“Andai kata aku ditidurkan dan tidak bangun lagi, macam mana dengan anak-anak aku?” – Madammu
Reda dan terima jika ini yang terbaik untuk kesihatan serta mudah-mudahan tercapai apa yang Madammu hajati. Coretan ini Madammu tulis sejam sebelum Madammu akan masuk OT. 18/7/2022 hari yang bersejarah bagi Madammu, malam yang panjang, hari yang panjang dan hari yang membuatkan Madammu tak tenang.
Hari ini 18/7/2022 , Isnin 10:00am Madammu perlu melalui procedure remove fallopian tube. Satu procedure yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu perlu laluinya juga. Teringat pada 5/7/2022 apabila Dr. Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embryo.
Waktu berita ini disampaikan, Madammu terasa seolah-olah ada sesuatu yang sedang menghiris hati Madammu satu demi satu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa banyak perkara yang perlu Madammu lalui dalam usaha untuk mendapatkan seorang zuriat.
Walaupun banyak yang perlu dilalui tetapi Madammu sangat bersyukur kerana Tuhan itu Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-nya. Madammu percaya setiap apa yang Madammu lalui hari ini pasti ada hikmah dan sebabnya. Hidup ini sentiasalah bersangka baik kerana setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Semalam apabila Madammu perlu warded, sempat lagi Madammu balik dan tidur di rumah (rindu Ahmadhi). Seawal jam 6 am dah ready untuk kembali semula ke hospital. Tapi, biasalah.. Ahmadhi pagi-pagi memang ada drama.
Walaupun banyak yang perlu dilalui tetapi Madammu sangat bersyukur kerana Tuhan itu Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-nya. Madammu percaya setiap apa yang Madammu lalui hari ini pasti ada hikmah dan sebabnya. Hidup ini sentiasalah bersangka baik kerana setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Semalam apabila Madammu perlu warded, sempat lagi Madammu balik dan tidur di rumah (rindu Ahmadhi). Seawal jam 6 am dah ready untuk kembali semula ke hospital. Tapi, biasalah.. Ahmadhi pagi-pagi memang ada drama.
Dia tak nak pergi sekolah sebab nak ikut mummy pergi hospital. Madammu jawab, later balik dari sekolah you datang. Anak-anak, ada sahaja nakalnya. Bertahun-tahun Ahmadhi minta adik, Insya-Allah mummy dia sedang berjuang untuk dapatkan adik untuknya. Ya Allah, rasa sedih pula Madammu bila menulis dan bercerita tentang Ahmadhi. Tiba-tiba terasa, _“andai kata aku ditidurkan dan tidak bangun lagi, macam mana dengan anak-anak aku?”_
Tidak boleh Madammu bayangkan hidup mereka sekali lagi kehilangan seorang ibu. Madammu kena kuat dan yakin pasti semuanya berjalan dengan baik demi anak-anak dan suami. Okay la ualls, coretan hari ini tak boleh panjang panjang. Madammu dah ready nak masuk OT nie. Doakan Madammu ya.
Regards;
Madammu
Bila Satu Podcast Buka Semula Pintu Diari Madammu
by Madammu | 16/05/2026 | Gaya Hidup | 0 Comments
Sejujurnya... Sewaktu mula-mula Madammu masuk sesi podcast tersebut, mindset Madammu sama macam waktu Madammu buat LIVE biasa. Berbual sambil share apa yang Madammu rasa nak share. Tak ada skrip yang tersedia. Tak ada ayat berbunga pun. Madammu cakap je apa yang ada...
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 0 Comments
Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 0 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 0 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 0 Comments
Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan. Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 0 Comments
Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 0 Comments
Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...
Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP
by Madammu | 21/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 0 Comments
Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP, bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...
Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo
by Madammu | 05/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 0 Comments
Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...
Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally
by Madammu | 26/12/2023 | Family, Gaya Hidup | 0 Comments
Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...







