5 Tahun NOIR Berada Di Pasaran! 20 Julai 2022, mengingatkan Madammu pada detik permulaan Madammu memperkenalkan NOIR di pasaran, 20 Julai 2017

Kenapa 20 Julai 2017? Sebab itulah tarikh keramat yang merubah hidup Madammu dan ramai wanita hari ini. Tarikh itulah turning point NOIR bermula. Madammu mulakan perniagaan NOIR dari rumah, dengan sebuah handphone tanpa stand phone dan bersandarkan pasu bunga! Gigih Madammu setiap hari, tanpa ilmu, tanpa guru dan buta IT.

Tapi, ketika itu tiada apa yang perlu Madammu risaukan, just go with the flow. Setiap hari tepat jam 2 petang Madammu akan duduk di tepi tangga rumah Madammu dan buat siaran langsung (FB LIVE). Semuanya bermula hanya dengan 1,000 unit NOIR UV White, Madammu berniaga di rumah sambil ditemani suami sebagai Tuan Penasihat pada ketika itu (di sinilah bermulanya kisah panggilan TP, gelaran Madammu pada suami).

Madammu masih ingat betapa gigihnya Madammu membangunkan NOIR. Madammulah yang buat marketing, Madammu incharge operation, Madammu incharge customer service and I am also the owner! Bermula dari buat LIVE sampailah mengambil order, naik lenguh jugalah lengan Madammu layan WhatsApp customers. Madammu juga yang akan ke Pos Laju buat postage pelanggan pada waktu itu. Memang semua tu Madammu buat sendiri.

Madammu ingat lagi, suatu peristiwa di mana Madammu kena marah dengan  customer kerana Madammu lewat bagi customer tu tracking number. Maklumlah, masa tu Madammu menerima beratus-ratus order dan semuanya Madammu handle seorang diri. Macam mana la customer tu tak maki… Hahahhaha! Selepas terima makian pelanggan tu, Madammu terdiam! Madammu masih ingat lagi macam mana pelanggan tu maki Madammu, “Kau nie…  orang niaga, kau nak niaga… lepas tu terhegeh-hegeh nak bagi no tracking. Dasar peniaga Bodoh!” Fuhhhh… Terguris hatikuu!

Madammu ada perasaan nak balas makian customer tu. Madammu start type text untuk balas. Tapi, Madammu batalkan niat untuk reply the text dan terus delete! Madammu tarik nafas panjang-panjang lepas tu ternampak TP. Madammu hentak-hentak kaki dekat lantai tanda protes depan TP. Madammu cakap pada TP, “Dahhhh! I tak nak berniaga dah! Customer ni maki I hanya sebab I lambat bagi tracking number. I nak stop berniaga!” Sedangkan pada waktu itu Madammu baru mula berniaga selama tiga hari. Dah nak give up? Huhuhuhu.

Mujur TP dengan tenang menasihati Madammu, “sabarlah Yang, normal la tu customer memang macam tu.” Haaa… dari sini you all dah boleh faham kan kenapa Madammu gelarkan suami Madammu sebagai TP (Tuan penasihat).

Sebelum tu, tengok dulu short video Madammu ni.

Setelah beberapa minggu berlalu, Madammu kemudian dipertemukan dengan seorang hamba Allah nie, namanya Cikya. Dia datang untuk sertai NOIR. Pada awalnya Madammu tolak sebab Madammu takut. Maklumlah, Madammu tak ada pengalaman dalam berniaga, jauh sekali nak bantu ubah hidup dia. Sedangkan kehadiran Cikya pada waktu itu membawa harapan yang sangat besar. Nak ubah hidup!

Akhirnya Madammu terima juga Cikya sebagai ejen NOIR kerana Cikya adalah Big Why buat Madammu dan dari situlah Madammu mula berubah. Saat itu jugalah strategi perniagaan Madammu mula berkembang. Dari berseorangan dan hanya ditemani oleh suami sebagai penasihat, kemudian Madammu menerima kehadiran Cikya sebagai salah seorang ejen NOIR.

NOIR mula bertatih, selangkah demi selangkah. Sehingga ke hari ini, kami mempunyai hampir 30,000 orang usahawan. Dari seorang jutawan NOIR yang kami lahirkan, kini NOIR memiliki 100 orang yang mampu menjana pendapatan konsisten sehingga LIMA ANGKA setiap bulan! Dari 1,000 unit UV White, hari ini kita keluarkan beratus-ratus ribu unit produk setiap tahun. Dari rumah, kini NOIR berjaya memiliki sebuah wisma. Dengan hanya bermodalkan marketing menerusi LIVE Madammu di rumah, siapa sangka NOIR berjaya menjadi penaja utama AJL dan ada 100 unit billboard di seluruh Malaysia.

Siapa sangka? Hanya dari seorang suri rumah yang berangan-angan nak bantu suami dan nak bantu keluarga, kini dia dikenali sebagai Madammu. Sekali lagi berlinang air mata Madammu bila menulis Diari Madammu pada hari yang bersejarah ini, sebab Madammu sendiri pun tak pernah sangka yang Madammu boleh sampai hingga ke tahap ini. Betul kata orang, kalau kita tak cuba, kita tak tahu. Kalau kita tak bertindak, tiada apa yang akan merubah masa depan kita. Terima kasih Ya Allah, kerana hanya dengan SATU tindakkan Madammu pada 20 Julai 2017 yang lalu, NOIR hari ini berjaya merubah hidup ramai insan di luar sana.

Sebaik-baik manusia, adalah manusia yang memberi manfaat pada orang lain.

5 Tahun NOIR Berada Di Pasaran

Regards;
Madammu.

Team Terbaik NOIR 2025

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Tahun 2025 menjadi saksi kepada satu lagi lembaran baru buat keluarga NOIR. Selepas tiga tahun tertunda, akhirnya impian untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan. Bertempat di Limastiga, Melaka, program ini...

Berkongsi Rezeki, Kegembiraan Untuk Semua!

Assalamualaikum dan hai kesayangan Madammu ❤️ Madammu percaya, rezeki yang ada perlu dikongsi. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi biar semua merasai nikmatnya. Madammu selalu mendapat soalan tentang apa maksud sebenar "berkongsi rezeki" dalam dunia perniagaan....

Transformasi Madammu Bersama S-81 Ternyata Berhasil!

Maafkan Madammu kerana telah sekian lama menyepi daripada blog ini. Beginilah kehidupan seorang entrepreneur dan juga seorang ibu yang beranak kecil. Banyak perkara yang yang diberi fokus dan keutamaan.   Hari ini Madammu nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi dan...

Happy Birthday Kayden, Syukur di Atas Anugerah Terindah Ini

Madammu telah berkesempatan mengadakan majlis sambutan hari lahir pertama Ahmad Kayden, pada hari Sabtu lalu di Bamboo Rimbun, Port Dickson. Majlis ini bukan sekadar untuk meraikan hari kelahiran Kayden bersama keluarga tersayang. Namun, ia juga ibarat satu momen...

Surat Terbuka Madammu Untuk Para Ibu Seluruh Dunia

Alhamdulillah tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kayden hampir mencecah usia setahun. Syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan buat Madammu bersama keempat-empat cahaya mata tercinta. Dalam semangat Hari Ibu yang penuh makna ini, izinkan Madammu mencoret rasa hati...

Sebuah Perjalanan Spiritual dan Kasih Sayang Buat Madammu & TP

Salam Ramadan buat semua followers Madammu yang tersayang. Hari ini - 10 Ramadan, Madammu bersama suami tercinta, TP,  bakal menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah.Sebuah perjalanan yang mungkin agak mengejutkan, tapi inilah yang dinamakan rezeki. Bila Allah kata...

Lembaran Baharu NOIR Di COSME Week, Tokyo

Perjalanan ke Tokyo, Jepun pada awal tahun ini ibarat satu momen yang membuka lembaran baharu buat Madammu dan NOIR. Rasanya lebih setahun Madammu tak ke mana-mana kerana menjalani rawatan IVF, mengandung dan melahirkan baby Kayden. Perjalanan ke Tokyo, Jepun untuk...

Catatan Istimewa Madammu Di Hari Lahir Qally

Ya Allah… lama sungguh Madammu tak berkarya. Tangan nie gatal juga nak menulis tapi aktiviti dan  tanggungjawab harian Madammu sangat sangat tak mengizinkan Madammu untuk menghadap skrin laptop nie lama-lama. Hahaha...Sebagai seorang ibu, apabila melihat anak-anak...

34 KUNTUM BUNGA ROS SIMBOLIK KEJUTAN HARI LAHIR MADAMMU

Salam sayang buat semua followers Madammu. Maafkan Madammu kerana jarang berkongsi cerita di blog Madammu sejak akhir-akhir ini.Para ibu sekalian mesti faham kan bagaimana kesibukan tugasan harian seorang ibu yang beranak kecil. Tambahan pula Madammu perlu menguruskan...

Madammu Kongsi Wajah Ahmad Kayden Di Usia Genap 3 Bulan.

Genap 3 bulan usia Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri, inilah masa yang paling tepat untuk Madammu kongsi wajah anak bongsu Madammu kepada you all!Ha, macam mana you all, terkejut tak bila pagi-pagi scroll media sosial ternampak wajah baby Kayden? Hahaha...Assalamualaikum...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
64
+1
8
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0