Pertalian darah bukanlah ukuran untuk sesiapa pun menzahirkan rasa kasih dan sayang terhadap individu yang lain.
Madammu sering berkongsi kisah pahit manis sepanjang Madammu memikul amanah membesarkan tiga cahaya mata βinstantβ yang hadir dalam hidup Madammu. Bukanlah niat Madammu nak menunjuk-nunjuk atau ingin mencari publisiti. Sebaliknya Madammu sekadar ingin berkongsi realiti yang dilalui sekali gus menghapuskan rasa skeptikal segelintir masyarakat yang ada memandang negatif terhadap status βibu tiri.β
Sebagai individu yang mendirikan rumah tangga dengan duda beranak tiga, Madammu terlebih dahulu telah mempersiapkan diri Madammu dari segi mental dan emosi. Sejujurnya, persiapan ini tidak berlaku dengan sekelip mata. Sejak dari awal perkenalan sejurus mengetahui status TP, Madammu telah bertanya pada diri sendiri adakah Madammu bersedia untuk melalui transformasi yang bakal merubah 360 darjah kehidupan Madammu.
Apabila Madammu ada jawapan kepada persoalan tersebut, barulah Madammu berani membuat keputusan untuk menerima lamaran TP. Tapi bukan sekadar menerima kehadiran TP sahaja. Keputusan Madammu untuk membina kehidupan bersama TP turut membawa kepada keikhlasan Madammu menerima kehadiran tiga cahaya mata dan seluruh ahli keluarga TP di dalam kehidupan Madammu.
Seorang gadis berusia 25 tahun berkahwin dan βtiba-tibaβ menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada tiga orang anak bukanlah sesuatu yang mudah. Naik turun emosi memang ada. Tetapi Alhamdulillah, ia menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran buat Madammu.
Madammu berjumpa dengan Zahara, Qally dan Ahmadhi sewaktu masing-masing baru berumur 6 tahun, 5 tahun dan 2 tahun. Setiap kali Madammu bercerita tentang anak-anak, ramai yang tanya macam mana Madammu sanggup dan ikhlas menerima keadaan tersebut. Mungkin di mata kasar semuanya kelihatan βsmooth,β tapi ramai yang tidak tahu apa yang telah Madammu korbankan untuk sampai ke sini.
Ahmadhi yang pada ketika itu baru berusia 2 tahun memang sangat-sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada seorang ibu. Boleh dikatakan 24 Jam nak berdukung. Ahmadhi memang anak yang manja dan kalau boleh nak βmelekatβ sahaja dengan Madammu. Perjalanan ini adalah proses pembelajaran yang paling bermakna buat Madammu. Semua orang boleh bercakap yang dirinya reda dan ikhlas. Tapi sejujur manakah ungkapan tersebut mampu dilaksanakan?
Bagi yang melaluinya sahaja akan tahu erti keikhlasan yang sebenar. Maklumlah, manusia boleh bercakap apa sahaja kerana setiap orang memiliki penerimaan dan pemahaman yang berbeza-beza. Madammu tahu bukan Madammu seorang sahaja yang melalui proses kehidupan sebegini. Mungkin ramai ibu-ibu βekspresβ di luar sana boleh berkongsi tentang kisah mereka menjalani kehidupan dengan anak-anak yang bukan dari rahimnya sendiri.
Kisah Madammu mungkin menjadi perhatian ramai memandangkan status Madammu sebagai ahli perniagaan dan juga βfounder.β Tambahan pula Madammu memang aktif di media sosial. Sudah tentu para netizen akan sentiasa memerhati sambil-sambil mengulas tentang kehidupan Madammu bersama keluarga.

Sepanjang lapan tahun melayari kehidupan berumah tangga ini, syukur Alhamdulillah Madammu sangat bahagia. Sejak dari awal perkahwinan memang Madammu sudah tetapkan niat untuk menjaga Zahara, Qally dan Ahmadhi dengan memberi didikan serta kasih sayang yang sebaiknya untuk mereka.
Madammu rasa, cabaran memang ada. Kerana ia memang lumrah dalam kehidupan. Membesarkan anak dari rahim sendiri pun pasti ada cabarannya yang tersendiri kan? Tapi kalau kita berpegang dengan niat dan keikhlasan yang telah kita βsetβkan dalam diri kita sejak dari awal, Insya-Allah kita mampu melaluinya dengan tenang. Sejujurnya, Madammu dapat merasai kenikmatan sebagai ibu βekspresβ ini apabila anak-anak menunjukkan rasa sayang sekali gus menerima kehadiran Madammu ibarat seperti ibu kandung mereka sendiri.
Insya-Allah, kurang sebulan sahaja lagi Madammu bakal menerima kehadiran Baby A pula. Syukur dengan rezeki yang Allah anugerahkan ini. Zahara, Qally dan Ahmadhi nampaknya kelihatan sangat teruja dengan kelahiran adik baru mereka. Tiada istilah adik-beradik tiri ye buat mereka kerana masing-masing berβbinβ dan berbintikan papa yang sama. Jadi, sudah tentu tiada perbandingan atau perbezaan kasih sayang di antara keempat-empat anak Madammu ini nanti.
Madammu mohon agar semua para pengikut Madammu sentiasa mendoakan yang terbaik buat keluarga Madammu. Kalau boleh kita semua sentiasa menyebarkan aura positif dan saling mendukung antara satu sama lain. Sentiasalah menuturkan perkara yang baik-baik agar perkara yang baik juga akan berbalik semula di dalam kehidupan kita, Aameen.
Bercerita tentang kasih ibu, setiap tahun sambutan hari ibu membawa erti atau pendekatan yang berbeza-beza. Lazimnya anak-anaklah yang akan berusaha untuk meraikan hari ibu demi menggembirakan ibu masing-masing sebagai tanda penghargaan. Jadi bersempena dengan hari ibu kali ini, Madammu ingin menggabungkan sambutan Hari Ibu dan Hari Guru dengan meraikan kasih ibu dan guru serentak.
Madammu ingin memberi hadiah istimewa secara percuma bermula 12 Mei hingga 16 Mei ini. Ikuti beberapa langkah mudah dengan terma dan syarat tertentu, you all layak untuk menerima hadiah percuma ini. Cepat tau kerana hadiah istimewa ini adalah sangat terhad!
Untuk info lanjut, you all boleh ikuti kesemua platform media sosial rasmi Madammu dan NOIR seperti Facebook, Instagram dan TikTok kerana semua update dan shout-out terkini tentang NOIR akan Madammu kongsikan di sana okay!
Regards;
ππͺππͺπΆπΆπΎ
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 29 Comments
Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kataβ¦Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 290 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu β€οΈ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 3,002 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu β€οΈ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 1,925 Comments
Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.Β Β Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,744 Comments
Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...
Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia
by Madammu | 13/05/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,089 Comments
Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...
Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP
by Madammu | 21/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 6,563 Comments
Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP, Β bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...
Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo
by Madammu | 05/03/2024 | Family, Gaya Hidup | 4,234 Comments
Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...
Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally
by Madammu | 26/12/2023 | Family, Gaya Hidup | 8,680 Comments
Ya Allah⦠lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...
34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU
by Madammu | 12/10/2023 | Gaya Hidup | 11,421 Comments
Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...
strongest sleeping pills over counter cost phenergan
accutane drug order accutane 20mg online cheap accutane 20mg tablet
can antidepressants cause heartburn purchase cefadroxil online cheap
acne treatment prescribed by dermatologist bactroban ointment drug oral medication for cystic acne
best prescription drugs for nausea purchase accupril generic
buy prednisone 5mg pill order prednisone online cheap
uksleepingpillsonline.com melatonin 3 mg cost
best allergy over the counter skin allergy tablets list best allergy medication for itching
Assalamualaikum madammu…madammu adalah seorang wanita yang hebat,kuat semangat,sabar dan tabah menghadapi dalam apa jua rintangan dan cemuhan masyarakat luar…SELAMAT HARI IBU madammu buat mother to be ..ππππππππππ
madam seorang wanita yang hebat dan sabar orangnya.. tahniah .. selamat hari Ibu madammu