Alhamdulillah, 5 April 2023 genap lapan tahun usia perkahwinan TP dan Madammu.

Lebih istimewa lagi, pada tahun ini juga Madammu bakal menyambut cahaya mata baru sebagai pelengkap keluarga kecil kami.Kehadiran Baby A memang dinanti-nantikan oleh Madammu, TP, Zahara, Qally dan yang paling-paling excited tentulah Ahmadhi. Syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan ini. Madammu sendiri tidak pernah menyangka dengan rezeki yang Allah kurniakan buat Madammu.

Berkahwin di usia muda dan terus dianugerahkan tiga cahaya mata yang cukup sempurna di mata Madammu sememangnya bukan sesuatu yang mudah. Madammu follow the flow dan setiap hari pasti ada benda-benda baru yang Madammu pelajari. Walaupun ini bukan sesuatu yang mudah, syukur Madammu ada support system yang sangat-sangat memahami dan supportive.

Selain TP, Mummy, adik-beradik Madammu, malah Ibu mertua serta ipar-duai Madammu sendiri adalah support system yang paling banyak memberi sokongan kepada Madammu dalam melayari kehidupan sebagai ‘ibu ekspres.’
TP sendiri banyak bersabar dengan Madammu. Syukur Madammu dikurniakan seorang suami yang memahami dan paling penting dia tahu macam mana nak handle Madammu hahaha….

Secara peribadi Madammu akui bahawa dalam setiap hubungan rumah tangga pasti ada ups and downs. Suami dan isteri perlu tahu peranan masing-masing untuk handle apa jua situasi yang datang kerana setiap pasangan ada cara masing-masing untuk mengendalikan emosi pasangan. Dalam situasi Madammu, sebagai pasangan suami isteri dan juga rakan kongsi, Madammu akui ada cabaran yang perlu kami harungi. Lebih-lebih lagi, kami ada emotional touch. Suami isteri kan. Hebat macam mana pun kami dalam dunia business, kedua-duanya pasti ada ego.

tahun

Mujur kami sedar bahawa ego itu tidak boleh dilayan. Sebaliknya apa yang kami buat, kami cuba manage the ego. Ego sebagai seorang suami dan ego sebagai seorang isteri memang berbeza. Ia tidak mudah untuk ditepis. Tapi, Insya-Allah kami akan saling memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri kami, we keep on improving. Gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga, inikan pula suami isteri kan. Sebagai pasangan suami isteri yang mengendalikan perniagaan yang sama, Madammu akui ada juga beberapa isu yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan kami.

Perbezaan pandangan dan pendapatan tentang business memang boleh berlaku. Tetapi, Alhamdulillah setakat ini kami mampu menanganinya dengan cara kami sendiri.Kami akan diam dan ambil masa untuk sama-sama ‘bertenang’ supaya masing-masing tidak terlalu mengikutkan emosi. Kalau nak bercerita tentang merajuk, memang selalu! Hahaha. You all rasa-rasa la kan, siapa yang kerap merajuk? Bukan Madammu tau, tapi TP yang selalu merajuk! Hahaha…

Merajuk itu tandanya sayang juga kan? Bila kami merajuk selalunya kami akan diam sahaja dan tiba-tiba baik sendiri. Kami tak boleh merajuk lama-lama. Buang ego, memahami partner, bertoleransi dan cuba menerima pandangan partner, itulah antara nasihat yang boleh Madammu kongsi sebagai seorang isteri dan pemilik perniagaan yang sama-sama membina perniagaan dengan suami tercinta.

Kepada para followers yang sudi wish anniversary ke-8 Madammu dan TP tempoh hari. Terima kasih you all atas ingatan dan doa-doa kalian. Semoga hubungan kita sesama manusia akan kekal harmoni dan bahagia sentiasa. Aameen.

Regards;
𝓜𝓪𝓭𝓪𝓶𝓶𝓾

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...

Komitmen Madammu Sebagai Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023

Pertama sekali syukur Alhamdulillah di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Madammu sebagai penerima anugerah Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023.Ya, title Ikon Penyusuan Susu Ibu 2023 memang memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada Madammu, malah kepada...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0