Bagi yang selalu mengikuti LIVE Madammu, you all pasti pernah mendengar celoteh tentang kisah silam Madammu di mana, Madammu bercita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita. Nampaknya, sedikit sebanyak cita-cita tersebut bakal terlaksana. Tapi bukanlah bermaksud Madammu bakal menyertai mana-mana stesen TV menjadi penyampai berita. Sebaliknya Madammu ingin merealisasikan cita-cita Madammu menerusi medium penulisan.
Madammu baru nak berjinak-jinak dalam penulisan blog kerana Madammu memang suka berkongsi.
Sudah lama Madammu berhasrat untuk mendokumentasikan pelbagai kisah dan catatan perjalanan aktiviti harian Madammu sebagai pengasas NOIR, isteri, ibu, anak dan juga sebagai hambaNya yang sedang belajar dan akan terus belajar selagi hayat di kandung badan.
Semoga catatan aktiviti harian Madammu ini boleh dijadikan sebagai aspirasi dan inspirasi buat para wanita mahupun ibu-ibu di luar sana. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.
Selamat membaca buat semua ‘followers’ Madammu di luar sana.
Regards;
Madammu