Selamat tahun baru kepada semua followers Madammu. Empat hari menjejakkan kaki di tahun baharu semoga you all sentiasa bersemangat menempuhi tahun baru 2023 ini dengan tekad dan keazaman untuk menjadi individu yang lebih positif. Syukur Alhamdulillah, majlis #NOIRsyukur2022 baru-baru ini berjalan dengan lancar. Kehadiran para tetamu yang terdiri daripada barisan leaders, usahawan dan seluruh keluarga besar NOIR sangat bermakna buat Madammu sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya.

Majlis #NOIRsyukur2022 ini Madammu anggap sebagai simbolik penutup tahun 2022 yang  memberi seribu pengertian penuh bermakna dalam hidup Madammu. Selain cetusan dekorasi serba indah hasil sentuhan Indah Wedding, majlis ini telah dihadiri oleh  para tetamu yang dekat dengan Madammu, terdiri daripada barisan usahawan iaitu keluarga besar NOIR.

#NOIRsyukur2022 diserikan dengan majlis ilmu yang diterajui oleh ustaz Zulkefli Hamat serta persembahan Qasidah daripada Ahbabul Habib. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan jayanya. Tapi, ada juga netizen yang mempersoalkan tentang majlis ini. Ada yang komen, masih terlalu awal untuk Madammu mengadakan majlis kesyukuran.

Syukur

Kalau you all nak tahu, journey IVF Madammu bukanlah perjalanan yang mudah. Ia  merupakan satu perjalanan yang sukar dan memerlukan banyak pengorbanan. Bukan sahaja pengorbanan dari Madammu, malah ia melibatkan pengorbanan daripada banyak pihak. Especially keluarga dan team Madammu sendiri iaitu NOIR.

Personally, apabila Madammu diberi peluang buat pertama kalinya memalui fasa kehamilan ini semestinya Madammu sangat-sangat menghargai dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan ini. Cepat atau lambat, sebagai manusia kita perlu sentiasa bersyukur atas apa sahaja nikmat yang ALLAH anugerahkan dalam kehidupan kita.

#NOIRSyukur2022

Regards:
Madammu

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
7
+1
0
+1
4
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0