Esok merupakan salah satu hari penting buat Madammu dan NOIR. DUA EVENT dalam satu hari!

Bagi yang telah mendaftar untuk menghadiri IVF TALK: Stigma IVF – Perlukah IVF? Jangan lupa untuk hadir dan menimba pelbagai ilmu tentang rawatan IVF bersama Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (O&G) dan Kesuburan dari Alpha IVF & Women’s Specialists / Alpha Fertility Centre, Dr Haris Hamzah. Lebih istimewa lagi, program bual bicara ini Madammu bawakan secara PERCUMA khusus buat individu yang telah mendaftar di www.ivf.madammu.com

Madammu dan Dr Hariz akan mengupas pelbagai persoalan yang berkaitan rawatan IVF secara langsung di The Raw Studio, Metal Bees, Sunway Damansara. Malah, tetamu yang hadir juga berpeluang mendapatkan konsultasi secara PERCUMA bersama team Alpha IVF.Walau bagaimanapun, bagi yang tidak berpeluang hadir menyaksikan program bual bicara ini, anda masih boleh menyaksikannya secara langsung menerusi platform Zoom. Pautan Zoom tersebut akan Madammu kongsi dengan para penonton sejurus you all mendaftar di
www.ivf.madammu.com

Mungkin ada yang beranggapan bahawa IVF ini adalah sesuatu yang tak wajar untuk dikongsi. Tapi IVF juga bukan sesuatu yang negatif. Jadi Madammu ingin berkongsi perjalanan ini sebagai satu inspirasi dan kekuatan buat pasangan yang senasib dengan Madammu. Buat julung kalinya juga, Madammu turut melahirkan naskhah e-Book istimewa. Rangkuman perjalanan IVF Madammu telah didokumentasikan dalam catatan e-Book ini untuk dikongsi dengan mana-mana pasangan yang berhasrat untuk mempertimbangkan kaedah IVF apabila alternatif rawatan lain tidak berhasil.

Kerancakan event yang bakal berlangsung esok, 18 Mac 2023 akan terus dirancakkan lagi dengan majlis pelancaran produk terbaharu NOIR White Series. Satu lagi baby baharu yang bakal Madammu perkenalkan. Rangkaian terbaru White Series ini diperkaya dengan formulasi bahan aktif semula jadi yang terdiri daripada gabungan ekstrak kakadu plum dan chamomile. Madammu memilih ekstrak kakadu premium dari Barat Australia.

Ekstrak kakadu plum ini adalah sejenis buah yang mengandungi konsentrasi vitamin C tertinggi berbanding buah-buah lain. Buah ini turut mengandungi mineral, antioksidan seperti vitamin E, zat besi, folat dan lutein yang sangat baik untuk kesihatan kulit secara lebih sihat dan semula jadi. Selain KAYA dengan kandungan vitamin C, produk terbaru NOIR ini juga boleh membantu mengurangkan kedutan pada wajah dan melawan bakteria jahat yang menjadi punca masalah kulit extra sensitive kepada JERAWAT.

peluang

Madammu kan suka buat kejutan. Jadi, sempena pelancaran rangkaian White Series ini, NOIR turut melancarkan contest FREE Emas RM30k & 1000 unit FREE Product NOIR You all tak nak ke menang emas yang berjumlah RM30,000? Tak perlu pun nak beli apa-apa produk. You all hanya perlu daftar di www.madammu.com/contest. Sejurus selesai pendaftaran, secara automatik nama you all layak untuk memasuki contest cabutan bertuah barang kemas seperti cincin, gelang dan rantai yang berjumlah RM30,000 serta 1000 unit serum White Series NOIR.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tak sabar nak jumpa you all esok. Doakan semoga majlis esok berjalan dengan lancar okay.

Regards;
Madammu.

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
23
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0