” Tolong doakan Madammu” – Debaran 48 jam Menjelang Fasa FET
Masa yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Dalam masa dua hari lagi Madammu bakal melalui satu proses rawatan yang sangat mendebarkan iaitu Pemindahan Embrio beku (Frozen Embryo Transfer-FET). Selepas 7 tahun Allah SWT telah menggerakkan hati untuk Madammu terus nekad menjalani rawatan IVF. Syukur, Alhamdulillah dengan nikmat yang Tuhan anugerahkan ini. Madammu mohon agar setiap proses yang Madammu lalui ini akan terus dipermudahkan-Nya.
Sejujurnya, sepanjang lima bulan pertama Madammu melalui proses rawatan IVF ia bukanlah sesuatu yang mudah buat Madammu. Ia sangat mencabar dan memenatkan. Lebih-lebih lagi dengan jadual harian Madammu yang sememangnya terlalu padat setiap hari. Malah bukan itu sahaja. Proses rawatan ini juga turut memberi kesan kepada emosi Madammu. Ia menyebabkan mood Madammu berada dalam keadaan yang tak stabil dan sukar nak diramal turun naik emosi Madammu.
Walau apa pun, Insya-Allah, Madammu akan gigihkan diri dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat seperi mana yang TP impikan selama ini. Cabaran IVF setiap individu memang berbeza-beza. Bagi Madammu sendiri, prosesnya memang agak panjang dan mencabar. Madammu terpaksa melalui satu proses pembedahan untuk membuang tiub follopian, diikuti dengan mengambil segala macam injection dan dalam masa yang sama Madammu juga perlu menelan hormone pill yang memberi kesan kepada naik turun emosi Madammu dari semasa ke semasa.
Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.

Setakat ini, segala macam persiapan lain juga telah Madammu lakukan dan kini hanya menantikan proses FET sahaja. Madammu juga telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi untuk melalui proses bedrest! Semoga Madammu akan terus kuat untuk melaluinya. Bagi yang mengenali Madammu, you all pasti tahu bagaimana lasak dan busynya Madammu setiap hari. Ia memang sangat mencabar buat Madammu!
Madammu perlu melalui fasa bedrest ini dalam tempoh 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022. Pada tarikh ini ia bakal menentukan keputusan ‘positive’ atau sebaliknya. Tolong doakan madammu – debaran 48 jam menjelang fasa FET. Seandainya pada tarikh tersebut Madammu berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti ‘positive,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 1 bulan 1 minggu, Insya-Allah!
Pada detik dan ketika ini, Madammu serahkan segala-galanya pada yang Maha Berkuasa. Madammu ingin dedikasikan catatan blog Madammu pada kali ini, untuk memohon kepada sahabat-sahabat Madammu sama-sama mendoakan agar proses rawatan IVF yang Madammu lalui ini berjaya.

Pada saat dan ketika ini, apa yang boleh Madammu kongsikan dengan you all, perasaan Madammu sangat terharu. Madammu juga dapat lihat TP sangat excited. Kalau you all nak tahu, dah beberapa kali dia mimpi Madammu mengandungkan anak perempuan. Adakah mimpi itu satu ‘alamat’ atau TP nie terlalu memikirkannya sangat?
Akhir kata dari Madammu, tolong doakan agar segala urusan Madammu dipermudahkan ye. Insya-Allah.
Regards;
Madammu
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 29 Comments
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 290 Comments
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 3,002 Comments
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 1,925 Comments
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,744 Comments
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,089 Comments
Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP
by Madammu | 21/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,563 Comments
Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo
by Madammu | 05/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,234 Comments
Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally
by Madammu | 26/12/2023 | Family, Gaya Hidup | 8,680 Comments
34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU
by Madammu | 12/10/2023 | Gaya Hidup | 11,421 Comments
Terkadang penat lelah adalah harga yang harus kita bayar untuk membeli bahagia
Moga madanmu memdapat segala kebaikan Aaamin
Semoga segala urusan madammu dan TP dipermudahkan….aamiin🤲🏻..💪🏻💜💜
Semoga urusan madammu dipermudahkan dan impian utk memiliki zuriat di makbulkan oleh allah…aamiin
Insyaallah .. semoga Allah permudahkan urusan madammu dan TP. Sy peminat setia madammu ..🥰. Dengan izin Allah semua nya akan berjalan dgn lancar … amiinnn
Hari yg di nanti2 telah pun tiba take good bedrest madam. Semoga dipermudahkan segala urusan madam. Tidak sabar nak tunggu 11hb nnt. Take care madam love u
Insyallah.. Smoga dipermudahkan segalanya.. Setiap apa yg diberi.. Ada hikmahnye..
Insya Allah Smuga Allah permudahkan setiap usaha ikhtiar madammu & TP mencapai kemuncak kejayaan
Semoga dipermudahkan urusan madam nanti..dan mendapat berita yang gembira buat madam dan TP..Amin
Semoga dipermudahkan rawatan buat Madammu dan berjaya serta sihat sentiasa sehingga melahirkan baby❤️
SEMOGA MADAMMU DIBERKATI DAN DIMUDAHKAN MELALUINYA..TENANG SABAR DAN ZIKIR BYK2 MDM..ALLAH BERSAMA ORANG2 YG BAIK..AAMIINNN
Semoga dipermudahkan segala urusan Madammu..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0DWBRBJv1EmfLDmxpaeX2kWZkMK2Y64d2c9XVAhFS69GHQPHpxi3mNTBv541fAt7tl&id=100069343998342
Semoga Allah permudahkan segala urusan madam dan Tp …💜💜💜
Semoga Allah swt berikan laluan yg mudah utk madammu menimang cahaya mata. Best of luck madam.💜
Semoga dipermudah olehNya segala urusan madammu
Semoga dipermudahkan urusan
Semoga dipermudahkan urusan madam nanti..dan mendapat berita yang gembira buat madam dan TP..Amin
Semoga dipermudah kan segala urusan madam dan TP harap jawapan nya positif Amiin