Perkongsian realiti kehidupan Madammu yang sinonim di platform media sosial kini beralih ke stesen televisyen pula.

Berdebar-debar rasanya nak menantikan tayangan episod pertama program realiti TV Diari Madammu yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu nanti. Sebelum menempuh pengalaman pertama melahirkan Baby A, inilah salah satu debaran yang turut menghantui Madammu, hahaha…

Siri realiti TV Diari Madammu akan memaparkan perjalanan kehidupan peribadi Madammu dan mungkin akan ada rahsia yang bakal didedahkan. Jeng! Jeng! Jeng…! jadi, pastikan you all jangan ketinggalan menyaksikan siri ini okay!

Untuk episod pertama yang bakal ditayangkan pada hari Sabtu nanti, Madammu akan memperkenalkan siapa diri Madammu yang sebenarnya. Jadi, bagi yang belum kenal siapa Madammu yang sebenarnya, inilah masanya untuk you all mengenali Madammu.

Sudah tentu akan ada sesuatu yang belum pernah you all tahu, bakal Madammu dedahkan dalam episod pertama Diari Madammu ini. Tak kenal maka tak cinta, jadi jomlah kita saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Menerusi Diari Madammu, dah takde apa-apa rahsia lagi yang akan Madammu sembunyikan daripada you all semua. Baik dari kisah percintaan, rumah tangga, anak-anak, asal usul Madammu sehinggalah tentang kisah bagaimana Madammu menapak dalam dunia perniagaan produk penjagaan wajah, NOIR.

Dalam Diari Madammu, bagi mereka yang tidak pernah mengenali diri Madammu, mereka akan lebih kenal siapa Eriyca Baiduri sebenarnya. Semua yang bakal you all saksikan di kaca TV itu nanti adalah realiti dan bukan cerita rekaan.

Sejujurnya Madammu sangat terharu kerana berpeluang mengabadikan kisah hidup Madammu. Ini adalah satu pengalaman yang tidak pernah Madammu impikan selama ini. Tak sangka pula selain NOIR, Madammu turut direzekikan untuk memiliki siaran realiti TV sendiri.

Syukur, Alhamdulillah… mungkin ini semua adalah rezeki anak-anak juga. Sedikit sebanyak, Madammu sangat mengharapkan agar program Diari Madammu ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat di luar sana, khususnya kaum wanita.

Banyak perkara yang akan Madammu kongsi dengan you all. Bukan semata-mata kisah bagaimana Madammu memulakan rangkaian jenama sendiri. Diari Madammu bakal menelusuri kisah rumah tangga, cabaran parenting yang turut diselitkan dengan dugaan serta cabaran untuk Madammu memiliki zuriat sendiri. Semua ini bakal you all saksikan dalam siri 6 episod Diari Madammu setiap hari Sabtu, jam 10 malam bermula 3 Jun 2023. Jangan lupa saksikan okay!

Regards;
𝓜𝓪𝓭𝓪𝓶𝓶𝓾

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
7
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0