Hai, hai, hai you all… rindu sangat Madammu nak menulis semula. Tapi tanggung jawab dah bertambah la you all, hahahaa…

Okay la, sebenarnya hari ni Madammu ada waktu terluang sikit. Sebelum baby menangis, Madammu nak bercerita sikit tentang pengumuman ‘tergempar’ semalam. Hahaha… Alhamdulillah, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. TP dah daftarkan nama baby A. Bila dah confirm barulah Madammu boleh share dengan you all.

Setiap kali Madammu LIVE di media sosial, soalan pertama yang you all tanya mesti tentang nama baby A kan? Jadi, semalam segala teka-teki akhirnya terjawab. Madammu dan TP sepakat menamakan baby A, Ahmad Kayden yang melambangkan ‘kekuatan.’

Alhamdulillah, dia memang memberi kekuatan yang luar biasa kepada Madammu. Bermula daripada journey IVF sehinggalah Kayden lahir ke dunia, ia adalah moment yang sangat istimewa dalam hidup Madammu.

Kekuatannya memang sangat istimewa, hanya rasa syukur yang mampu Madammu zahirkan bila mengimbau kembali journey yang telah Madammu dan TP lalui sejak dari awal journey kami berusaha untuk mendapatkan zuriat selepas 7 tahun melayari bahtera rumah tangga. Ala-ala 7 Shades of Beauty pula kan? Hahaha…

teka teki

Kehadiran Ahmad Kayden bagaikan memberi satu sinar baharu dalam keluarga kecil Madammu. Seluruh isi keluarga Madammu seolah-olah terpesona dengan keajaiban anugerah dari Tuhan ini. Selain Madammu dan TP, kakak-kakak serta abangnya, Ahmadi nampak sangat ‘happy’ dengan kehadiran Kayden.

Semoga Kayden membesar menjadi anak yang soleh, bijaksana dan sentiasa menjadi penyejuk hati papa dan mummy. Di kesempatan ini, Madammu juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua followers Madammu yang tidak pernah putus-putus mengirimkan doa untuk kesihatan Madammu dan baby Kayden selama ini. Semoga doa yang baik-baik dari you all itu akan berbalik jua kepada kalian. Aameen.

Sokongan, cinta dan doa-doa indah selama perjalanan kehamilan Madammu ini memang amat Madammu hargai. Selain keluarga, you all juga telah memberikan Madammu semangat juang yang sangat tinggi. Percayalah, journey kehamilan Madammu yang lalu tidaklah semudah seperti yang disangka.

Insya-Allah, Madammu akan cuba berkongsi momen-momen istimewa yang bakal Madammu lalui bersama baby Kayden, Ahmadi, Qally dan Zahara di dalam blog Diari Madammu dari semasa ke sesama. Itu pun kalau baby Kayden tak buat perangai, hahaha….

teka teki

Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga di atas cinta dan doa kalian. Semoga kehadiran baby Kayden terus menjadi penguat kasih sayang antara Madammu dan ahli keluarga yang lain.

Kepada para pasangan yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat sendiri, Madammu akan terus mendoakan agar Allah SWT menganugerahkan rezeki yang dinanti-nantikan itu buat kalian. Apa yang paling penting, jangan putus asa.

Insya-Allah kita bertemu dalam posting yang berikutnya ok!

Regards;
𝓜𝓪𝓭𝓪𝓶𝓶𝓾

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...

Madammu Berkongsi Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Alhamdulillah, tanggal 10 Ogos 2023 Madammu berkesempatan berkongsi tentang journey penyusuan Madammu dengan baby Kayden.Madammu telah mendapat jemputan dari Pusat Laktasi Kebangsaan bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Hospital Tunku Azizah, Hospital Kuala...

Madammu Jalani Sesi Berpantang ‘Eksklusif’ Selama 100 Hari

Penjagaan berpantang memang sangat penting buat para ibu yang baru selesai bersalin.Pada fasa inilah kita perlu menjaga kesihatan luaran dan dalaman, khususnya emosi agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan stabil. Madammu telah memilih Natalis Mother Care &...

Madammu Diberi Layanan Istimewa Daripada Natalis Mother Care Selama 100 Hari

Penantian lapan tahun kini berakhir. Syukur, Baby A selamat lahir ke dunia secara pembedahan pada 9 Jun 2023. Hari ini adalah hari Jumaat paling istimewa buat Madammu, TP dan keluarga.Tak terluah dengan kata-kata, bagaimana Madammu ingin membayangkan kepada you all...

Madammu ‘Bersara Seketika’ Dari Media Sosial – Nantikan ‘Comeback’ Madammu!

The struggle is real dan inilah yang dinamakan cabaran fasa akhir kehamilan. Situasi yang lazim dilalui oleh ibu-ibu hamil namun cabaran yang dilalui masing-masing adalah berbeza-beza.Inilah antara pengalaman yang bakal meninggalkan jejak memori termanis bagi insan...

Pendedahan Rahsia Demi Rahsia Dalam Diari Madammu

Perkongsian realiti kehidupan Madammu yang sinonim di platform media sosial kini beralih ke stesen televisyen pula. Berdebar-debar rasanya nak menantikan tayangan episod pertama program realiti TV Diari Madammu yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu nanti. Sebelum...

Madammu Tak Cukup Rehat, Tekanan Darah Naik Mendadak

Jangan risau you all, Madammu baik-baik sahaja. Inilah yang dinamakan dugaan mengandung. Detik pengalaman inilah yang menjadikan setiap wanita yang bergelar ibu itu adalah ‘istimewa’.Dugaan dan cabaran mengandung datang dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, Madammu...

DIARI MADAMMU PAPARAN REALITI KEHIDUPAN MADAMMU

Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan bakal menjelma. Selain berdebar menantikan kelahiran baby A, Madammu juga tak sabar menantikan siri realiti TV Diari Madammu.Diari Madammu bakal ditayangkan di Astro RIA bermula pada 3 Jun 2023 nanti. Kalau you all nak tahu...

Simbolik Hari Ibu – Madammu Raikan Kasih Ibu & Guru Serentak

Pertalian darah bukanlah ukuran untuk sesiapa pun menzahirkan rasa kasih dan sayang terhadap individu yang lain.Madammu sering berkongsi kisah pahit manis sepanjang Madammu memikul amanah membesarkan tiga cahaya mata ‘instant’ yang hadir dalam hidup Madammu. Bukanlah...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
6
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0