Penantian lapan tahun kini berakhir. Syukur, Baby A selamat lahir ke dunia secara pembedahan pada 9 Jun 2023. Hari ini adalah hari Jumaat paling istimewa buat Madammu, TP dan keluarga.

Tak terluah dengan kata-kata, bagaimana Madammu ingin membayangkan kepada you all perasaan Madammu sekarang. Setinggi-tinggi rasa syukur Madammu dan TP panjatkan kepada yang maha kuasa kerana memberi rezeki yang sangat bermakna buat kami.

Alhamdulillah Baby A selamat dilahirkan secara pembedahan pada jam 8.59 pagi tadi seberat 3.12kg. Ia sekali gus meninggalkan satu lagi kenangan yang sangat bermakna dalam hidup Madammu bagi tahun 2023 ini.

Bermula dari rawatan IVF sehinggalah full term pregnancy. Ia memberi pengalaman yang sangat berbeza buat Madammu. Banyak yang ingin Madammu ingin kongsikan sebenarnya. Insya-Allah bila ada kekuatan dan badan Madammu dah kembali bertenaga nanti, Madammu akan kongsikan catatan pengalaman Madammu sepanjang melalui proses kelahiran Baby A.

Perasaan takut, sedih, sakit, berdebar dan bermacam-macam lagi menjadi peneman setia Madammu ketika berada di dewan bedan sebentar tadi. Terima kasih untuk semua doa yang telah you all titipkan buat Madammu dan keluarga. Semoga segala doa-doa kebaikan ini akan berbalik semula kepada kalian. Aameen.

natalis

Buat team Madammu, terima kasih tidak terhingga kerana you all semua bertungkus-lumus menceriakan dan berkongsi keterujaan menyambut kelahiran baby A sejak dari semalam.

Dekorasi ward yang serba indah ini sedikit sebanyak telah menghilangkan sedikit rasa takut dan resah Madammu. Terharu pula Madammu melihat kesungguhan you all ni. Terima Kasih untuk segala-galanya guys. Madammu sayang sangat-sangat dengan you all.

natalis

Maka, hari ini bermulalah journey baharu untuk Madammu, TP dan keluarga, terutamanya Zaharah, Qally dan Ahmadhi. Insya-Allah, Madammu akan update dari semasa ke semasa menerusi catatan blog Madammu ini. Cuma kesabaran dari you all amat-amat Madammu harapkan.

Maklumlah, bila beranak kecil ni banyak benda lain yang perlu didahulukan. Tambahan pula Madammu akan memulakan sesi berpantang bersama Natalis Mother Care. Terima kasih tidak terhingga kepada Natalis Mother Care kerana sudi menaja pakej berpantang Madammu selama 100 hari.

natalis

You all yang sedang mencari Confinement Lady (CL) bolehlah hubungi mereka kerana ada pelbagai pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan ada Natalis Mother Care sediakan. Tak sabar nak berurut, bertungku dan menikmati lauk pauk berpantang sambil dilayan bagaikan seorang puteri di sepanjang melalui journey berpantang ini bersama-sama dengan Natalis Mother Care. Hahaha…

Apa-apa pun, jangan lupa follow dan ON notification kesemua platform media sosial Madammu dan NOIR. Insya-Allah akan ada perkembangan-perkembangan Madammu dan baby yang bakal team Media Madammu kongsi dari semasa ke semasa. Teruskan mendoakan yang terbaik untuk Madammu dan Baby A ye guys. Madammu sayang you all semua.

Regards;
𝓜𝓪𝓭𝓪𝓶𝓶𝓾

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
21
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0