kami… Sayang sokmooo ketat2 madammmmm💜💜💜

Azza
Azza
3 years ago
Reply to  Norita Razan

Ya allah sedih saya baca coretan sejengkal madam.. Saya harap perjuangan madam diingati utk semua golongan wanita, saya harap madam selamat menjalani pembedahan tersebut. Aamiinn.

Ida
Ida
3 years ago
Reply to  Norita Razan

InsyaAllah madam seorg ibu yg kuat…saya doakan madam diberikan kesembuhan yg cepat dan mendapat zuriat yg sehat…cepat sehat ye madam

Norin alias
Norin alias
3 years ago

Hope maderm mu strong,k ,org yng baik insyaallah mendapat ganjaran yng besar allah swt akan bagi,syurga menanti,insyaallah allah swt permudahkan segala urusan insyaallah aamiin…

Norshafiah Binti Razali
Norshafiah Binti Razali
3 years ago
Reply to  Norin alias

Madam seorang ibu yg kuat.. pengorbanan madam akan membuahkan hasil yg bahagia tak lama lg. Sayang madam..semoga cepat sembuh madam & di permudahkan semuanya..aamiin

Salbia Faridah
Salbia Faridah
3 years ago

Sebak baca coretan Madam, smg kuat demi anak2 & suami..smg dipermudahkan segala urusan Madam…Insyaa Allah.

Rohani binti Harun
Rohani binti Harun
3 years ago
Reply to  Salbia Faridah

semoga Allah permudah urusan madam..cpt sembuh seperti sediakala..bersangka baik dengan Allah

Dayana
Dayana
3 years ago

Ya Allah mengalir laju air mata sama mengalir lebatnya hujan sekarang ini. Doa kak Dayana semoga dipermudahkan semua urusan madam. Kuatkan semangat madam. InshaAllah yang dihajati tercapai. Sayang sangat dengan madammu😘😘

Zara ain
Zara ain
3 years ago

Akak sedih sampai tak sedar air Mata keluar…..semoga madam kuat…Kami sygggg madam.

Norashikin Ahmad
Norashikin Ahmad
3 years ago
Reply to  Zara ain

InsyaAllah selamat. Ramai yg mendoakan perjalanan pembedahan madammu lancar dan berjaya.

Marina
Marina
3 years ago
Reply to  Zara ain

Sebak..pasti pengakhiran yg indah.

Zalinda bt man@osman
Zalinda bt man@osman
3 years ago
Reply to  Marina

Sedihnya..baca cerita madammu..semoga dipermuadahkan segala urusan madammu..dan ada sinar lps ni..💜💜

Kasih Chinta Sari
Kasih Chinta Sari
3 years ago
Reply to  Zara ain

Sedih la..semoga Allah memudahkan segala urusan madammu n Tp.. InsyaAllah..madam sudah byk berkorban utk ank2 ini Dan setiap yg betlaku ada hikmahnya.. InsyaAllah..doa kami semoga madam Akan mencapai apa yg dihajati.. InsyaAllah aminn

Delphiana
Delphiana
3 years ago

Semoga Allah melindungi mu madammu.segalanya Allah mudah kan GOD bless you

Zalinda bt man@osman
Zalinda bt man@osman
3 years ago
Reply to  Delphiana

Sedihnya..baca cerita madammu..semoga dipermuadahkan segala urusan madammu..dan ada sinar lps ni..💜💜

Nurie
Nurie
3 years ago
Reply to  Delphiana

Subhanallah…pasti apa yang berlaku ini ada hikmahNya…harap Madam tabah & terus menjadi hambaNya yang bersyukur…Allah sayang Madam… Allah takkan menghampakan harapan hambaNya yang baik macam Madam… InsyaaAllah akan ada sinar bahagia buat Madam sekeluarga utk mempunyai zuriat sendiri.

Liza
Liza
3 years ago
Reply to  Delphiana

Itu lah perjuangan setelah bergelar isteri ..ingin kan yg terbaik demi fmly tercinta.Sanggup buat apa saje termasuk nyawa
Perasaan sbg seorg ibu hanya allah yg tahu…love madammu…moga baik2 saja.❤️

Nor azira
Nor azira
3 years ago
Reply to  Zara ain

Semoga madam baik baik Saja ..allahu sebak banyak coretan madam ….. Zira doakan madam dipermudahkan segala urusan aamin ..

CikHajar
CikHajar
3 years ago
Reply to  Nor azira

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar . we love you madammu ❤️

Zabedah Omar
Zabedah Omar
3 years ago
Reply to  Nor azira

Assalamualaikum Madammu. Kuatkan semangat. Allah sentiasa berada disisi kita dan dia lebih berkuasa Dan mengetahui. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar dengan izinNya. Bakti Puan untuk memertabatkan ekonomi wanita pasti akan mendapat ganjaran yang sewajarnya Dari Allah SWT.

Mahirah
Mahirah
3 years ago
Reply to  Zabedah Omar

Sedih nye..semoga Allah memudahkan segala urusan madammu n Tp.. InsyaAllah..madammu sudah byk berkorban utk ank2 ini Dan setiap yg berlaku ada hikmahnya.. InsyaAllah..doa kami semoga madammu akan mencapai apa yg dihajati.. InsyaAllah aminn

Jannah episod
Jannah episod
3 years ago
Reply to  Nor azira

Moga ada sinar cahaya buat madam.. pengorbanan yang besar . insyaallah Allah permudah impian menjadi seorang ibu …

Yaya
Yaya
3 years ago
Reply to  Jannah episod

Moga madam kuat.

YetieAtie
YetieAtie
3 years ago
Reply to  Nor azira

Love madammu..Insyaallah semoga impian dan hajat madammu Allah makbulkan.

SITI SYAHIEDATUL BINTI YUSOF
SITI SYAHIEDATUL BINTI YUSOF
3 years ago
Reply to  YetieAtie

Semoga dprmudahkan segala urusan madammu sekeluarga.. Sy doakn madammu ad rezeki zuriat.. sy pn ttc nk masuk tahun ke 5, 2x gugur smpai skrg masih menunggu keajaiban dr Allah..