Jujur Madammu akui bahawa perceraian itu memang meninggalkan kesan yang sangat berat kepada emosi. Bukan sahaja emosi si isteri, malah anak-anak pun turut terkesan dengan perpisahan itu. Ramai yang sedia maklum bahawa Madammu, Datin dan Dee dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah. Bagi individu yang pernah melalui pengalaman sama seperti Madammu, you all pasti tahu bagaimana rasa ‘kekurangan’ itu.
Bagi Madammu yang telah ditinggalkan ayah sejak dari umur 2 tahun, boleh dikatakan Madammu tiada kenangan dengan ayah sendiri. Tak banyak cerita tentang perpisahan mami dengan ayah yang Madammu tahu. Mami berkahwin pada usia yang sangat muda, iaitu pada usia 16 tahun. Ketika perceraian itu pula, usia mami baru mencecah 21 tahun. Perpisahan tersebut terjadi disebabkan kehadiran wanita lain dan setahu Madammu, Mami berpisah dengan ayah Madammu ketika mami masih di dalam pantang.
Madammu tak pernah rasa marah atau dendam pada ayah Madammu, mungkin ada sebab mengapa ayah Madammu tidak datang mencari Madammu dan adik-beradik yang lain. Suatu ketika dahulu ada beberapa kali ayah Madammu cuba nak berjumpa dengan Madammu, Datin dan Dee. Ayah Madammu ada datang mencari Madammu, tetapi pada waktu itu Madammu dan adik-beradik telah berpindah ke Kuala Lumpur. Jadi, ayah Madammu tak berkesempatan berjumpa dengan kami pada waktu itu.
Madammu hanya pernah berjumpa dengan ayah Madammu sewaktu berumur 10 tahun dan 18 tahun. Tapi tak sempat berbual apa-apa pun. Kali ketiga kami berjumpa adalah sewaktu Datin berkahwin. Pada waktu itu, kami tak bercakap walau sepatah kata. Ketika majlis pernikahan Dee pula, Madammu langsung tak sempat berjumpa dengan ayah.
Boleh dikatakan dalam setiap pertemuan itu, Madammu, Datin dan Dee memang langsung tak berkesempatan berbual-bual dengan ayah kami. Madammu tahu dia ayah Madammu tapi jauh di sudut hati Madammu ini, Madammu tetap merasakan individu itu bagaikan orang asing. Madammu tak marah atau berdendam. Bagi Madammu, the feeling is not there. Mungkin disebabkan Madammu tak tinggal bersama dengan ayah sejak dari kecil. Sebab itu Madammu rasa janggal untuk rapat dengan ayah Madammu sendiri.
Untuk pertemuan baru-baru ini pula Madammu tak berpeluang untuk sertai Datin dan Dee kerana doktor tak galakkan Madammu untuk berjalan jauh bimbang bleeding memandangkan Madammu high risk pregnancy. Pada waktu itu, buat pertama kali cucu-cucu dipertemukan dengan datuk mereka. Datin dan Dee turut tersentuh dengan pertemuan tersebut kerana ia adalah sebuah pertemuan ‘lain dari yang lain.’
Jika sebelum ini pertemuan antara kami dengan ayah seolah-olah ‘perjumpaan’ yang sangat asing, tanpa sepatah kata antara kami. Kali ini masing-masing saling bertentang mata dan berkesempatan untuk berbual antara satu sama lain. Detik pertemuan bersejarah tersebut telah dikongsi oleh Dee dan Datin di akaun TikTok mereka. Namun, ada pula yang tidak senang hati dengan perkongsian tersebut sehingga sanggup mesej secara peribadi kepada Datin dan menyuruh Datin memadam perkongsian video tersebut.
“Anak rashid x suka lah video ayah dia tersebar merata-rata sekarang… ayah dia bukan artis bukan influencer tau.. better delete video yang missD dan Datin post dekat TT dengan segera sebelum disaman 10 juta.”
Madammu, Datin dan Dee berbintikan Rashid juga. Siapa yang tak berasa hati bila ada yang menghantar mesej tersebut kepada darah daging ‘Rashid’ sendiri. Kami anak-anak Rashid ada hati dan perasaan. Salah ke kami nak berkongsi rasa keterujaan dan kegembiraan itu? Bukan selalu peluang sebegini datang. Selepas lebih 30 tahun, inilah detik-detik yang sangat bermakna buat kami adik-beradik apabila berpeluang berbual sambil bertentang mata dengan ayah kandung kami.
Inilah antara sebab mengapa Madammu selalu censored gambar ayah Madammu dalam mana-mana perkongsian Madammu di media sosial. Banyak hati nak kena jaga sebenarnya. Tak sangka pula isu ini boleh timbul walaupun dah berpuluh-puluh tahun berlalu. Walau apa pun, Madammu dan adik-beradik yang lain tidak pernah rasa marah atau benci pada ayah kami. Mungkin ayah Madammu sendiri ada tekanannya yang tersendiri yang perlu dilaluinya. Ayah mana tak sayangkan anak-anaknya kan?
Walaupun ayah bagaikan orang asing dalam hidup Madammu, namun jauh di sudut hati Madammu ini kuat dapat merasakan bahawa ayah Madammu itu tetap sayangkan Madammu, Datin dan Dee. Malah tanpa sedar juga, rasa sayang dan kasih dari seorang anak terhadap ayahnya kian mekar dalam hati Madammu buat insan yang Madammu gelar sebagai papa itu. Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya yang tersendiri. Madammu reda dengan ketentuan ini.
Benarlah kata pepatah, air di cincang tak akan putus. Walau apa pun yang terjadi, pertalian darah antara ayah dan anak-anaknya takkan pernah terputus buat selama-lamanya.
Regards;
Madammu
Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics
by Madammu | 11/03/2026 | Uncategorized | 0 Comments
The world of online gaming has evolved dramatically, with 3D slots leading the charge in visual innovation and immersive gameplay. These cutting-edge games combine stunning graphics with engaging storylines, creating an unparalleled gaming experience that captivates...
Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics
by Madammu | 11/03/2026 | Uncategorized | 0 Comments
The world of online gaming has evolved dramatically, with 3D slots leading the charge in visual innovation and immersive gameplay. These cutting-edge games combine stunning graphics with engaging storylines, creating an unparalleled gaming experience that captivates...
Experience the Future of Gaming: Top 3D Slots with Immersive Graphics
by Madammu | 11/03/2026 | Uncategorized | 0 Comments
The world of online gaming has evolved dramatically, with 3D slots leading the charge in visual innovation and immersive gameplay. These cutting-edge games combine stunning graphics with engaging storylines, creating an unparalleled gaming experience that captivates...
Hidden Terms and Conditions of Slot Bonuses You Must Read Before Playing at GameBet
by Madammu | 08/03/2026 | Uncategorized | 0 Comments
Slot bonuses can seem like a dream come true for online casino players, offering free spins, deposit matches, and massive credits. However, beneath these attractive offers lie complex terms and conditions that can make or break your gaming experience. Understanding...
Unlocking the Best PH Dream 55 Wager-Free Free Spins Offers: Your Ultimate Guide
by Madammu | 08/03/2026 | Uncategorized | 0 Comments
In today's competitive online casino landscape, finding truly wager-free free spins offers can feel like searching for a needle in a haystack. Players are constantly bombarded with promotional offers that come with complicated terms and conditions, making it difficult...
8 Tahun NOIR: Kisah Di Sebalik Sebuah Legasi Kecantikan & Jiwa Wanita
by Madammu | 25/07/2025 | Bisnes | 0 Comments
Assalamualaikum dan salam penuh kasih,Ada satu rasa yang sukar Madammu gambarkan dengan kata-kata…Rasa syukur, sebak dan bangga yang bersilih ganti,kerana tahun inikita menyambut 8 tahun NOIR bersama.Madammu masih ingat dengan jelas,ketika semuanya bermula dengan...
Team Terbaik NOIR 2025
by Madammu | 06/02/2025 | Bisnes, Family | 0 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...
Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!
by Madammu | 25/10/2024 | Bisnes | 0 Comments
Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....
Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!
by Madammu | 22/10/2024 | Gaya Hidup | 0 Comments
Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan. Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...
Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini
by Madammu | 10/06/2024 | Family, Gaya Hidup | 0 Comments
Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...


